kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D
Tuesday, December 29, 2009
Student coming-to-be...:D
ceeewahhh...mcm nak jadi student u je ayatnya. Ok semalam mama baru je lepas register abg utk masuk Makmal Prasekolah UPM. Knp Makmal? X pe mama & abah x kisah sbb bukannya kena bedah2 ke, masuk2 ubat ke....hanya all the kids development will be part of their work research. Tempat tu masih seperti Prasekolah yg lain2 tp lebih luas dan insya-Allah selamat. Setelah taklimat diberi berkenaan abgnya preskul, mama sgt berpuas hati. Kesemua program ko-kurikulum adalah mengikut program Pendidikan Kebangsaan. Kesemua guru terdiri daripada bekas pelajar dr bidang child development. Nisbah dewasa kepada kanak2 adalah 1:8. Hmmm kelompok yg kecil la yg senang utk memantau perkembangan pelajar.
Kesemua pelajar di makmal tu dilindungi dgn insuran. Walaupun begitu, mama & abah mendoakan abg sentiasa selamat di mana sahaja di bumi ini. Amin. Kelas abg akan bercampur dgn kanak2 tempatan dan antarabangsa. Bahasa pengantar dwibahasa.
Bab makanan pula, tukang masak terlatih telah menerima latihan foods nutrient for child needs. So, mama x perlu risau tentang penyediaan makanan n nutrisi makanan yg sekolah abg sediakan. Sgt berpuas hati dan lega sbb akhirnya mama jumpa preskul yg blh memenuhi keperluan dan memahami keadaan abg. Not seek for a money n business only.
Semalam mama bawa balik uniform. Mama beli sepasang dulu utk abg try sbb saiz baju tu susah mama nak agak. Tapi bila dah pakai, hamboiii x mo bukak plak baju tu. Abg dok sengih & turun naik tangga nak tunjuk kat atuk. Mama suruh buka n basuh dulu. Abg x nak gak siap lari2 lagi bila mama nak bukak kan. Abah balik keje kol 9 mlm, dah puas tunjuk kat abah, abah dah tegur uniform abg cantik, baru la abg nak buka baju tu.
Ni ada budak kecik nak ambik gambar jugak...layan je la dik..x renti2 mengunyah..
Wednesday, December 23, 2009
Tongkat oh tongkat
Gara-gara nak cepat settle masak n nak temankan korg bermain kat luar umah, mama masak simple je. Ikan goreng masak kicap. Tp bila mlm tu nak bg makan, abg n adik x mo makan. Jamah sikit je. Bila mama tanya knp x nak makan, dua-dua jawab nak lauk ayam. Xkan hari2 nak lauk ayam. Mmg ada dlm fridge tp mama malas nak menggoreng masa tu.
Tiba-tiba...jeng jeng jeng, mama terajin buatkan donut utk korg. Di samping utk memahirkan lagi diri mama membuat donut tanpa melihat resepi. Abg mmg suka sgt donut. Mkn tu je dah sampai kenyang siap sendawa lagi..huhuhu janji korg kenyang sblm tido.
Tuesday, December 22, 2009
Friday, December 18, 2009
Lawatan sambil belajar
Susah sungguh nak dok diam ambik gambarAbah yg mula bosan hahahaha....
Monday, December 14, 2009
Ami yg x mengantuk2..
2 kali ami buat camtu n 2 kali abah terpaksa bawa turun n basuh ami. X pe bah, turun naik tangga blh menguatkan jantung. Mama tgk kol 11.30, ami x tido lagi. Pastu gi sana, gi sini. Mama tido pun cam x lena gak. Mama sedar kol 4pg, ami merengek2. Pastu nangis dgn suara yg serak2 x berapa nak keluar sbb batuk. Mama tgk abah x de pun tido sblh adik. So, mama bgn buatkan susu. Bg ami susu, pastu jenguk bilik sebelah, abah tgh senang hati melayan internet and buat2 x sedar ami nangis. Sabar je la kak Bedah. Pastu mama pengsan balik. Sedar2 alarm dah bunyi. Rasa mcm br je nak lena. Ngantuk sungguh rasanya dok kat opis ni. Huarggggghhhhh!
