Pakar psikologi akan buat ujian utk tentukan samada dia dimasukkan dalam kategori mana dalam ciri2 kanak-kanak khas. Aku mula x sedap hati bila doktor cakap begitu...dan akhirnya diterangkan maksud kanak2 khas yg nampak pada ciri2 kimi:
Pintar cerdas...
- Kebolehan yang luar biasa.
- Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
- pergaulan dengan kanak-kanak lain.
- Perkembangan bahasa yang lambat.
- Perbendaharaan kata yang kemas.
- Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
- Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
- Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
- Suka mencari helah.
Masalahnya sekarang sekolah khas tiada berdekatan/sekitar Serdang. Paling dekat Bangi dan Putrajaya tp aku x surf lagi tempatnya..cuma dengar2 je. Pening dah pikir cemana nak hantar dia ke sekolah tu lagi, nak uruskan Najmi lagi...adoiiii..makin kelam-kabut la pagi hari ku..
Memang banyak aku surf untuk mengetahui keadaan ini. Memang kadang2 sedih kerana anak sulung kami diuji begini. Ke hulu ke hilir kami usung dia. Hampir setiap bulan dia kena jumpa doktor dari pelbagai unit - speech, rehalibitasi, MRI dll. Insya-Allah kami akan sabar melalui ujian ini dan berdoa semoga semuanya akan normal seperti biasa..dan mungkin perancangan anak ke-3 akan difikirkan:) Insya-Allah
No comments:
Post a Comment