kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, March 28, 2012

Duri dalam daging...

Amboi tajuk mcm jahat je ek hehehe..sebenarnya cite ni dah lama. Satu hari tu, mama terpandang ibu jari kaki abg mcm ada kesan lebam yang panjang. Mama nak tengok. Mula tu abg bagi tp bila mama tekan, abg terus tarik. Sakit, abg ckp. Ha, kepantangan mama tu. Bila x tau apa yg ada n abg jerit2 mcm tu..mula la operasi mama nak tau gak apa yg jadi kat jari yang lebam tu. Abg meronta2 x nak mama korek..Mama pikir klu ada selumbar ke apa ke, kena keluarkan sbb takut nnt menanah. Yg mama pelik lebam tu sgt jelas tp kaki abg x menanah.
Disbbkan abg dah meraung teruk sgt, mama pun stop.

Ada gambar yg lbh terang mama dah save kat pc tp dah terdelete. So, ni je yg ada. Nampakkan yg mcm hitam2 tepi ibu jari kaki tu...

Selang beberapa hari, mama tanya abg elok2. Mama ckp klu x keluarkan apa yg ada dlm kuku kaki abg nnt menanah and all the horror story come from mama mouth muehuehueh..Akhirnya, abg berjaya dipujuk. Abg bagi kaki kat mama n mama pun mula la operasi mengorek. Bkn korek pun, cuma buang kuku sikit bhgn atas sekali n mama dah ternampak sesuatu. Mama guna hujung ketip kuku n tarik keluar benda tu. Ye, duri pokok bunga! Mama suspek abg dpt dr rumah nenek Faridah sbb petang2 abg selalu main depan rumah dia yg memang byk pokok daun kertas. Ada yg telah dipotong2 n diletak tepi. Maybe terlanggar kot.

Panjang betul duri tu..alah lupa nak edit gambar ni..nampak kot ada benda kecik tepi duit seposen tu.

Bbrp hari slps duri tu keluar, lebam abg pun hilang...hmmm kan senang:D

Thursday, March 22, 2012

Bahaya air masak kepada bayi

Untuk bacaan anak2 mama dewasa kelak and those out there that really need an info. Sebenarnya sejak mama lahirkan abg kimi lagi mama n abah dah diberitahu oleh nurse sebelum discaj berkenaan hal ini. Cuma mama x tau apa kesan sebenarnya sehingga 1 malam abah tanya, "Apa effect kita bg baby minum air kosong?" Mama ckp, x boleh tp mama x sure knp? So, mcm biasa. Mama x suka dgr pantang-larang dan ikut ckp nurse tanpa mengetahui sebab-musababnya. Jadi, mama start gugel here n there to find the reason why. Ok let's share together.. really appreciate to this blog for raise this awareness. http://hanisamin.com/blog

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

sumber : Nurul Dhia

Tuesday, March 20, 2012

Adik Gme and breastfeeding (Part akhir)

Why the title is 'Part akhir'? Sebab mama dah x berani nak bf awak. Gme dah start ada gigi 2 batang (bawah) sejak umur 8 bln. Aktiviti menggigit sgt menyeronokkan time dah ada gigi ni kan..Rasa mcm dah besar ye..Habis sume nak gigit. Disbb byk kali mama kena gigit dan kejadian itu sgt mengerikan, so akhirnya mama decide utk berhentikan..Kejam ke mama? Bkn la berenti terus. Tp berenti dr sungguh2 menyusukan awak mcm awal2 bulan dulu. Since Gme pun dah mkn mcm2 sekarang, insya-Allah nutrisi makanan akan lbh lengkap..but always believe this - Breastmilk is the most nutritious food than all formula milk (even the expensive one!). Alhamdulillah mama already done my part hihihi (at least, fully bf at 1st 6 month)...so let's start join your big bro meal..huhu..Hydro therapy hehehhe..mama terbawa2 sesi paed abg kimi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk improve gross and fine motor..main air...

Wednesday, March 7, 2012

Progress Gme

Mula-mula x de niat nak update apa2 kat mana2 blog hari ni. Tp bila buat housekeeping folder2 mama, terjumpa la gambar berikut:

Masa ni mama tengah sarat 'kelek' Gme dlm perut. Gambar ni mama ambil masa otw balik dr berendam di Ilham Resort, PD. Kebetulan balik tu abah ikut jln kampung, lalu Salak Tinggi sume. Mama nampak la org jual durian tepi2 jalan..Mula la melelah2 airliur terhingin nak makan hahaha. Masa ni abah beli 3 biji je. X tahan bau dia dlm keta, mama minta permission kat abah nak mkn dlm keta masa tu jugak2. So, dpt green light, ambik paper, kopek, terus omomomom...lazatnya....hahaha that was u Gme inside my tummy>.< hehehe..

Sekarang Gme dah nak masuk 9 bln. Lagi 2 hari genap 9 bulan. Adik dah boleh merangkak sekarang n sibuk 'panjat2' org nak berdiri. Makan pun dah berani mama nak introduce mcm2...hehehe suka tgk awak mkn. Arrghhh rindu pulak dgn jemon mama ni. Malam2 Gme akan bgn 3 kali utk menyusu. Klu mama lmbt buat, habis 1 rumah akan bergema suara Gme. haduii...mama nak bukak mata tgh2 mlm nak cr botol susu, scoop susu, air panas lagi..mmg berat woo nak tarik kelopak mata ni bg bukak. Tu yg kekadang susu curah atas lantai hahaha gara2 x larat bukak mata. tp sib baik x pernah kena curah lagi air panas..

Bila dah boleh mobile, habis sume benda tas lantai nak kutip, benda yg tinggi2 nak ditarik..huh sungguh susah hati mama bila letak Gme sorg2 atau hanya ditemani abang2 yg hebat sume tu. Ye, abg2 Gme leka main berdua n kadang2 x perasan Gme dah merayap entah mana..ok tu je nak update..jumpa in next entry.