Mari belajar bercakap
"Sebab takut ulat masuk kaki"
"Sebab takut ulat masuk kaki"
"Sebab takut ulat masuk kaki"
"Sebab takut ulat masuk kaki"
"Sebab takut ulat masuk kaki"
"Sebab takut ulat masuk kaki"
"Sebab takut ulat masuk kaki"
"Sebab takut ulat masuk kaki"
Ok, ulang balik kimi -
"Sebab takut CEMUT masuk kaki!"
Sunday, December 13, 2009
Hakimi @ Jabatan Rehabilitasi & Speech Therapy
Masa sampai kat situ, staf di jabatan bg abang main basikal. Lepas tu mama bgtau staf tu utk keluar kejap & register 1 lg appointment. Masa abg leka main, mama pun cabut la dgn bg signal kat staf tu 'make sure abg x perasan mama blah'. Masa mama tgh tunggu giliran utk mendaftar, tetiba staf tu dtg kat mama sambil dukung abg. Waaa mata dah bergenang2. Muka dah basah. Staf tu kata abg nangis x renti2..apa la..nampak cam brutal, asik melanyak adik. Tp mama tinggalkan kejap pun dah nangis. Ok, utk tidak menyusahkkan staf tu, mama pegi la semula ke jabatan tu utk abg continue training. Hari tu abg kena masuk tempat bola2 berwarna-warni. Staf tu ajar abg kenal warna. Warna Hijau. Semua bola hijau staf tu ambil, abg kena sebut 'hijau'. Sampaikan bila dia test tunjuk bola kaler 'biru' abg bantai 'hijau' gak..adus..Latihan tu katanya utk bg abg cam kaler hijau sahaja dulu. Sampai 1 tempoh, bila dah cam betul, baru switch ke kaler lain. Hmmm cepat la abg improve...
Ok, lps settle di situ kita berkejar ke pendaftaran tadi. Sib baik nombor jauh lagi. X yah la mama beratur balik ambik nombor baru. Dah register di situ, kita ke Speech Therapy unit. Abg disuruh bercerita dari gambar yg doktor tunjuk pada kad2 kecil. Ada 2 section utk sesi hr tu. Satu, bercerita ttg 'What', satu lagi tentang 'Why'. Utk section 'What' kebanyakan soalan abg boleh jawab. Tp bila section 'Why' byk yg abg x leh jawab. Contohnya : Pada gambar ada terlukis org mandi. Doktor tanya, Kenapa org tu mandi?. Abg tengok je doktor n bgtau doktor berulang2 org tu mandi. Tp knp dia mandi, abg x leh nak terangkan. So, byk lg latihan & guide yg doktor bg utk mama n abah kena buat kat umah. Tp at least ada improvement:D
Selesai sesi tu, mama bincang dgn doktor. Mama tanya knp doktor x dignose apa problem abg sehingga skrg. Tp abg still kena buat sume ni. Doktor ulang balik yg abg bukan autismn, hyperactive atau apa jua sindrom. Cuma speech delay disbbkan tumpuan yg lemah. Bila tumpuan lemah, susah nak develop perkataan baru, susah nak belajar dlm kelas, masalah tingkahlaku dll. Byk la problemnya. Itu la sbbnya abg kena proceed dgn latihan di Jabatan Rehabilitasi tu...Mama pun, OOOOOOO. Sbb diorg x terangkan knp latihan yg mama nampak x de faedah tu dibuat (naik basikal, main buai, masuk dlm kolam ada bola2, melompat, susun bongkah kayu dlm slot dll). Rupanya utk asah tumpuan abg. Bagus, bagus, bagus.
Demi awak hakimi, mama & abah sanggup bersusah-payah. Semoga menjadi anak yg cemerlang. Amin!
