Seperti yg ditetapkan oleh pihak hospital, 17 hb Hakimi akan menjalani ujian MRI. So, mlm sebelum tu kimi kena puasa. Nurse kata 4 jam sebelum appointment kol 8 pg 17 hb tu. Entah kenapa mama yg lately demam je, x larat nak bg kimi minum susu last kol 4 pg. So, kimi puasa dah terlebih2 hour.
Sampai di hospital terus ke Unit Rawatan Harian. Kimi kena tukar baju kaler pink..pastu tunggu doktor datang dalam 9 lebih...ces...untuk berlaku adil dengan kimi, mama pun puasa jugak hari tu. Mula tu tensen gak sbb lambat gile doktor ni dtg. Pastu bila dah sampai, dia tanya tau x kenapa kimi kena buat MRI, pastu dia kata tau x apa dia MRI. Mama pun kata tau sikit2 sbb study kat wikipedia sblm tu. Pastu mama kena sign form kebenaran. Kol11 lebih kitorg turun ke Jabatan X-ray (kalau x salah). Kat situ terletaknya byk bilik2 x-ray, CT scan dan hanya SATU bilik MRI. Staf nurse yg bawa kami ke situ terangkan yg bilik tu ada 1 je dan kami diminta bersabar sbb terpaksa ikut giliran. Kes2 lebih emergency akan diberi keutamaan...mcm accident ke, nak operate ke...so, mama bersabar lagi. Dalam kepala dah rasa kesian sbb kimi dah puasa more than 12 hour...mama pun risau kalau mama kena gastrik gak masa tu..Alhamdulillah sampai kesudah x de apa2. Pukul 11.45 kimi diberi ubat tido. Selepas 15 minit, dia terlelap terus..kesian plak tgk dia terbaring keletihan n kelaparan tu. Nurse terus usung ke bilik MRI. Sebelum tu kitorg tunggu baby (aku rasa dlm lingkungan 6-7 bulan) keluar dari bilik MRI tu. Kimi diletakkan atas table sebelum ditolak masuk ke dalam terowong tu. Tp bkn masuk semua badan, hanya bhgn kepalanya sahaja. Sebelum tu, alat seperti sangkar diletakkan di atas kepala hakimi. 30 - 45minit kepala kimi discan. Kitorg pun tgk la skrin dari luar bilik segala sisi kepala dan otak kimi direkodkan. Macam cite Dr. House plak. Setelah selesai, keluar dari situ kimi dibangunkan nurse2 tu. Kimi mcm mamai sikit. Kalau duduk pun macam nak jatuh lepas tu dia macam duduk tp badan dia berpusing2. Mungkin sbb effect ubat tu x hilang lagi.
Gambar ni diambil secara 'haram' dalam wad kimi duduk. ni lepas rawatan la. Kimi tergolek2, x larat duduk and pening2. Kimi minum sekotak air dan Mama suapkan bubur nasi yg disediakan hospital. kimi makan sikit je..biasa la, x sedap hehehe
Lagi sebulan kimi akan menjalani Speech Therapy. So, report MRI kitorg blh tahu masa appointment dgn paed nnt. Otw balik umah, kitorg gi mkn, tp kimi mkn sikit je. Jalan pun terjatuh2. Tapi dia minum air je sampai habis segelas. Balik umah kimi sambung tido dari kol 3 sampai 8 malam..kesian dia. Bangun tido tu, segala benda dia nak makan. Tp makin menjadi2 pulak nakalnya!!!Adus!!!!
No comments:
Post a Comment