kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Tuesday, June 19, 2012

Abg kimi dan macam2..

Lamanya mama tak update apa2 kat sini..kali ni nak cite pasal abg la pulak.

Start dgn - Hari Guru 2012

Sebenarnya mama x pernah ajar abg how to appreciate teacher. Tp bknlah bermaksud dgn memberi hadiah tu adalah cara kita appreciate dia. Cuma pada mama, abg perlu menghargai guru2 yang telah berusaha untuk mendidik abg dgn kemampuan yang ada. Alhamdulillah walaupun progress fine motor abg agak perlahan, sekurang2nya lbh baik dari dahulu. Entah cemana sehari sblm hari kejadian, mcm2 hal yg buatkan kita x sempat nak cari apa2 untuk cikgu2 abg. So, esoknya mama pun pegi la cari 1 kek besar n 2 kek yg dah dipotong slices. Yg besar utk cikgu2 sekolah kebangsaan, yang slice tu utk cikgu abg kat MPK - Cikgu Nira dan Cikgu Ros. Disebabkan abg x blh menulis dgn betul lg, so mama print kan aja apa2 quote yg menarik dr internet...ceeewahhhh...tp mama rasa kalau abg yg tulis mesti cikgu nira n cikgu Ros lg terharukan...hehehehe

Ok ni kek slice yg mama belikan. Kek besar x sempat nak snap gambar.

Kek ni mama beli dari cafe UPM je..hehehhe sbb confirm sedap n halal kan..

Cerita kedua tentang nametag jawatan pulak. Abg dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas. Sekolah yang sediakan nametag tu. Disebabkan abg akan tukar uniform hari2, so nametag tu akan sentiasa dipasang dan dibuka setiap hari. Akhirnya, hilang! Mama tanya cikgu cemana pasal nametag tu. Cikgu kata utk yg pertama kali, sekolah yg provide..tp kalau hilang cikgu suruh tempah sendiri n wajib pakai sebab dah dilantik. Hhhmmmm mama dah lama x tempah nametag dan mula la blur mana nak cari. So sehingga sekarang masih x tempah lagi hahahha...ni gambar yg mama snap kat sorg kawan abg, cikgu suruh tempah exactly like that..peeeuuuwwww


Behaviour....another matter. Cikgu complain kat mama abg makin agresif. Suka pukul org, ketuk org n tolak org. Cikgu suruh nasihatkan kat rumah n ataupun bawa jumpa ustaz2 suruh mintak air. Tp mama x bawa jumpa ustaz pun sbb mama rasa 2 minggu sebelum tu abg macam 'terabai' sikit hehehhe maybe mama byk kerja, rumah serabut, ngan gme lg n abah yg keje x menentu. So mama buat conclusion yg abg akan jadi mcm tu bila kurang perhatian di rumah ataupun selalu kena marah. Mcm biasa, mama akan gugel sana sini info pasal parenting...ayat akhir yg mama jumpa:

"Anak yang selalu dipuji akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi berbanding anak yang selalu dikritik atau dimarahi. Mereka akan rasa rendah diri dan memberontak dengan tingkalaku yang tidak disenangi"

Sapa cakap ek..Dato Dr. fadzilah Kamsah ke entah...Usaha mama yang terakhir adalah berdoa semoga Allah buangkan sifat2 yang tidak baik dalam diri abg agar disenangi oleh semua orang:D. Ok tu je update pasal abg.