Friday, December 11, 2009
Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor
Bacaan temperature ami tinggi lagi doktor kata. 38°C. Tekak dah merah. Ada kahak/lendir dgr di paru-paru. Lps lunch tadi, kitorg tido berjemaah. Ami, Mama n abg. Korg mmg x leh letak sblh2. Sampai kesudah sorg pun xkan tido. Tp semuanya bgn awal. Maybe panas hr ni. X selesa nak tido. Rp budak yg kononnya demam tu blh plak main kat luar panas2 tu, pastu main air kat mesin basuh luar. Amboiii kang demam balik, mam jugak yg direngekkan. Br je tadi dpt 'setangan' sbb main bedak habis 1 bilik. Geram betul budak kecik ni. Mcm dah sihat je ye..
Ok la. Klu dah sihat pun bagus gak. Blh la mama panjang langkah ke umah achu mlm ni.
Thursday, December 10, 2009
Ami's update..
Sekarang ni perkataan favourite dia "KAKUT" dan benda yang akan dia tunjuk ialah kasut dia. Sampaikan setiap kali baca buku ABC dia, dia akan bukak bahagian huruf "S" ada gambar shoe, dia akan bising sebut berkali2 kat kita, KAKUT, KAKUT...siap tepuk2 kita lagi untuk tgk kat gambar yg dia tunjuk tu..naik muntah mama dengan abah ajar sebutan yg betul..hmm apa lagi ragam anak bujang tu..kalau dengar guruh berdentum-dentam, dia mesti lari cari abah/mama/atuk. Nampak je gagah, tp penakut..Suka menyelit masa mama tgh ber'karate' kat dapur..sama perangai ngan abg. Bkn apa, takut kena minyak/air panas je. Kulit cantik2, dah comot nnt..hmm tu je la nak update..kang korg boring plak baca panjang2 entry aku ni..hehehe
Penatnya....!
Abang cakap pun x betul lagi, ada hati nak ajar adik baca ABC hehehhe
Gambar ni antara aktiviti 2 beradik ni setiap malam bila mama bz melipat kain, sambil makan, sambil tgk tv, sambil mengantuk dan keletihan...all in one! Sigh..........
Membuang masa di Giant Kinrara
Sama ke?
Bawah ni gambar Najmi
Dan lihat la sekarang...
Sungguh besar aiman itu..adakah 7 tahun nnt Ami akan sebesar itu...oh tidakkkkkk!!!!
Adik ami sihat la cepat....
Ini cerita terkini keluarga kami. Najmi start demam dari hari rabu malam last week hingga ke hari ahad. Siap batuk dan sesema plak. Ubat dah 2 kali tambah tp x ok2 jugak. Demam dah ok tp batuk sesema masih ada. Dia bernafas pun mcm laju semacam walaupun tgh tido. Kitorg dah decide nak bw ke hospital sepatutnya semalam. Alhamdulillah dah follow up check dgn doktor, dia x perlu masuk hospital. Tp hingga hr ni adik masih lagi batuk sampai muntah2 dan sesema gak. Pagi ni mama dah give up dgn klinik panel, bawa terus adik ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM. Doktor cek lama jugak n detail. Pastu mama bgtau doktor ttg pernafasan ami. Doktor kata kahak dah banyak dlm lungs ami tapi bukan asma. So, she advice to stop give him milk or any food that contain a milk. The milk has increase the 'kahak' and let his condition more worst. Aku pun, oooo br tau. But the curious and banyak soal mum keep ask, dia x lapar ke sbb dia x nak makan nasi. Doktor ckp, he will eat when he's hungry. I will give him 'ubat kahak' and continue with the panel-doc medicine (ubat batuk n antibiotik) n dont worry, he should be fine soon. Insya-Allah. Badan ami nampak dah susut n berat badan pun dah kurang. Kesian sgt. Dia x ceria mcm dia yg sebelum ni..lekas la sihat...sedih mama:(
Wednesday, December 9, 2009
Hakimi @ Jabatan Rehabilitasi
Ok date appointment 4/11/09 9.30pg. Bgn pagi je abg dah nangis2. Kena kejut tidur pastu kena paksa mandi. Kesian plak. Tp nak buat cemana, klu x asuh dr sekarang bgn pagi, nx yr dah nak masuk pre-school. Maka, akan berlakulah adegan tarzan dlm hutan di pagi hari...waaa sana, waaa sini...eiii x leh nak imagine nx yr cemana rupa MJ pepagi hari..
