kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D
Thursday, December 6, 2012
Bercuti ke Teluk Batik, Lumut, Perak
Dari Batu 9, Lekir ke Teluk Batik, mengambil masa dalam 30 minit. Banyak hotel/apartment di sepanjang jalan ke Teluk Batik. Tapi kita cari chalet/motel yg paling dekat dgn pantai. Nasib baik ada bilik kosong. Sbb masa tu time cuti raya, risau gak x de bilik. Kita ambil 2 bilik. Sebilik ada 2 ruang. Ruang depan kecil sikit & ada katil double decker, kipas. Ruang kedua ada katil queen, mini fridge, toilet, aircond. Sewaan dalam RM200/nite/room. Contact no. mama lupa plak nak ambik (kot2 la ada yg refer...berangan)
Dapat je kunci, park keta dpn bilik, korang dah terkinja2 nak tukar seluar n terjun laut. Angin pantai masa tu sgt best. Lg la x sabarnya korg kan..So, dah masuk brg sume, tukar2 baju, semua pakat berendam. Mama x turun lg sbb adik nak tido. Dah ptg sikit br la turun bw gme main air.
Malamnya kita x kuar makan sbb hujan. So, abah n pakndak je kuar gi beli makanan. Lps makan2, semua tumbang sbb penat sgt main air hehehe..Esok tu kita sambung lagi main pantai, naik bot n banana boat lg..Nampak mcm bhy klu korg yg kecik2 ni naik banan boat kan..tp mama dah bgtau yg bw bot tu spy x jatuhkan korg dlm air sbb kang lemas pulak. Mama dah la x tau berenang. Korg baru je gi kelas..x abis modul lg hehehehe..ok mama nak cepat la..so bubuh gamabr selonggok gini je la. At least korg blh la tgk gambar korg masa kecik2..
Monday, November 26, 2012
Adam Najmi is 5th!!
Slps beli kek, mama call Cikgu Shina Ami utk tumpangkan kek tu kat taska. Sbb nak letak kat umah, takut abg nampak n nak potong pulak kek Ami hehehhe. Sib baik cikgu kata ok. Terus la kami hantar kek ke sekolah n jemput ami balik. Dari taska ami, kita terus ambik abg kat sekolah n balik.
Petangnya, mama dibantu kakak nazura n nazira utk isikan goodiebags tu sume. Sib baik ada diorg, klu x , penat la mama buat sorg2 ngan gme yg asik sibuk tarik itu ini.So, ami celebrate keesokan harinya dengan kawan2 n cikgu sekolah.
Wednesday, October 31, 2012
Kimi's & Gme's Birthday Bash
Ni kek RV. Masa buat ni pun mama mcm x berapa ada mood..maka terhasillah kek yg comot ini. Pakndak pulak sponsor durian. Kemain tebal isinya. So hari tu semua org kenyang sampai telentang. Happy2 n heboh2..:D
Thursday, October 18, 2012
Pengalaman D&C
Setelah pakar confirm mmg baby dah tiada, dia bgtau proses2 D&C. Masa doktor bgtau ubat induce akan diberi, mama dah dpt bygkan sakitnya sbb dr cerita kawan2 mama yg overdue bersalin. Rata-rata bgtau sakitnya lg teruk dr sakit bersalin. Hoh! mcm ngeri pun ada nak lalui procedure tu.
Hari Khamis, bos mama suruh siapkan semua keje n pas pada mamanya successor. So, lambat gak balik. Sampai rumah buat keje mcm biasa. Tapi perut mama mcm meragam. Kejap2 sakit, kejap2 hilang. Abah ke workshop tp mujur juga balik awal. Malam tu mama x lalu makan sbb perut makin sakit. Lps mkn malam, mama ambik syrup MMT utk tahan gastrik sbb doktor kata d&c tu akan buat pukul 1.00 tghr. Mama kena puasa dari tgh mlm. Tp since mama ada gastrik yg teruk, doktor suruh ambik MMT every 6hrs. Itu shj yg blh masuk tekak. Air+mknn x boleh.
Dalam pukul 10, mama rasa ada cecair kuar n agak banyak..yup..darah. Terus abah call hospital (KPMC) n tanya nak admit ke apa. Nurse bgtau doktor dah balik. Tp dia suruh dtg je la ke hospital sbb dah schedule esoknya utk d&c. Mama siapkan brg2 korg utk tumpangkan umah Ibu Ina. Mama 'cuti'kan abg tp ami sekolah sbb cikgu kata nak ambil gambar untuk raya.
Sampai di hospital, nurse suruh pilih bilik. Mama ambil sebilik seorg. Ada sofa bed kat situ, so abah dapat relax2 jap. Sbb masa tu mama x sure samada terus buat mlm tu ke atau mcmana. Lepas dah settle bilik, nurse bg mcm2 borang utk sign. Dkt kol 11++ mama dah x larat nak buka mata n layan perut yg dok on off. Klu 12 (agaknya), abah left the room.
