kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, April 17, 2013

Majlis konvokesyen dan Jamuan Akhir Tahun 2012 PASTI Al-Husaini

Lambatnya mama nak update cerita ni. dah lama sgt..x pe la...kita share gambar je utk kenangan..Adusss mama x tau mana simpan gambar konvo ami..ada 1 je yg masih terselit dlm hp mama...so sorry dear son.

Kesian...ni je ada...oooo gambar dalam sijil ami mama sgt x berkenan..hahahha...nape la cikgu suruh ami buat mulut gitu..x hensem langsung kekekeke...

Adam Najmi dan prasekolah..

Anak bujang kedua mama n abah ni dah mula sekolah di prasekolah dekat dlm kawasan sekolah abang. Senang sikit mama hantar dan ambil dr sekolah, berenti 1 tempat je. Mujur juga cikgu Penolong Kanan Pendidikan Khas abg bagi ami tunggu di kawasan pintu keluar murid2 PK. Lagi la mama lega drpd nak mencari2 ami di pintu utama sekolah. Sgt ramai murid2 ok dan jalan agak sesak di pintu masuk utama.

Utk prasekolah, mama x perlu bekalkan makanan ataupun duit belanja. Semua sekolah sediakan. Yang bestnya dari makan sampai la ke alat tulis. Beg pun cikgu x bg beli sbb katanya nnt murid2 bergaduh/mengejek2/menunjuk2 (well, pada mama usia korg ni klu begitu sikapnya mmg suatu keadaan yg normal. x pelik langsung hehehe). Ami dibekalkan 'beg file'. Semua surat2, homework, kertas2 latihan ami akan dimasukkan dalam file tu.

Baru ni ami telah 'dihukum' cikgu.


Atas alasan yg mama dgr dr sebelah pihak je. Mmg nampak mcm kena dptkan pengesahan cikgu apa sbnrnya yg berlaku. Ada pro n kontranya berkenaan hal itu:

1. Kalau report/bertanya, mama ni nampak cam kecoh kan, sbb x luka besar mana pun. Cuma melecet je. Tp dalam hati mama, panjangnya kuku cikgu sampai jadi mcm tu.

2. Kalau report, mama risau layanan cikgu pada ami selepas kejadian 'mereport' itu. Mungkin ami langsung tidak akan ditegur kalau buat silap, atau pun cikgu langsung biarkan ami nak buat apa dlm kelas. Even x mo belajar, lantar la..x bagus pulak mama rasa.

3. Kalau x report, mama rasa x patut ami diperlakukan begitu. Walaupun bersalah tp u are just 6yo. Baru nak kenal sekolah. Keadaan mcm tu mungkin blh menyebabkan ami takut nak ke sekolah, JIKA kesalahan yg dibuat adalah sgt kecil atau normal bg usia 6 thn.

4. Mama kenal anak mama. Mama tau nakal ami yg bgmana. Kalau mama report, mama biasa dengar cikgu mesti akan kata, anak2 dpn parents x sama perangai bila di sekolah. X kan jauh tu nakal ami sbb cikgu taska PASTI ami pernah puji ami, ami murid yg baik di sekolah. Dgr kata, ikut arahan n jenis x bising dlm kelas. Waktu rehat je br dgr suara memekik2..Bukan sorg yg puji. Tp 2-3 org yg kata begitu....tetiba masuk prasekolah ami jadi ganas? pelik eh...

Ami bgtau mama kawan ami sorg lg pun kena cubit jugak. So, dia berdua yg kena. Bila mama tanya Ami buat apa? Ami ckp, ami salah jawab. Erk? Begitu besar hukumannya cikgu sbb anak saya siap kata pedih bila mandi n kena sabun.Kalau salah jawab tp suruh berdiri sampai abis kelas, mama blh terima. Tapi klu cubit sampai ami kata esoknya x mo gi sekolah sbb takut cikgu, pada mama hukuman tu x relevan langsung.

Mama rasa, dulu pun mama nakal gak kat sekolah. Pernah jugak kena denda n rotan. Tp seingat mama blm sampai melukakan atau mencederakan. But, anyhow mama still nasihatkan ami:
1. Jgn main2 dalam kelas.
2. dgr apa cikgu ajar kat depan
3. Wajib hormat cikgu wpun dia hukum begitu.

Pada mama, guru wajib dihormati sbb kita mahukan keberkatan ilmu dia mengajar kita. Kalau kita belajar tp dok marah dgn cikgu, kutuk2 dia, ilmu tu x kan berkat pada mama. Bila x berkat mungkin jadi susah nak faham, x blh nak ingat, kan.

So, kalau ami baca tulisan mama ni bila dah besar nnt, jgn marah mama sbb x report kat guru besar atau tanya terus cikgu ami ok. Pada mama, this situation is still a minor case. Kalau tiap2 hari kena, br mama akan ber4 mata dgn cikgu tu.

Ok, belajar rajin2. Jadi anak yg bijak dan soleh ye Adam Najmi..luv u lots...