Sampai kat jabatan tu, kena tunggu utk nama dipanggil. Kebetulan dlm deretan kat tempat menunggu tu, ada sorg ibu bersama anaknya yg 'tidak sihat'. Duduk atas wheel chair. Nampak mcm dah umur 5/6 tahun. MJ perhatikan gelagat anak dan ibu itu..entah kenapa tetiba terasa sebak n x sedar air mata mengalir. Anak OKU tu terkial2 mahu keluar dari wheel chair dia. Tp dipasangkan ibunya pengikat pada kerusi tu. Dia x bersuara, cuma buat bunyi2 sahaja dan tergapai2 menarik2 tudung ibunya utk bgnkan dia dr kerusi tu...wohhh MJ rasa nak je peluk ibu tu. Tabahnya dia menguruskan anak sebegitu. Maha Suci Tuhan, aku bersyukur krn aku tidak diuji sebegitu. Anakku sempurna zahir dan batin. Cuma growth development agak terganggu.
Sampai masanya, nama kimi dipanggil. Kami diarahkan ke bilik terapi (fizikal). Terapi ini utk improve fine motor kimi. Mula2 gi bilik lampu (Pelatih tu ckp tu nama bilik). Ada 3 org dlm group kimi. 2 lelaki dan sorg perempuan. 2 org bermasalah autistic dan kimi doktor x diagnose apa2 lagi. Masuk bilik lampu tu, ada juraian2 lampu dlm tube(mcm kat kedai mkn selalu diorg buat deco tu) tp ni jenis halus2 mcm mee. Bilik digelapkan...cuma ada chy pada juraian tali tu dan mat yg berlampu2. Diorg pasangkan slow music. Budak2 tu disuruh masukkan bongkah dlm slot kecik n muat2 saiz bongkah tu. Nampak cam senang je..tp diorg kadang2 blh masuk slotnya kadang2 x blh. nampak cam simple je diorg ajar..tp itulah latihan utk mereka.
Kemudian kami dibawa ke bilik lain. Kimi kena masuk dlm 'kolam' tp dipenuhi bola2 plastik yg berwarna-warni. Abg mmg takut dgn 'kolam' camni. Pernah try bg dia main masa kat Bukit Tinggi..Mmg dia menjerit n menggelupur takut..aparaaa..Pastu pelatih tu angkat jugak dia, masukkan dlm kolam tu, waaaa aku rasa 1 blok tu dgr dia menjerit2 takut n nangis2..Last sekali, pelatih ckp, 'mak masuk sekali dlm kolam tu. tgk cemana' aaa sudah. Dah la pakai baju kurung, nak masuk plak dlm tempat2 camtu..aduuuhaii..tp sbb kimi, mama terjun gak dlm kolam tu..malu beb! Alhamdulillah lps tu kimi blh plak siap x nak balik lg. cis sungguh! Habis sesi date baru diberi, which is nx month.
Seronok plak aku rasa sesi yg ni hahaha..Emm senang juga dlm berkongsi cerita dgn ibu2 yg dtg pada hari tu. Semuanya faham keadaan masing2. Ada sorg yg autistic tu, berkali2 ulang salam pelatih2 tu. Kelakar pun ye jugak. Ok sambung cite kimi nx month nnt.
Anak Lambat Bercakap..
Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.
Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.
“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.
“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya
Pakar Kanak-kanak berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.
Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.
“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)
“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.
Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.
“Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.
Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.
Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.
FAKTA: Percakapan kanak-kanak
- Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-linguistik).
- Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.
- Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’ sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.
- INFO: Tip membantu anak bercakap
- Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap!
- Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas
- Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
- Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
- Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali
- Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya
- Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak
- Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
Hakimi @ Paediatric Unit
Pakar psikologi akan buat ujian utk tentukan samada dia dimasukkan dalam kategori mana dalam ciri2 kanak-kanak khas. Aku mula x sedap hati bila doktor cakap begitu...dan akhirnya diterangkan maksud kanak2 khas yg nampak pada ciri2 kimi:
Pintar cerdas...
- Kebolehan yang luar biasa.
- Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
- pergaulan dengan kanak-kanak lain.
- Perkembangan bahasa yang lambat.
- Perbendaharaan kata yang kemas.
- Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
- Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
- Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
- Suka mencari helah.
Masalahnya sekarang sekolah khas tiada berdekatan/sekitar Serdang. Paling dekat Bangi dan Putrajaya tp aku x surf lagi tempatnya..cuma dengar2 je. Pening dah pikir cemana nak hantar dia ke sekolah tu lagi, nak uruskan Najmi lagi...adoiiii..makin kelam-kabut la pagi hari ku..
Memang banyak aku surf untuk mengetahui keadaan ini. Memang kadang2 sedih kerana anak sulung kami diuji begini. Ke hulu ke hilir kami usung dia. Hampir setiap bulan dia kena jumpa doktor dari pelbagai unit - speech, rehalibitasi, MRI dll. Insya-Allah kami akan sabar melalui ujian ini dan berdoa semoga semuanya akan normal seperti biasa..dan mungkin perancangan anak ke-3 akan difikirkan:) Insya-Allah
Hakimi @ Speech Therapy Unit
Appointment kol 10, pagi tu sempat lagi aku meng'google' cari any article for kid safety during this swine flu season. Kat mana lagi..sini la..info yang sgt berguna. Alhamdulillah kimi bagi komitmen. Dia x kisah pakai mask. Mula2 dia xmo tp lepas dia tgk semua org keliling dia, barulah dia ok. Masa kat registration tu aku cam pelik je sbb biasanya penuh tp smlm x ramai pun org. Pastu org sume duduk jejauh. Lepas register aku ke unit tersebut.
Doktor lain plak kali ni. Lagi lembut dari doktor yg biasa Kimi jumpa. Lepas sesi 'bercakap' dengan Kimi, Doktor tambah lagi kerja-kerja g perlu kami buat di rumah. Antara yg aku ingat : 1. kena latih otot lidah kimi - jelir lidah n guna apa2 tool yg tumpul, suruh dia lawan tolak dgn tool tu. Ini bertujuan utk memudahkan dia menolak makanan ke kiri /ke kanan giginya. SO, dia x akan memilih makanan dan akan makan semua mknn supaya lengkap piramid makanan dia setiap hari
2. Gosok 'taste bud' pada lidah dia - Supaya lebih sensitif utk menelan air liur yang dah banyak.
3. Bercakap tp tidak memberi 2 pilihan jawapan. Contohnya : "Mama dah makan, kimi dah makan ke?" instead of "Kimi dah makan ke belum?" Dia akan belajar membentuk ayat yg betul dari ayat penanya (mama dah makan) drp hanya menjawab, dah/belum.
4. Kitorg kena listkan ayat n perkataan yg kimi dah boleh buat. Next appointment kena bawa.
Tapi doktor kata progress kimi nampak cepat. Dia dah boleh bentuk ayat lengkap bukan lompat2 yg tertinggal perkaatan tertentu dlm 1 ayat. 4 patah perkataan je. Doktor panggil Stage 4. Kira ok la. Sekurang2nya ada perubahan dari rujukan doktor panel kami ke hospital.