Tak lama lepas tu nurse masuk. bagitau yg pukul 5am akan masuk ubat untuk bg turun darah (induce). Masa tu nurse cek qty darah yg dah kuar. Kemudian mama terlelap. Dalam pukul 3am, nurse masuk lagi n cek darah. X lama lepas tu dia dtg n bgtau nak masuk ubat time tu. Mama makan lagi ubat gastrik. Mama ingat masa tu dah kol 5am. Sbb ngantuk tp tido blh lena pulak dlm sakit2 tu. Maybe penat pg tu byk keje kot. Lps ubat masuk, perut mama makin sakit. Macam mild contraction tp x la keras mcm org nak beranak. Maybe jugak mama dah lahirkan kamu bertiga, so blh tahan la sakit tu. Darah dah rasa makin byk keluar. Nurse datang gantikan pad. Dalam sakit yg on off tu mama tido2 ayam sbb ngantuk sgt. Bila sakit dtg, terjaga balik.
Pukul 7am, masuk nurse shift pg kot. Kemudian dia kata nak masukkan ubat untuk 'rendahkan' janin/rahim. Mama x berapa clear dgr masa tu. Masa nak masukkan ubat, airmata mama tetiba mengalir2. Masa tu mama mmg ckp, goodbye baby. Nurse pujuk2 jap. Ok, bila ubat tu masuk, mama rasa mcm ada benda panas nak pecah keluar ikut telinga, kepala dah pusing2, buka mata dah berpinar2 mcm nak terkeluar, jantung mcm berdegup kencang sampai mama rasa blh nampak kot dia berdegup dr luar baju. Masa tu mmg mengucap dah. hati dah berkata2, knp la azabnya ubat ni. X lama lepas tu nurse tu masuk balik n bawa wheelchair. Dia inform nak bw ke labour room utk d&c. Dia suruh mama turun katil n naik wheelchair tu. Mama bgtau x blh nak turun sbb berpinar2. Nurse kata mmg mcm tu effect dia. 2 nurse pimpin mama ke wheelchair. Masa ni abah blm sampai sbb uruskan ami ke sekolah.
Berdebar2 gak masa mula2 nak masuk bilik tu. Lepas dah baring kat katil tu, Dr. Jamil sampai. Dia tegur n tanya dah byk darah ye? Gitu ar..mama pun angguk je sbb x larat dah nak angkat kepala sbb rasa berat sgt. X lama lps tu nurse pasangkan alat kat jari utk monitor bacaan heartbeat. Sorg lagi nurse dah pasang oksigen kat mulut mama. Tepi mata mama dilindung, so x nampak doktor buat apa tp dgr mcm dia jentik2 syringe. X lama lepas tu dgr dia baca 'Bismillah' and terasa ubat masuk sejuk je..Hanya 3 kali je mama dgr nurse suruh tarik nafas n lepas..kemudian..papppp...gelap. X sedar apa n x tau apa dah jadi. Tau2 nurse kejut, Puan dah selesai ye. bergerak ke kanan puan. Kami nak bawa ke bilik. Mama rasa mama mmg x buka mata tp mama move ke 'stretcher' sblh.
Sampai bilik, nurse kejut balik n suruh move ke katil mama. dah beralih, mama pengsan balik. Dalam kol 11am, mama tersedar n mula la cari abah..apasal tah hehehe..pastu abah kata mama pengsan sampai kol 11am. Operation ambik masa dekat 1 jam abah ckp. Woh lamanya pengsan. Tp kepala berat lagi n x larat nak bgn. Abah ckp, nurse suruh mama baring tanpa bantal. Lepas tu mama rasa mama 'tido' balik. Dalam kol 12++pm, abah keluar jap utk makan. Ami, mama mintak Pakndak yg jemput n hantar rumah ibu.
Atas meja bawah TV, mama nampak bungkusan hijau. Mama tanya abah, apa tu? Abah kata, tu la 'dia'. Nurse kata tanam je x perlu sembahyangkan sbb blm cukup sifat. Meleleh lagi airmata mata.
Pukul 12.30 gitu, makanan sampai. Perut dah mmg lapar gile. Tp nurse kata, jgn makan terus tp minum air sikit2. Mmg nak muntah balik. So, rehat jap, pstu minum balik..rasa nak muntah gak..stop balik, gitu la sampai mama blh mkn. Tp mkn sikit je sbb x sedap hahaha...Lps makan nurse bg ubat (antibiotik n painkiller). Mama x makan pun painkiller sbb x rasa apa2 pun.
