kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, March 22, 2010

Pameran Belon Panas @Putrajaya

Pameran ni start dari 18 -21 Mac 2010. Beriya mama pujuk abah cr masa utk kita gi jugak tempat tu. Kononnya berangan nak naik la belon tu..Pepagi hari, (kul 9.00. Pagi ke? hehehe) mama dah kejut abg & ami untuk bangun dan mandi.

Sebaik je sampai sana humangaiiiii ramai eii manusio. Abah berusaha jugak cari parking yang dekat ke tapak pesta. So, korg x de la penat sgt nak jalan. Sepanjang jalan tu, mcm2 benda korg tgk kat langit - yang terbang, yang berpusing, dok diam terapung pun ada...hissshh segala benda la.

Abg seronok betul nampak helikopter terbang dgn lebih jelas (x de la rapat sgt tp clear la nampak rupa bentuknya). Kemudian ke kawasan go-kart. Geram je mama tgk bendalah ni. Pastu ada kawasan naik basikal tp mcm nak baring lak kita bila nak mengayuh. Macam2 le lg.

Bila tiba di tapak belon panas tu, mama jumpa student institut mama. Tanya la diorg, mana nak beli tiket. dan jawapannya, "Tak yah la kak, dtg balik kol 6. Tiket dah abis!" Hampeh sungguh. Ok kita ambik2 gambar je la..


Pastu kita ke kawasan pameran hewan2 - ular (area ni abah je yg bw korg masuk...ampun la mama nak gi kat situ), iguana, parrots, kambing biri2, kucing. Mama siap tunjukkan haiwan yg abg & ami selalu terjerit2 nyanyi - burung kakak tua, hinggap di jendela.....

Disebabkan pagi tu agak panas, korg dah berpeluh sakan, apatah lagi abah, so abah ajak balik je lepas kita merayap di gerai2 jualan. Untuk kenangan, abg dpt sand drawing photo, belon ben-10 dan ami dapat kipas hahahhaha x de faedah langsung..nak belek barang pun x larat sebab rimas kepanasan di situ.

Friday, March 19, 2010

A pleasant evening @ JJ Equine

Petang selasa br ni (16 Mac 2010), lepas balik keje mama ayat abah gi makan Pizza kat Jusco. Mula tu ingat abah tak nak gi sbb muka kering je..tetiba abah kata, ok naik keta mama & mama open table. Orait, xda hal lah...

So kita gi sana mmg purposely utk makan. Terus je la menuju ke warung itu hehehe..x de merayap2 pun. Dan ini la menu kita....pepperoni pizza, spaghetti cabonara, garlic bread, soup of d day (chicken soup plak hr tu).

Abah melayan anak2 yg dekat 2 minggu x bemesra dgn abahnya...sian baby2 mama hukhuhuk..

Abang yg suke sgt spageti cabonara nya itu..

"Abah nak air tuuuu"

Dan selepas itu...melayan korg di sini.


Lupa plak nak ambik gambar abg. Abg mmg takut nak naik benda2 gini klu bergerak. Tp hari tu mama ajar abg & pegang abg sambil explain mainan tu tidak merbahaya (klu duduk elok2 la kan), baru abg berani. Siap x nak turun n mintak coins lagi. Lepas puas main, masuk bhgn pasaraya jusco utk cr yogurt korg n instant pastry utk mama nye aktiviti hehehe..seronoknya petang tu walaupun sekejap..Malam tu sume pakat x lalu makan sbb kenyang, kecuali abah..

Monday, March 15, 2010

Mengisi masa bersama mama:D

Cuti sekolah dah mula...yeayyyyy! Mama la org pertama yg happy sesgt bila skul break..Frankly speaking, i am so tired and need a break. Opppsss jgn la kata x ikhlas plak. Sometimes i need a place to release my tiredness. So, kat sini la mama membebel melepas penat.

Mama x nak cite banyak2 pun. Cuma nak letak gambar korg bersukaria, bergaduh, cedera sana sini n candid camera too.
Ami sesuka hati je post begini...sapa ajar x tau la...

Hadoii kepala abg sakit..mama suruh baring n rehat jap. Aktif sesgt sampai termengah2 nak bernafas.Bersukaria di Tasik Seri Serdang. Lepas main2, pandai plak request 'NAK ROTI CANAI'. Lepas main penat2, kita gi melahap kat kedai mamak hehehe.

Malam pun tiba......zzzzz penat...