Ok, next appointment kimi dgn Jabatan Rehabilasi (x sure plak ejaannya). Kimi akan dilatih untuk tumpuan, kerjatangan - (butang baju, pegang pensil, mengenal warna). Sebenarnya ni keje kitorg, tp cam xjadi je nak buat hahahaha...diorg ajar cemana nak buat utk tingkatkan tumpuan kimi. Xtau la apasal kitorg buat x menjadi2 lagi. Ok harap semuanya berjaya, DEMI MASA DEPAN ADAM HAKIMI.
Hakimi @ new nursery
Pagi tadi masa nak hantar najmi kat taska, ibu dia sibuk tanya. "Mana Adam" Pastu aku ckp, "ada, tgh baring2 dlm keta" Pastu cepat2 blah. malas nak dgr lagi...takut kimi bgn pastu nak turun kat situ plak.
So, pagi tadi hantar kimi ke Taska baru. Yuran pun murah sbb anak staf. Nampak tempatnya mcm bagus. Siap ada section2 - tempat main, tempat belajar, tempat menonton tv, dewan makan, ruangan utk bersiap lepas mandi2..tu je yg aku sempat jengah..Kimi mula2 dia takut nak masuk. Melekat je kat kaki mama sbb dia tgk ramai sgt budak kecik. Pastu ada pulak yg nangis 'nak mama..nak mama'...pastu terpaksa la aku stay sekejap kat situ. Pujuk kimi, terangkan kat dia tempat apa tu...lama gak la...pastu 8.20++ cikgu kat situ bg isyarat bgn pelan2 n blah. Lepas tu cikgu tu entertain kimi ke playground kat situ..Harap2 dia x nangis.
Why we take this action (Remove him from his previous taska)?
Lupa nak update appointment kimi bln lepas..Paed nasihatkan kimi diletakkan dikalangan kanak2 yang berusia sebaya dia. Ini akan mempercepatkan proses dia menambah vocab. Aku mengaku yg aku mmg tidak byk masa berkomunikasi dgn dia di rumah. Perlukah dinyatakan alasan itu hahahahha...x pe la. Memang silap kami pun. Mengaku.Masalah komunikasi kimi akan terus dipantau sehingga sebelum masuk ke alam persekolahan.
Hakimi @ Speech Therapy Clinic
Pastu Dr. komen:
1. Dia suka buat orang sakit hati.
2. Dia boleh buat tapi saje je bg org marah.
3. Dia blh ulang apa yg diajar tp kena paksa.
4. Sehingga sesi hampir habis, kimi dah boleh kawal air liur dia tp Dr. kata kena consistent arahan tu sampai dia buat sendiri tanpa arahan..
Next appointment 6/7/09 Pakar telinga. Oooo hari tu kimi completed kesemua 5 ujian telinga. Dr. yg cek kata semua result nampak ok..cam malas je nak gi 6/7 ni...
Hakimi n Paedriatric
Ni aku copy dr wikipedia:
"Hyperactivity can be described as a physical state in which a person is abnormally and easily excitable or exuberant. Strong emotional reactions, impulsive behavior, and sometimes a short span of attention are also typical for a hyperactive person. Some individuals may show these characteristics naturally, as personality differs from person to person. Nonetheless, when hyperactivity starts to become a problem for the person or others, it may be classified as a medical disorder. The slang term "hyper" is used to describe someone who is in a hyperactive state."
Apasal la tulisan ni italic plak..penat dah aku ubah..Next month hakimi akan berjumpa semula dengan Pakar utk Speech Therapy & ENT. So far, nampak kimi punya development positif. Alhamdulillah. Semalam mama ajar kimi buat garisan ikut titik2, mama ingat kimi tekun menggaris, rupanya tertido sambil duduk. Penat sangat kot semalam..tetiba sedih tgk dia tido keletihan...:( Next appointment 2/6/2009.
Hakimi @ ENT unit
Hakimi @ Speech Therapy Clinic
Last sekali Dr. buat conclusion berikut :
1. Saraf dalam mulut kimi tidak sensitif dengan kehadiran air liur yang byk. That is why dia x menelan air liurnya dan biarkan meleleh.