Sementara abah byr bil (RM570 - utk sesiapa yg refer cost buat D&C di KPMC ye. Kat Az-Zahrah sgt la mahalnya, RM1k++), mama mandi tp mcm pening2 sikit rasa. Dah siap tu, sblm turun nurse offer wheelchair klu mama sakit/pening lg nak jalan. Mama rasa ok je n jalan sendiri ke lift. Serius, mama mmg x rasa sakit langsung.
Ok, selebihnya aktiviti di rumah. Jumpa bidan berurut n minta panduan. So simple je bidan suruh sbb bawah 10 minggu katanya. Bidan suruh pantang makan sahaja utk 2 minggu, x leh minum air ais n yg lelain x perlu. Bengkung pun x yah, cuma mandi air panas je. Lepas tu mama makan ubat...ambik confinement set by Shaklee, jamu bidan bg, jeligamat Luxor dan ikan haruan. Dpt la MC 10 hari dok umah. Urusan ambik hantar sekolah, Pakndak tolong 2 hari n selebihnya abah sbb kebetulan abah dapat adjust shift.
Monday, October 8, 2012
Amanah ke-4 yang pergi bertemu Penciptanya
Semuanya bermula dgn 9 Aug 2012 (20 Ramadhan 1433H), mama tergerak hati utk buat Urine test kat office lepas masa tu mama perasan dah nak hujung ramadhan tp mama masih dapat berpuasa tanpa uzur shar'i. Test tu nampak positif. Mama message abah pasal result tu. Esoknya, mama ke klinik utk confirmkan. Ujian air kencing mmg nampak samar2 untuk jadi double line. Kemudian doktor scan dan nampak seperti ada tp sgt kecil. Doktor minta mama datang minggu hadapannya.
Mulanya mama plan nak dtg selepas raya. Maknanya lagi 2 minggu dari tarikh scan yg baru tu....well, at first i am not so excited to have a new baby as gme is just about 1y2m at that time. Tapi, bila abah kata, semua rezeki Allah yang tentukan. Bukan kita yg minta rezeki tu dtg awal/lambat. Abah suruh mama redha n terima rezeki Allah. So, tetiba mama jadi excited to get a new one. Minggu hadapannya, sblm kita balik beraya ke kampung, mama terus gi klinik untuk confirmkan semula. Yup, the double lines are shown clearly and also the image on the scanning screen. Tp, ayat doktor, baby ni punya heartbeat x nampak sgt la. Mungkin kecil sgt lg . Ok, jumpa semula lepas raya nnt.
So, 30 Aug, mama datang lagi...dan ini resultnya..
Bila doktor cuba jugak mencari image jantung tu (biasanya akan nampak mcm 'titik' bergerak2 mcm berdenyut)...doktor tetap juga x nampak. Kemudian doktor buat mcm scan bunyi..loud speaker...dengar la bunyi berdegup laju..Bacaan dia 135bpm....Doktor cakap, itu baby u shima..Kawasan yang dalam kotak merah tu adalah image utk heartbeat...nampak kan garisan tu...memang ada kan...T_T..
Tapi doktor suruh datang semula untuk confirm lagi pada 20 Sept. Dia kata, bg baby tu besar sikit, so senang nak tgk jantung tu. Akhirnya, tarikh yang ditunggu tiba. Mama mmg suke bila tgk gamabr2 scan ni. Excited nak tgk how the baby growth. Tapi ayat doktor hari tu sgt menyedihkan hati mama.
"Shima, saya rasa baby ni tak sihat. Saya masih x jumpa heartbeat baby. Patutnya 9wks kita dah blh nampak degup jantung tu. But, maybe i'm wrong. So, sy refer shima ke specialist, ok. Alat mereka mungkin lbh canggih dan result insya-Allah ok."
Masa tu mama dah terkedu. Kenapa? Apa yg x kena? Tp doktor tetap juga ckp, lbh baik jumpa pakar, biar mereka yg sahkan. So, surat reference dia bagi. Mama tanya lagi doktor n minta hint. Doktor cakap maybe the baby is no more there..Gulp!
Mama drive balik ke opis. Airmata gugur sepanjang jalan. Mama rasa bersalah pun ada. Memang asalnya mama x terima kehadiran dia tp dia seakan tahu isi hati mama dan pergi di saat mama telah bersedia untuk menerimanya..You know how i fell? Sedih, marah dgn diri, kecewa dgn sikap menolak ketentuan Allah! Semua kesedihan, kesakitan untuk melepaskan dia pergi mcm balasan utk dosa yg mama buat. Please forgive me, child!!! Forgive me Allah!