Thursday, March 11, 2010

Appointment Abg Kimi Yg Penuh Bln Mac Ini

Letihnya bln ni. Minggu ni ke HUKM, minggu depan ke Serdang, pastu 2 hari berturut2. Ambik antar gi sekolah lagi. Memang letih. Bayangkan klu appointment abg pukul 10.30pg. Pagi cam biasa mama kena hantar korg gi umah Ibu. Pastu masuk office. Pukul 9.30 pg dah kena keluar balik, ambik abg kat umah Ibu bawa gi Hospital. Selesai appointment, hantar balik umah Ibu, mama masuk office balik. 1.30pm mama kena pegi balik ambik abg, hantar gi sekolah n mama masuk office balik...hadui berulang-alik. Sgt penat. Tp demi masa depan dan kecemerlangan abg, mama gagahkan jugak. Dengan cuaca yg panas sekarang ni, ditambah mama yg demam dah dekat 3 hari ni, lagi sesak rasanya.

Ok kita mula cerita dgn appointment di HUKM 4 Mac 2010 -

Unit Opthamologi (Ujian mata)
- Pakar Psikologi Kanak-kanak HUKM rujuk abg bahagian ni sbb suspect abg ada masalah mata. Sbb masa hari appointment awal tahun hari tu abg x leh kenal kaler apa, kosentrasi yg masih kurg dll.
- Result : Doktor bhgn mata kata semua saraf mata abg ok n normal. Alhamdulillah. Abg main2 sementara tunggu dipanggil.

Ujian naik tangga

Klinik Pediatrik (Ujian Schedule of Growth Skills)
- Selesai ujian mata, kita ke klinik ni pula. Antara ujian yang abg kena buat - susun bongkah (sama mcm cikgu ayu@Hosp.Serdang buat), susun pin atas board berlubang2, puzzle berbentuk (bukan bergambar cam biasa tu), pointing (tunjuk guna telunjuk pada anggota badan patung), penulisan (garis lurus dan bulatan), bercerita dari gambar2, melontar bola, turun naik tangga, melompat dll.
- Result : Ujian dibuat ikut usia abg 4 thn 10 bln. Speech dah hampir reach 4 yrs old kids. Lambat la jugak. Fine motor dan kosentrasi spt usia 3 thn. Gross motor spt hampir usia 4 thn juga. Lagi x ingat la. Sbb byk sgt istilah2 medical yg mama x leh nak recall hehehe..Summary yg dia bg, kena tumpu pada fine motor dan gross motor. Speech pun kena teruskan jugak sbb nampak dah makin bertambah n confident.

Hospital Serdang - 10 dan 11 Mac 2010

Speech Unit
- Pakar bising lagi sbb air liur abg masih drooling. So dia stictly x bg abg guna susu botol lagi sbb akan melemahkan lagi otot n saraf dlm mulut abg. Tu sbb x respon bila air liur dah penuh kat bibir depan n melelh keluar. Haduii..balik umah mama tunjuk kat abg yg mama dah buang botl susu. Kena minum guna cawan je. Aktiviti menggosok gusi dgn cotton bud kena diteruskan semula. Pakar bg 2 bln utk tgk result.Kolam bola

Bilik lampu2 - Adik Ami ikut gak untuk memberi sokongan moral kepada abg hehehe poyo. Bilik ni gelap sebenarnya. Cahaya hanya dari lampu2 pada juraian wire berlampu dan lampu bulat pusing2 cam kat pub tu

Nota : Abaikan sahaja gambar yg bergoyang itu:D

Jab. Rehalibitasi
- Cikgu ayu bw bilik lampu2. Tanya kaler2. Sume abg blh jawab dah:D. pastu susun bongkah atas slot kayu lubang2. Blh buat tp masih lambat. Kemudian abg dibw ke bilik exercise - Mama x masuk so x tau apa yg diajar. Bila tanya abg, abg ckp main buai, main bola..Selesai di bilik tu, masuk pula di bilik 'Kolam Bola'. Mcm biasa disuruh menyebut warna2 bola. Kemudian ada 1 bilik lain - untuk menulis, melakar, membaca ABC dan 123.
Result : Cikgu Ayu kata abg punya progress sgt bagus especially ttg warna dan bentuk. Dah blh cam semua dan jawab. Cikgu komen abg yg byk ckp masa sesi dgn dia. Dia kata nampak abg confident utk menyebut walaupun ada kalanya x betul. ABC dan 123 dan blh cam cuma nombor masih menghafal bkn mengenal. Kena latih lagi.

Fuhhh letih minggu ni. Nx week abg akan ke HUKM pulak utk result dari Pakar Psikologi Kanak-Kanak.