kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, December 9, 2009

Perihal hakimi

Duhai anaknda...Tidak semua orang dianugerahkan kehidupan yang tenang dan aman sepanjang masa atau hingga akhir hayat. Kalau x hebat pun ujian itu, pasti ada sedikit dan sekali-sekala Allah ambil sekejap nikmat yang kita dapat dan kita diuji..Itu tandanya Allah ingat kita dan pasti ada ganjaran dari kesabaran kita menghadapinya.

Itulah hakikat kami suami isteri perlu terima apabila anak sulung kami -Muhd. Adam Hakimi (kunamakan sempena nama bapa bos lama yang kuanggap sifu dan bg anak sulung yang kuharapkan menjadi seorang yang arif dan adil untuk memimpin adik-adiknya nnt) mengalami masalah yang KUHARAPKAN tidak serius..Amin

2/3/09 - Hakimi telah dirujuk ke Hospital Serdang akibat mengalami proses tumbesaran yang lambat dari kanak-kanak sebayanya. Semua orang nampak seakan tiada masalah sehingga la dikesan oleh Dr. Fahmi, Pusat Rawatan Mesra, Serdang bila Hakimi tidak boleh menjawab soalan2 yang diajukan kepadanya. Waktu appoinment ni mama tidak dapat hadir bersama kerana mengikuti kursus induksi yang masih berbaki lagi seminggu.

Seperti yang diceritakan suami:

1. Doktor cek ukur lilit kepala Kimi, saiznya yang paling minimum mengikut umurnya sekarang
2. Bentuk muka kimi Doktor kata nampak seperti ada sindrom tp bkn seperti muka budak sindrom down...nauzubillah...tp dia x sure lagi sindrom apa
3. Kimi x boleh lagi grip pensil dengan cara yang betul. Dia memang boleh pegang pensil tp doktor tu kata cara dia pegang salah. Aku pun x tau la kan...sbb orang dewasa pun pegang pensil/pen dgn mcm2 cara dan gaya.
4. Kimi lambat - ketawa, meniarap, merangkak, berjalan (1 thn 10 bln).
5. Daya kosentrasi yang kurang. Tak boleh tgk TV lelama. Jadi bosan dan gelisah.
6. Sentiasa nak bergerak dan melakukan aktiviti tp tidaklah sampai mencederakan diri.
7. Kimi akan menjalani ujian dan terapi pertuturan dll untuk make sure dia blh catch sama level dgn usianya.
8. Kimi kerap jatuh masa kecil..jatuh dari katil la masa mula-mula nak belajar berdiri. Paling tinggi 3' dan berjahit dahinya. tp masa tu doktor yang jahit tu kata kepala dia ok x de masalah.
9. Doktor kata mujur kami bawa seawal usia tu. Kalau ada masalah yang boleh menjalani terapi sahaja, insya-Allah dia akan normal seperti kanak2 biasa. Kalau lambat dan dia sudah mula bersekolah, dia mungkin terpaksa masuk sekolah kanak2 khas..Harap2 la semua yang baik sahaja selepas ujian 2 minggu lagi.

Apa yang kami perhatian, hakimi mampu menghafal lirik2 lagu, walaupun x sempurna. Setakat lagu nursery rhymes tu ok je. Lagu org dewasa pun dia blh ikut, even lagu Mirae, Kiroro tu pun dia blh nyanyikan. Cuma dia menghadapi masalah untuk mengatur perkataan menjadi ayat dan kadang-kadang tidak faham apa yang orang dewasa tanya.

Kimi akan menjalani pemeriksaan MRI pada 17 Mac 2009, pukul 8.00 pagi. Kimi kena puasa dalam 4 jam sebelum masuk terowong tu. Kena make sure dia tidak demam dan selesema pada tarikh tersebut. Atau tarikh pemeriksaan akan diubah sehingga dia betul2 sihat. Otak kimi akan di scan untuk melihat apa yang tidak kena. Oh Tuhan aku tidak mampu lagi menulis.....................

2 comments:

  1. saya igt2 lupa yg akk ade ckp pasal anak akk yg sulung time induksi..rupanya dah lama akk berblog di sini ye..di sana lebih ke masakan... rasa bersalah pula x ikut perkembangan abg..saya doakan abg akan jadi seperti budak2 lain yang sedang membesar...akk n suami mmg ibu bapa terpilih la..memelihara anak syurga.

    ReplyDelete
  2. lama dah tulisan ni ika..akak pun dah x ingat cerita ni..tp bila baca tulisan sendiri, bergenang balik airmata. Insya-Allah, kami sentiasa berusaha n mendoakan yang terbaik utk abg. Doakan juga ye:D

    ReplyDelete