Mama dgn abah pergi jumpa 2 org pakar..Seorang di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi. 3 kaedah scan dibuat. 1 melalui vagina, 1 dengan cara scan perut mcm biasa, dan lagi 1 dia letakkan mcm warna pada skrin utk tgk aliran darah. Bila pakar scan di kawasan karung baby, warna tersebut mmg tiada langsung di situ. Tapi di ruangan luar rahim mmg nampak kawasan berwarna bermakna ada aliran darah di situ. Dia bgtau juga bentuk karung baby dah lain/collapse..dia jadi bentuk mcm love..hmm x de lak gambar nak tunjuk. Lps dah explain mcm2, pakar tu letak alat and slowly bgtau mama,
"Maaf puan, baby puan memang dah tiada"
Allahuakbar, masa tu mama mmg rasa bersalah sgt2...kecewa pun ada...apa ye ayat yg sesuai...extremely felt guilty..tu kot..mmg x tau nak ckp..mama x mampu nak tanya apa lg dah kat pakar. She keep explain n comfort me. Tp lg meraung mama kat situ ada la. Pakar minta tarikh utk mama decide bila nak buat D&C. Mama x mampu jawab..Kemudian, dia bg tarikh lg seminggu. Itu pun ayat dia, kalau puan nak confirmkan sekali lagi, kita buat Jumaat depan.
Separuh hari mama berkurung kat office. Mama x jwb phone call. Student dtg pun mama lbh2 kurg je. Dok diam dlm bilik. Member opis pun mcm tau kot mama sedih n diorg x kacau. Bos mama tanya, how is it..mama terus nangis n dia suruh sabar. Mungkin org nampak mama sedih sbb dia pergi tp sebenarnya mama sedih sbb mama rasa berdosa x nak terima dia pada awalnya. Macam2 mama n abah dah plan bila dia ada. Hinggakan nak book tiket flight pun kami dah consider klu dia ada..Waktu rehat jumaat, mama jumpa sendiri doktor yg mula2 mama jumpa. Bgtau result dgn dia n minta dia explain kenapa semua ni jadi. Lps doktor terangkan tentang abnormal kromosom, baru mama lega n blh terima. Mama tanya juga adakah semuanya disebabkan pemakanan mama..Doktor kata bukan juga. Last doktor cakap, Tuhan ambil dia sbb dia tahu shima x ready lagi untuk ada baby kecil. Dia nak shima rehat n jaga anak2 yg ada dgn baik. Kalau dia ada pun, dia x normal dan mungkin lebih membebankan....korang tau mama cemana masa tu dlm klinik...? X yah explain.
Balik opis, semayang n relax..pikir balik dan akhirnya br la pintu bilik mama terbuka luas n ready utk melayan org..kena buat sibuk so x la sedih sgt.
Next post.....pengalaman D&C...
Thursday, September 27, 2012
Happy Father's Day & red velvet cake (Siaran tertunda)
Sebenarnya dah lama dah gambar ni, bulan 6 dulu. Tp sbbkan entah apa yg sibuk, mama x sempat2 nak pos awal. Masa tu kebetulan abah cuti. Malam sebelum tu mama bake RV cake. Abah tanya ada, ada org order ke? Mama jwb, aah je. Pastu malas nak sambung2 ayat lagi..senyap je terus mendeco kek tu. Buat simple2 je deco sbb masa tu mama mcm x berapa ada mood nak mendeco cake. Eh, nak mendeco pun angin kena baik tau..klu x, mmg cam hampeh je rupanya..
Masa tu abah tengah sibuk melayan abg n ami, cut n paste buku gambar2, mama pun keluarkan kek tu n suruh abah potong..vavava...nyaris nak menitis airmata abah ahahahha...acah je la..
Lepas tu kita makan sama2 & malam tu abah bawa jalan2 n makan2 kat luar..Thanks abah..for the luv n care to us. We love u unlimited and unconditionally...muahhhhhh
Tuesday, September 25, 2012
Dialog abg kimi yg buat mama rasa emmmmmmmm
"Mama, 'Monkey' bahasa Inggeris, kan?"
"Aah..betul"
"Monyet, bahasa Melayu, kan?"
"Ye...betul"
"Bahasa org gila?"
Hnnnfffffff...........Mama rasa hidung mama dah kembang kempis dgr soalan abg itu. Lepas tu mama buat senyap tp lelama mama gelak..Abg memang suka tanya soalan bukan-bukan. Kadang tu mama memang malas nak layan. Tp dari biar abg tertanya2, mama balas la jugak...
"Abg pegi la cari org gila. Lepas tu tanya dia, 'Monyet' bahasa org gila apa" (Sebenarnya mama dah nak marah tp x best la kan biar soalan abg x dijawab. Mama 'usaha'kan juga sediakan jawapan hahahhaha...padan muka..sapa suruh tanya soalan mengarut.
jumpa gambar ni masa mama buat 'housekeeping' folder2 kat pc mama...ni gambar tahun 2006...comel pulak mama rasa hahahhaa...dan sekarang.................
