Hari ni, 13/4/09, kimi ada appoinment for Speech Therapy @ Hospital Serdang. Appoinment kol 11, kitorg dtg awal sikit sbb takut lama sgt menunggu. So jumpa Dr. tepat kol 11. Nama apatah Dr. tu, x perasan. Dr. start dengan interview aku je..kimi dibiarkan main. Macam2 soalan dari kimi blm dilahirkan sampai dilahirkan hingga ke umur sekarang utk Dr. observe history dia sblm ni..Kemudian, kami beralih ke meja kecik. Dr. panggil kimi duduk dekat. Dia buat test mulut kimi. Sambil tu, Dr. bagi mainan untuk kimi masukkan bentuk2 bongkah kayu dalam slot2nya. Susah jugak proses ni sbb Dr. kena ambik tumpuan kimi utk buat ujian mulut tu. Letak kayu kat mulut, pastu suruh gigit kuat2..kimi ni main2 je. Pastu Dr. suruh tolak kayu yg dimasukkan ke mulutnya guna lidah. Tapi kimi x dapat balas kuat tolakan kayu Dr. tu.
Last sekali Dr. buat conclusion berikut :
1. Saraf dalam mulut kimi tidak sensitif dengan kehadiran air liur yang byk. That is why dia x menelan air liurnya dan biarkan meleleh.
2. Otot lidah kimi sangat lembut. Jadi dia tidak pelat bila bercakap. Masalahnya dia akan lambat mengunyah makanan sbb lidah dia mcm x main peranan untuk tolak makanan ke kiri atau ke kanan giginya.
3. Daya tumpuan kimi pada satu-satu kerja sangat lemah. Duduk main kejap je, pastu dah sibuk2 nak bangun.
4. Kimi dikategorikan keadaan tidak serius dan insya-Allah akan mula bercakap selepas 2/3 kali appoinment selepas ini dengan pakar tersebut. Alhamdulillah.
So, banyak perkara kami kena settlekan sblm appoinment seterusnya. Dr. siap tuliskan atas kertas apa yg kami kena buat. Antara yg aku ingat (kertas tinggal dlm keta)
a. Tumpuan
- kena belikan mainan bentuk mcm puzzle untuk latih tumpuan dia dengan masukkan bentuk2 tu ikut bongkah.
b. Gusi kimi bahagian bawah mulut kena gosok 30x sehari guna cotton bud utk tingkatkan sensitiviti saraf tu dgn kehadiran air liur dia.
c. Kena bagi arahan yg jelas pada kimi.
Apa lagi ek...x inagt plak..ok tu update kimi kali ini..next appointment 23/4/09 (Pakar ENT)
No comments:
Post a Comment