Semalam, 18 Ogos 09, appointment Kimi dgn unit ini. Mula2 nak bawa tu takut jugak. Yalah, cam menyerah diri plak kat kawasan yg byk virus. Sehari sblm tu aku dah call hospital tanya samada nak teruskan atau tidak perjumpaan tu. hospital blh plak ckp, depends on u. Kalau nak cancel appointment, boleh tp kena call unit tu. Pastu aku n en.asben discuss balik, pikir mcm2 perkara, akhirnya kami decide utk bawa jugak. Sbbnyanak dpt appointment mmg susah. 2 bln sekali baru ada kekosongan utk selit nama kimi. Kalau nak tunggu wabak reda, tahun depan pun blm tentu lagi kan..
Appointment kol 10, pagi tu sempat lagi aku meng'google' cari any article for kid safety during this swine flu season. Kat mana lagi..sini la..info yang sgt berguna. Alhamdulillah kimi bagi komitmen. Dia x kisah pakai mask. Mula2 dia xmo tp lepas dia tgk semua org keliling dia, barulah dia ok. Masa kat registration tu aku cam pelik je sbb biasanya penuh tp smlm x ramai pun org. Pastu org sume duduk jejauh. Lepas register aku ke unit tersebut.
Doktor lain plak kali ni. Lagi lembut dari doktor yg biasa Kimi jumpa. Lepas sesi 'bercakap' dengan Kimi, Doktor tambah lagi kerja-kerja g perlu kami buat di rumah. Antara yg aku ingat : 1. kena latih otot lidah kimi - jelir lidah n guna apa2 tool yg tumpul, suruh dia lawan tolak dgn tool tu. Ini bertujuan utk memudahkan dia menolak makanan ke kiri /ke kanan giginya. SO, dia x akan memilih makanan dan akan makan semua mknn supaya lengkap piramid makanan dia setiap hari
2. Gosok 'taste bud' pada lidah dia - Supaya lebih sensitif utk menelan air liur yang dah banyak.
3. Bercakap tp tidak memberi 2 pilihan jawapan. Contohnya : "Mama dah makan, kimi dah makan ke?" instead of "Kimi dah makan ke belum?" Dia akan belajar membentuk ayat yg betul dari ayat penanya (mama dah makan) drp hanya menjawab, dah/belum.
4. Kitorg kena listkan ayat n perkataan yg kimi dah boleh buat. Next appointment kena bawa.
Tapi doktor kata progress kimi nampak cepat. Dia dah boleh bentuk ayat lengkap bukan lompat2 yg tertinggal perkaatan tertentu dlm 1 ayat. 4 patah perkataan je. Doktor panggil Stage 4. Kira ok la. Sekurang2nya ada perubahan dari rujukan doktor panel kami ke hospital.
Ok, next appointment kimi dgn Jabatan Rehabilasi (x sure plak ejaannya). Kimi akan dilatih untuk tumpuan, kerjatangan - (butang baju, pegang pensil, mengenal warna). Sebenarnya ni keje kitorg, tp cam xjadi je nak buat hahahaha...diorg ajar cemana nak buat utk tingkatkan tumpuan kimi. Xtau la apasal kitorg buat x menjadi2 lagi. Ok harap semuanya berjaya, DEMI MASA DEPAN ADAM HAKIMI.
No comments:
Post a Comment