Thursday, July 19, 2012
Adam Najmi yang pandai memikat hati mama..hahaha
Sejak ada adik Gme, Ami mcm cepat cemburu bila tgk mama layan Gme lebih2..sebenarnya bukan la lebih cuma adik tu kecil lagi dan perlukan lebih perhatian..dah tu, x kan mama nak suruh dia gi bilik air mandi sendiri..khennnn...
Antara perkara yang mama perasan Ami akan bertindak 'bukan-bukan' lepas mama:
- suapkan adik makan
-> ami akan buat lemau x larat nak suap sendiri. Mcm2 alasan ami bagi, tangan ami sakit la, x boleh suap sendiri lah, tangan lenguh la dan baru ni ami ckp, Ami batuk, x larat nak suap..erk? apa kaitan daaa
- mandikan adik
-> Kekadang ami akan mengada2 kata x boleh bukak baju, baju ketat, kaki lenguh x larat gi bilik air, x boleh sabun..dan macam2 helah lagi...
- tidokan gme
-> adik tido kadang2 mama x sempat tepuk dia dah lena. tp ami sibuk suruh tepuk walaupun dah umur 5 tahun, masih mintak tepuk bila nak tido. geram tol..
- pakaikan diaper
-> ni memang mengada2kan hahahha..ami akan ambik diaper adik pastu buka seluar dan buat suara baby nangis n suara halus ...."mama, pakaikan pampes"...gatal hahaha
- ambil gambar adik
-> ami pun terjerit2 la - mama ambik gambar ami pulak..heboh!
Kadang tu ami senang menunjukkan sayang...hmmm abg kimi pun... Contoh:
- Abah baru balik, ami tergedik2 lari kat abah pastu siap cakap, Ami rinduuuu kat abah hehehhe..
- Mama sampai kat umah ibu. Ami sengih2 pastu peluk ckp, Ami rindu kat mama...
- Baru ni ami ckp kat mama sambil peluk2, Ami suka kalau abah ada, mama ada, abg ada n adik ada kat rumah..Ami sayang sume2...(waaaaa...masa ami ckp ni air mata mama dah bergenang2...sbb pada mama, ami paham ke makna sayang tu? ami kecik lagi tapi boleh rasa bahagia bila semua ahli keluarga kita ada bersama.)
Satu lagi perangai ami yg 'pelik' pada mama n abah..Ami suka tido mengimpit...dan mangsanya adalah abah..Gambar ni mama ambik kol 3 pagi masa bgn nak buat susu adik..abah memang selalu stress la hahahaha sebab ami suka impit sampai sakit2 badan bila tido..
- Abah, mana selimut hehehhe...ok kita mmg x pasang katil sejak abg umur 1th++ jatuh katil n dpt 4 jahitan kat kepala..So, abah plan kami x pasang katil hingga uols semua dah besar. Besar? umur berapa ye...
Last but not least, mama sayang semua anak2 mama dan of course, abah juga. Tanpa genetik abah, mama pun x tau la ada ke tidak sifat2 begitu pada anak2 mama:D...syukur atas pemberian Illahi untuk semua ini. Tanpa kamu semua di sisi mama, hidup mama kosong...kosong..kosong...:D
Ok, esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa..mama ada misi...Train abg puasa..Insya-Allah
Sunday, July 1, 2012
Muhamad Adam Hazimi turns 1!
Ohhhh sgt la lambatnya nak update. Sampai dah terlepas2 dah tarikhnya. Mama malas buat keje hari ni..so rajin la pulak nak hapdate kat sini..byk cite dah tertangguh tp buat yg ni dulu la..
Hazimi genap setahun 10/6/2012. X celebrate lg sbb every wiken abah sibuk. So abah kata kita postpone nx mth. Sehingga hari ini (1 /7/2012) Gme dah boleh:
- Berjalan (Jalan jatuh n tergoyang2 le)
- makan macam2
- pandai tunjuk stress bila abg2 kacau/sakat
- memanjat tangga - naik je lepas, turun blm blh lagi
- kerusi n sofa pun selamat
- makin rajin practice bila dah pakai kasut pre-walk
- letak tgn ke, remote tv ke kat telinga bila kita ckp 'Hello"..konon guna hp la
- minum dalam cawan pun buleh
- goyang2 badan bila dgr lagu2
- babai...tp bila dia kena tinggal, dia x mo babai org.
- naik keta abah, suka main pusing2 knob volume tu...pastu terperanjat bila tetiba jadi kuat.. Saje jeeeee
Ok tu je nak jot perkembangan Gme..
Motor halus (fine motor)
Murid-murid pendidikan khas tidak diletakkan dalam kelas2 mengikut umur. Contohnya Darjah 1 umur 7 thn, Darjah 2 umur 8 tahun ,3 .... tetapi mereka dikelaskan mengikut perkembangan dan tahap kemampuan masing2. Ni cikgu abg yg cite...so mama cerita yg ringkas mengikut kefahaman mama ye..
