kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Tuesday, January 31, 2012

Adik Gme and breastfeeding

Waktu post ni mama tulis, lagi 9 hari Hazimi akan genap 8 bln..waaa cepatnya masa berlalu. Ngeri czer masih terbayang2 lagi.

Ini antara stok dan cara mama meng'stok'kan susu badan. Setiap bekas mama simpan 2 oz. Dilabelkan tarikh bagi memudahkan FIFO. Pada ibu, mama sediakan alat pemanas susu untuk memudahkan tugas ibu dan tidak berlaku penolakan untuk menggunakan susu yang dah dibekukan seperti kes najmi masa bayi dulu. Bagi setiap bekas ni mama guna 2 kali sahaja. Setiap bekas yg akan digunakan kali kedua, mama akan tandakan (*) bermaksud, bekas telah diguna 2 kali dan perlu discard selepas itu.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Mama berusaha untuk menyusukan adik sehingga genap 6 bln. Sehingga 1 kejadian dlm tempoh untuk cukup 6 bln berlaku sesuatu yang menyebabkan mama stress tahap dewa hingga menyebabkan susu yang dihasilkan berkurangan. Hampir seminggu 'kejadian' tu dok berlegar dlm kepala mama. Bila dah jadi mcm tu, stok susu yang mama usahakan makin lama makin kurang. X tau dah nak buat mcmana. Mama dah try mkn ubat doktor, ambik homeopati, kapsul harbatus sauda tp x leh kembali byk seperti hasil perahan waktu mula2 gara2 stress 'itu'.

Apa pun, mama bersyukur kerana adiknya progress nampak cepat n kami perasan byk lompat2 hahaha...contohnya, umur 3 bulan adik belajar mengiring. Tapi x meniarap2 gak. Adik nampak mcm selesa bila ditiarapkan. Jadi, proses meniarap tidak dibuat tp adik terus 'menjalar' kebelakang/reverse. Umur 5 bln, hazimi dah gerak ke hadapan/forward dan dah makin selamba telentang-tiarap dgn sendirinya. Hingga sekarang adik dah angkat2 punggung mcm nak merangkak. Tapi br minggu lepas mama nampak adik angkat lutut 1 step lepas tu jatuh tersebam. Sib baik atas tilam hehehe.

Menu adik simple je - bubur nasi blend samada dgn carrot, kentang, brokoli, ayam, ikan bilis, tomato, bayam. Tu je yg mama baru berani introduce. So skrg hazimi sudah makin kurang menyusu badan sebaliknya lebih kepada susu formula. Sgt sedih sebab you are our last baby (hopefully hehehe), tp mama masih tidak mampu menyusukan sehingga genap 1 tahun. Mama redha. tapi perangai hazimi, bila nak tido mlm mesti 'mencari' walaupun susu botal dah habis. Dah dapat hisap kosong je, baru la hazimi boleh tido..eiii ngada2.'Penderaan' seperti ini pun adalah sebahagian perkara 'normal' hasil 'kreativiti' abg2 hazimi.."mama, spongebob tgn dia kat tepi" hahahahha

Thursday, January 5, 2012

Kami ke sekolah!!!

2012 bermula...dan anak Adam yg sulung dan kedua semuanya excited nak ke sekolah...yeeaaahhaaaa...Seawal pukul 6 .00pg Najmi dah kejut mama. Mama dah kunci alarm hp tp x larat nak bgn hehehe..Najmi ckp nak pergi sekolah. Ok baju semua org dah siap iron a night before. So, pagi tu mama kejut abg pukul 6.30 pg. Lepas mandi2, pakai baju semua, korg turun bawah utk sarapan. X de yg best pun mama prepare. Hanya larat menggoreng kentang wedges + cheese cream instant punya. Abg punya favorite. Ami agak tekak melayu sikit, so mkn kentang gitu je. Dapat secawan susu tiap seorg, kita settle di meja makan dan ready nak pegi sekolah. Korg semua ceria n mama notice abg la yg plg seronok sbb dah lama sgt dok umah n lama sgt terhenti belaja mcm.

Untuk sesi sekolah ni, perjalanan mama setiap pagi mcm habis 1 serdang mama pusing..penat gak. Rasa mcm jauhhhnyyaaa nak sampai opis hahahaha tp sebenarnya kena ikut turutan sapa yang perlu hantar dulu dan ada had masa - masuk sekolah sblm pkl ...

So, trip mama setiap pagi...Pukul 7.00pg kena kuar dah. Masuk segala brg dlm keta - beg baju korg ke rumah ibu, beg sekolah masing2, bekal abg, stok susu hazimi, beg pam susu dan paling penting handbag mama. Semua nak kena make sure ada sblm gerak sblm mama kena pusing lg 1 round patah balik rumah klu ad yg tinggal. Ok dari rumah nak ke sekolah abg x lama sbnrnya tp ke'jamm'an yg melampau2 dkt kawasan sekolah abg selalu buat mama nyaris2 sampai sekolah 7.30pg. Abg kena sampai sblm 7.30. Lupa nak cite. Abg dimasukkan ke Sekolah Kebangsaan Serdang di bawah Program Integrasi Pendidikan Khas. Murid-murid kelas khas telah diasingkan pintu untuk parents ambil dan hantar ke sekolah. Senang la sikit mama. X bersesak2 kat main entrance. Tp jln tu agak sempait utk 2 kereta besar berselisih. Mmg kena cepat2 berhenti untuk turunkan abg. Tp maybe org2 tau tu kawasan sekolah, so x de sapa nak hon mama bila mama buat kering berenti keta terketengah sikit untuk turunkan abg hahahahha...dah xde parking, nak buat camne. Mmg x ramai masuk ikut pintu tu, tp klu sume keta hebat2, menjalar2 parking nak turunkan anak2, mano den nak parking..so, buat kering jap n angkat tgn kat org blkg suruh tunggu hehhe..

Dah selesai turunkan abg, mama masuk opis utk punch. So rekod tahun ni mesti 7.32, 7.35 attendance mama..hebat...cemerlang! Ok, next trip, menghantar Ami plak ke PASTI..apa nama penuh tadika Islam ni ek..x PASTI plak mama. Untuk hari pertama Ami dtg, mama x susah pun. Mama hantar setakat pagar, dan cikgu jemput ami masuk. Mama babai n ami x nangis pun. Senang keje mama.
Hentian seterusnya, antar adik hazimi. Si kenit ni nasib baik la dok diam sepanjang jln2 di pagi hari sekitar Serdang. Last hantar hazimi ke rumah ibu kadang2 gme tertido balik. Sedap beralun2 jln kot. Dah selamat semua, br la mama masuk balik upm n terus ke opis. So, sampai opis dlm 8.00++ gak la. Penat sehh!