2. Otot lidah kimi sangat lembut. Jadi dia tidak pelat bila bercakap. Masalahnya dia akan lambat mengunyah makanan sbb lidah dia mcm x main peranan untuk tolak makanan ke kiri atau ke kanan giginya.
3. Daya tumpuan kimi pada satu-satu kerja sangat lemah. Duduk main kejap je, pastu dah sibuk2 nak bangun.
4. Kimi dikategorikan keadaan tidak serius dan insya-Allah akan mula bercakap selepas 2/3 kali appoinment selepas ini dengan pakar tersebut. Alhamdulillah.
So, banyak perkara kami kena settlekan sblm appoinment seterusnya. Dr. siap tuliskan atas kertas apa yg kami kena buat. Antara yg aku ingat (kertas tinggal dlm keta)
a. Tumpuan
- kena belikan mainan bentuk mcm puzzle untuk latih tumpuan dia dengan masukkan bentuk2 tu ikut bongkah.
b. Gusi kimi bahagian bawah mulut kena gosok 30x sehari guna cotton bud utk tingkatkan sensitiviti saraf tu dgn kehadiran air liur dia.
c. Kena bagi arahan yg jelas pada kimi.
Apa lagi ek...x inagt plak..ok tu update kimi kali ini..next appointment 23/4/09 (Pakar ENT)
Hakimi n MRI
Sampai di hospital terus ke Unit Rawatan Harian. Kimi kena tukar baju kaler pink..pastu tunggu doktor datang dalam 9 lebih...ces...untuk berlaku adil dengan kimi, mama pun puasa jugak hari tu. Mula tu tensen gak sbb lambat gile doktor ni dtg. Pastu bila dah sampai, dia tanya tau x kenapa kimi kena buat MRI, pastu dia kata tau x apa dia MRI. Mama pun kata tau sikit2 sbb study kat wikipedia sblm tu. Pastu mama kena sign form kebenaran. Kol11 lebih kitorg turun ke Jabatan X-ray (kalau x salah). Kat situ terletaknya byk bilik2 x-ray, CT scan dan hanya SATU bilik MRI. Staf nurse yg bawa kami ke situ terangkan yg bilik tu ada 1 je dan kami diminta bersabar sbb terpaksa ikut giliran. Kes2 lebih emergency akan diberi keutamaan...mcm accident ke, nak operate ke...so, mama bersabar lagi. Dalam kepala dah rasa kesian sbb kimi dah puasa more than 12 hour...mama pun risau kalau mama kena gastrik gak masa tu..Alhamdulillah sampai kesudah x de apa2. Pukul 11.45 kimi diberi ubat tido. Selepas 15 minit, dia terlelap terus..kesian plak tgk dia terbaring keletihan n kelaparan tu. Nurse terus usung ke bilik MRI. Sebelum tu kitorg tunggu baby (aku rasa dlm lingkungan 6-7 bulan) keluar dari bilik MRI tu. Kimi diletakkan atas table sebelum ditolak masuk ke dalam terowong tu. Tp bkn masuk semua badan, hanya bhgn kepalanya sahaja. Sebelum tu, alat seperti sangkar diletakkan di atas kepala hakimi. 30 - 45minit kepala kimi discan. Kitorg pun tgk la skrin dari luar bilik segala sisi kepala dan otak kimi direkodkan. Macam cite Dr. House plak. Setelah selesai, keluar dari situ kimi dibangunkan nurse2 tu. Kimi mcm mamai sikit. Kalau duduk pun macam nak jatuh lepas tu dia macam duduk tp badan dia berpusing2. Mungkin sbb effect ubat tu x hilang lagi.