"Untuk murid2 yg memerlukan bantuan sepenuhnya, akan diletakkan di kumpulan 1 dan 2. Murid-murid di situ belajar secara minimum, tidak mampu mengurus diri sendiri dan kadang2 makan pun perlu disuapkan. Di kelas tersebut, ada yg sudah mencapai usia 14 tahun.(terkedu jap mama n kesian pun ada.)
Untuk awal semester (6 bln pertama), pihak sekolah letakkan Adam di kelas 2 untuk memantau perkembangan dan kemampuan dia. Tapi disebabkan dia mampu mengurus diri dan ada kemampuan untuk belajar seperti kanak2 biasa, Pen. HEM Puan Rafeah, naikkan dia ke kumpulan 3. Jadi start bulan 7 ni Adam akan masuk ke kumpulan 3."
"Ramai ke kumpulan 3?"
"Ada dalam 7-8 orang"
"Siapa dalam kelas tu?" Ada setengah kawan-kawan abg mama kenal
"Syamim, Danish, pastu sapa tah"
Mama kenal sebahagian yg cikgu sebut termasuk Danish sbb dia anak jiran2 kita gak kat situ. Kalau ikut umur dia (secara normal), dia patutnya darjah 5.
"Kelas ni akan belajar mcm biasa. Masalah Adam, skill fine motor dia masih lemah. Yang peliknya, huruf yg kita buat garis titik2, dia susah nak bentukkan tp bila kotak tu kosong, dia boleh buat elok hahahahha" Cikgu abg gelak n mama sengih je la tgk buku matematik abg.
Komen2 cikgu yg mama x pernah dgr/tgk pun kat umah:
"Nombor2 dia bagus..dia boleh membilang sampai 30 in english"
"Paling byk mulut dalam kelas. Hinggakan Kementerian dtg buat lawatan tu pun, diorg perasan Adam plg byk ckp"
"Paling rajin tolong cikgu..ringan tulang la Adam ni"
Komen2 yang mama boleh agak:
"Adam suka usik org. Intan paling stress dgn dia sbb Adam suka usik dia. Kejap kang dgr Intan nangis, bila tanya, sapa buat....terus dia ckp adam ketuk la, pukul la, ambik buku dia la..mcm2. Tp dia tidak la sampai mencederakan org spt ..."
"Dia ckp mcm org cina"
OK, secara keseluruhannya mama simpulkan, Abg tiada masalah pembelajaran yg berat tp perlukan latihan yang berterusan untuk improve fine motor abg. Mama jumpa wbesite ni...nak tepek kat sini dulu sbb tgh x sempat nak review and baca...opis tgh sibuk nak moving to a new building. knp mama x packing brg...hahahhaha malas.
Untuk rujukan bersama --> http://handsonaswegrow.com/2012/01/30-kids-activities-materials-for-promoting-fine-motor-skills.html
Tuesday, June 19, 2012
Abg kimi dan macam2..
Start dgn - Hari Guru 2012
Sebenarnya mama x pernah ajar abg how to appreciate teacher. Tp bknlah bermaksud dgn memberi hadiah tu adalah cara kita appreciate dia. Cuma pada mama, abg perlu menghargai guru2 yang telah berusaha untuk mendidik abg dgn kemampuan yang ada. Alhamdulillah walaupun progress fine motor abg agak perlahan, sekurang2nya lbh baik dari dahulu. Entah cemana sehari sblm hari kejadian, mcm2 hal yg buatkan kita x sempat nak cari apa2 untuk cikgu2 abg. So, esoknya mama pun pegi la cari 1 kek besar n 2 kek yg dah dipotong slices. Yg besar utk cikgu2 sekolah kebangsaan, yang slice tu utk cikgu abg kat MPK - Cikgu Nira dan Cikgu Ros. Disebabkan abg x blh menulis dgn betul lg, so mama print kan aja apa2 quote yg menarik dr internet...ceeewahhhh...tp mama rasa kalau abg yg tulis mesti cikgu nira n cikgu Ros lg terharukan...hehehehe
Ok ni kek slice yg mama belikan. Kek besar x sempat nak snap gambar.
Kek ni mama beli dari cafe UPM je..hehehhe sbb confirm sedap n halal kan..
