9 Dis 2009. Abg kimi ada 2 appointment serentak. Pagi tu mama bawa ke Jab. Rehabilitasi dulu. Appointment kol 8.30 pg. Sib baik abg bagus pagi tu. X jadi 'tarzan' di pagi hari bila mama kejut mandi pagi.
Masa sampai kat situ, staf di jabatan bg abang main basikal. Lepas tu mama bgtau staf tu utk keluar kejap & register 1 lg appointment. Masa abg leka main, mama pun cabut la dgn bg signal kat staf tu 'make sure abg x perasan mama blah'. Masa mama tgh tunggu giliran utk mendaftar, tetiba staf tu dtg kat mama sambil dukung abg. Waaa mata dah bergenang2. Muka dah basah. Staf tu kata abg nangis x renti2..apa la..nampak cam brutal, asik melanyak adik. Tp mama tinggalkan kejap pun dah nangis. Ok, utk tidak menyusahkkan staf tu, mama pegi la semula ke jabatan tu utk abg continue training. Hari tu abg kena masuk tempat bola2 berwarna-warni. Staf tu ajar abg kenal warna. Warna Hijau. Semua bola hijau staf tu ambil, abg kena sebut 'hijau'. Sampaikan bila dia test tunjuk bola kaler 'biru' abg bantai 'hijau' gak..adus..Latihan tu katanya utk bg abg cam kaler hijau sahaja dulu. Sampai 1 tempoh, bila dah cam betul, baru switch ke kaler lain. Hmmm cepat la abg improve...
Ok, lps settle di situ kita berkejar ke pendaftaran tadi. Sib baik nombor jauh lagi. X yah la mama beratur balik ambik nombor baru. Dah register di situ, kita ke Speech Therapy unit. Abg disuruh bercerita dari gambar yg doktor tunjuk pada kad2 kecil. Ada 2 section utk sesi hr tu. Satu, bercerita ttg 'What', satu lagi tentang 'Why'. Utk section 'What' kebanyakan soalan abg boleh jawab. Tp bila section 'Why' byk yg abg x leh jawab. Contohnya : Pada gambar ada terlukis org mandi. Doktor tanya, Kenapa org tu mandi?. Abg tengok je doktor n bgtau doktor berulang2 org tu mandi. Tp knp dia mandi, abg x leh nak terangkan. So, byk lg latihan & guide yg doktor bg utk mama n abah kena buat kat umah. Tp at least ada improvement:D
Selesai sesi tu, mama bincang dgn doktor. Mama tanya knp doktor x dignose apa problem abg sehingga skrg. Tp abg still kena buat sume ni. Doktor ulang balik yg abg bukan autismn, hyperactive atau apa jua sindrom. Cuma speech delay disbbkan tumpuan yg lemah. Bila tumpuan lemah, susah nak develop perkataan baru, susah nak belajar dlm kelas, masalah tingkahlaku dll. Byk la problemnya. Itu la sbbnya abg kena proceed dgn latihan di Jabatan Rehabilitasi tu...Mama pun, OOOOOOO. Sbb diorg x terangkan knp latihan yg mama nampak x de faedah tu dibuat (naik basikal, main buai, masuk dlm kolam ada bola2, melompat, susun bongkah kayu dlm slot dll). Rupanya utk asah tumpuan abg. Bagus, bagus, bagus.
Demi awak hakimi, mama & abah sanggup bersusah-payah. Semoga menjadi anak yg cemerlang. Amin!
thehehe..sonot la abg tu..dia mgkin tahu benda cuma tatau fungsi ape..kan
ReplyDeleteaah dia x tau function lagi myza.Tu yang habis mainan dia hancur. Mcm2 dia nak test dgn mainan dia. So bila main x ikut function, mmg cepat le jahanam mainan dia. X sampai 1 hr beli. X pe, insya-Allah sempat lagi utk memulihkan abg
ReplyDelete