Gambar ni diambil secara 'haram' dalam wad kimi duduk. ni lepas rawatan la. Kimi tergolek2, x larat duduk and pening2. Kimi minum sekotak air dan Mama suapkan bubur nasi yg disediakan hospital. kimi makan sikit je..biasa la, x sedap hehehe
Lagi sebulan kimi akan menjalani Speech Therapy. So, report MRI kitorg blh tahu masa appointment dgn paed nnt. Otw balik umah, kitorg gi mkn, tp kimi mkn sikit je. Jalan pun terjatuh2. Tapi dia minum air je sampai habis segelas. Balik umah kimi sambung tido dari kol 3 sampai 8 malam..kesian dia. Bangun tido tu, segala benda dia nak makan. Tp makin menjadi2 pulak nakalnya!!!Adus!!!!
Perihal hakimi
Itulah hakikat kami suami isteri perlu terima apabila anak sulung kami -Muhd. Adam Hakimi (kunamakan sempena nama bapa bos lama yang kuanggap sifu dan bg anak sulung yang kuharapkan menjadi seorang yang arif dan adil untuk memimpin adik-adiknya nnt) mengalami masalah yang KUHARAPKAN tidak serius..Amin
2/3/09 - Hakimi telah dirujuk ke Hospital Serdang akibat mengalami proses tumbesaran yang lambat dari kanak-kanak sebayanya. Semua orang nampak seakan tiada masalah sehingga la dikesan oleh Dr. Fahmi, Pusat Rawatan Mesra, Serdang bila Hakimi tidak boleh menjawab soalan2 yang diajukan kepadanya. Waktu appoinment ni mama tidak dapat hadir bersama kerana mengikuti kursus induksi yang masih berbaki lagi seminggu.
Seperti yang diceritakan suami:
1. Doktor cek ukur lilit kepala Kimi, saiznya yang paling minimum mengikut umurnya sekarang
2. Bentuk muka kimi Doktor kata nampak seperti ada sindrom tp bkn seperti muka budak sindrom down...nauzubillah...tp dia x sure lagi sindrom apa
3. Kimi x boleh lagi grip pensil dengan cara yang betul. Dia memang boleh pegang pensil tp doktor tu kata cara dia pegang salah. Aku pun x tau la kan...sbb orang dewasa pun pegang pensil/pen dgn mcm2 cara dan gaya.
4. Kimi lambat - ketawa, meniarap, merangkak, berjalan (1 thn 10 bln).
5. Daya kosentrasi yang kurang. Tak boleh tgk TV lelama. Jadi bosan dan gelisah.
6. Sentiasa nak bergerak dan melakukan aktiviti tp tidaklah sampai mencederakan diri.
7. Kimi akan menjalani ujian dan terapi pertuturan dll untuk make sure dia blh catch sama level dgn usianya.
8. Kimi kerap jatuh masa kecil..jatuh dari katil la masa mula-mula nak belajar berdiri. Paling tinggi 3' dan berjahit dahinya. tp masa tu doktor yang jahit tu kata kepala dia ok x de masalah.
9. Doktor kata mujur kami bawa seawal usia tu. Kalau ada masalah yang boleh menjalani terapi sahaja, insya-Allah dia akan normal seperti kanak2 biasa. Kalau lambat dan dia sudah mula bersekolah, dia mungkin terpaksa masuk sekolah kanak2 khas..Harap2 la semua yang baik sahaja selepas ujian 2 minggu lagi.
Apa yang kami perhatian, hakimi mampu menghafal lirik2 lagu, walaupun x sempurna. Setakat lagu nursery rhymes tu ok je. Lagu org dewasa pun dia blh ikut, even lagu Mirae, Kiroro tu pun dia blh nyanyikan. Cuma dia menghadapi masalah untuk mengatur perkataan menjadi ayat dan kadang-kadang tidak faham apa yang orang dewasa tanya.
Kimi akan menjalani pemeriksaan MRI pada 17 Mac 2009, pukul 8.00 pagi. Kimi kena puasa dalam 4 jam sebelum masuk terowong tu. Kena make sure dia tidak demam dan selesema pada tarikh tersebut. Atau tarikh pemeriksaan akan diubah sehingga dia betul2 sihat. Otak kimi akan di scan untuk melihat apa yang tidak kena. Oh Tuhan aku tidak mampu lagi menulis.....................