Cerita kedua tentang nametag jawatan pulak. Abg dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas. Sekolah yang sediakan nametag tu. Disebabkan abg akan tukar uniform hari2, so nametag tu akan sentiasa dipasang dan dibuka setiap hari. Akhirnya, hilang! Mama tanya cikgu cemana pasal nametag tu. Cikgu kata utk yg pertama kali, sekolah yg provide..tp kalau hilang cikgu suruh tempah sendiri n wajib pakai sebab dah dilantik. Hhhmmmm mama dah lama x tempah nametag dan mula la blur mana nak cari. So sehingga sekarang masih x tempah lagi hahahha...ni gambar yg mama snap kat sorg kawan abg, cikgu suruh tempah exactly like that..peeeuuuwwww
Behaviour....another matter. Cikgu complain kat mama abg makin agresif. Suka pukul org, ketuk org n tolak org. Cikgu suruh nasihatkan kat rumah n ataupun bawa jumpa ustaz2 suruh mintak air. Tp mama x bawa jumpa ustaz pun sbb mama rasa 2 minggu sebelum tu abg macam 'terabai' sikit hehehhe maybe mama byk kerja, rumah serabut, ngan gme lg n abah yg keje x menentu. So mama buat conclusion yg abg akan jadi mcm tu bila kurang perhatian di rumah ataupun selalu kena marah. Mcm biasa, mama akan gugel sana sini info pasal parenting...ayat akhir yg mama jumpa:
"Anak yang selalu dipuji akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi berbanding anak yang selalu dikritik atau dimarahi. Mereka akan rasa rendah diri dan memberontak dengan tingkalaku yang tidak disenangi"
Sapa cakap ek..Dato Dr. fadzilah Kamsah ke entah...Usaha mama yang terakhir adalah berdoa semoga Allah buangkan sifat2 yang tidak baik dalam diri abg agar disenangi oleh semua orang:D. Ok tu je update pasal abg.
Sunday, May 13, 2012
Mother's Day Treat:D
Friday, May 4, 2012
Berendam @Tiara Beach Resort
Tiba di sana dalam pukul 11++. Kaunter untuk walk-in dan bkn overnight di situ buka pukul 12. So, tunggu la jap dlm keta. Untuk rujukan sesapa yg mencari info harga tiket (verangan la kan org cr info kat blog mama ni) - Dewasa : RM28, Kanak2 : RM10.
Mula2 sampai, makan dulu ye untuk ambik tenaga ngeh ngeh ngeh...kolam kosong, x de org. Oh sgt nyaman berendam di saat org x ramai dlm kolam..Panas juga mama rasa time tu tp Pandak ckp, dah duduk dlm air tu x terasa panasnya. Abg n Ami mmg x leh tahan la tgk air kan..mcm melambai2 je suruh terjun cepat2. sampaikan makan sandwich dlm kolam. So, paham2 je la rupa sandwich tu bila dah direndam...hmmm taram je la..roti cicah air kolam uols!
Mama n abah pun x melepaskan peluang hohohoho...dah tukar swimming suit Gme, semua org masuk dlm kolam..yeay...main air sepuas2nya..ok..x mo cite byk..let's those photos tell the story how happy we were.
Semua org on off dari kolam utk rehat jap, makan2, pee dll...tapi abg Kimi berendam x renti2 sampai kol 4. Cuma keluar sekejap utk pee. Bagus anak2 Adam x pee dlm kolam. X yah susah2 mama n abah nak ajar.
X semua kolam kita dpt main masa mula2 sampai. ada 2 kawasan lg di tutup airnya..dekat2 kol 3 br la ada..Maka, kita sambung di kolam yg seterusnya....sgt meriah. Dah nak balik tu, tukar2 baju. X keluar pun lagi dari kawasan PD, semua dah 'tumbang', dengan Gme2 sekali...penat tau hehehhe.
Sampai kat Serdang, Pandak ajak dinner dulu sblm semuanya balik ke rumah. Dan, mimpi berenang terbawa2 hingga ke parking di kedai makan yg menyebabkan abg Kimi x sempat kuar dr keta...yeeeaaaaaaaa pee in abah's new car.
Akibat dari keseronokan itu, Gme batuk sesema dekat seminggu. Sian adik tp mama tau adik happy kan kan kan..
Wednesday, May 2, 2012
Bkn masalah makan sebenarnya
Tazkirah utk anak2 Adam
Sabda nabi s.a.w: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai [tidak mengingat Allah]" [HR Tirmidzi]
Segalanya datang daripada-Nya. Ingat Allah bkn hanya di mulut tp laksakan suruhan-Nya.
Monday, April 16, 2012
GATAL?
"Maisara? Sapa tu?"
"Kawan Ami kat sekolah la"
"Kenapa cakap dia gatal?"
"Ye la..dia kiss Ami"
"Ha...dia kiss? hehehehe..dia suka tgk pipi Ami kot"
"Tak mama..dia gatal mama"
"Sapa ajar Ami cakap gatal ni?"
"Cikgu la..cikgu cakap Maisara gatal sbb kiss Ami"
"Gatal tu apa?"
"Gatal tu girl kiss boy..mana boleh girl kiss boy"
"Oooo kalau mama kiss Ami, mama gatal la?"
"Mama lain"
Monday, April 2, 2012
Hari minggu Ami yang memenatkan:D
Uh berbalik pada tajuk entry. Ahad lepas (1 Apr 2012), PASTI adakan lawatan ke Zoo Negara. Ami punya la seronok nak join sampaikan bgn seawal 6.30pagi. Masa Ami turun bawah mama tgh kalut buatkan breakfast - mee goreng je. Ami siap tanya, mama dah pagi ke? Nak pegi Zoo ke?..hmmm punya la risau dia terlewat nak pegi zoo. Lps dah mandi n bersiap2, Ami sarapan dulu. Ami ckp x nak makan mee, nak mkn koko crunch + susu. So, mama sediakan la. Tp bila mama mkn mee tu, Ami sibuk suruh suapkan jugak mulut dia yg dah penuh dgn koko crunch tu..errr mengambil konsep, dlm perut bertemu jua hehehe..
Cikgu Ami suruh hantar ke PASTI pukul 8pg. So, mama terus hantar n tunggu. Sampai di situ, cikgu suruh Ami n kawan-kawan masuk n makan. Ada yg x nak masuk sbb dah sarapan, termasuklah Ami. Mama intai di dalam taska tu bagaimana mereka hidangkan makanan. Rupanya mknn tersebut di isi dalam 1 talam dan dilonggok2 kan sedikit2. Ada dlm 5 longgokan gitu dalam setiap talam.
Pukul 9.00 pagi, bas sekolah sampai. Mama tgk je Ami pergi dgn kawan-kawan n guru. Mama x ikut sbb Gme x berapa sihat (batuk sesema). Mama x tau apa Ami buat di sana. So x tau nak cerita apa ttg trip Ami. Dalam pukul 1.30 ptg (awalnya cikgu ckp kol 12.30 tp lewat plak), Ami n kawan2 sampai. Punya la seronokkan. Tersengih2 nampak mama n terus cerita x renti2 apa Ami nampak. Animal apa yg ada...fuhh letih mama dgr..
Ini la yg Ami x mo bukak sampai la esoknya (Isnin-Cuti Peristiwa), lps dah balik umah mama pujuk Ami utk buka. Mama ckp nnt lebam tangan tu asik terikat camtu. Tp lepas dah bukak kawasan gelang tu mcm berpeluh/lembap sikit..lg la mcm2 cerita karut keluar dr mulut mama n Ami percaya hikhikhik..
Wednesday, March 28, 2012
Duri dalam daging...
Disbbkan abg dah meraung teruk sgt, mama pun stop.
Selang beberapa hari, mama tanya abg elok2. Mama ckp klu x keluarkan apa yg ada dlm kuku kaki abg nnt menanah and all the horror story come from mama mouth muehuehueh..Akhirnya, abg berjaya dipujuk. Abg bagi kaki kat mama n mama pun mula la operasi mengorek. Bkn korek pun, cuma buang kuku sikit bhgn atas sekali n mama dah ternampak sesuatu. Mama guna hujung ketip kuku n tarik keluar benda tu. Ye, duri pokok bunga! Mama suspek abg dpt dr rumah nenek Faridah sbb petang2 abg selalu main depan rumah dia yg memang byk pokok daun kertas. Ada yg telah dipotong2 n diletak tepi. Maybe terlanggar kot.
Thursday, March 22, 2012
Bahaya air masak kepada bayi
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
sumber : Nurul Dhia
Tuesday, March 20, 2012
Adik Gme and breastfeeding (Part akhir)
Wednesday, March 7, 2012
Progress Gme
Masa ni mama tengah sarat 'kelek' Gme dlm perut. Gambar ni mama ambil masa otw balik dr berendam di Ilham Resort, PD. Kebetulan balik tu abah ikut jln kampung, lalu Salak Tinggi sume. Mama nampak la org jual durian tepi2 jalan..Mula la melelah2 airliur terhingin nak makan hahaha. Masa ni abah beli 3 biji je. X tahan bau dia dlm keta, mama minta permission kat abah nak mkn dlm keta masa tu jugak2. So, dpt green light, ambik paper, kopek, terus omomomom...lazatnya....hahaha that was u Gme inside my tummy>.< hehehe..
Sekarang Gme dah nak masuk 9 bln. Lagi 2 hari genap 9 bulan. Adik dah boleh merangkak sekarang n sibuk 'panjat2' org nak berdiri. Makan pun dah berani mama nak introduce mcm2...hehehe suka tgk awak mkn. Arrghhh rindu pulak dgn jemon mama ni. Malam2 Gme akan bgn 3 kali utk menyusu. Klu mama lmbt buat, habis 1 rumah akan bergema suara Gme. haduii...mama nak bukak mata tgh2 mlm nak cr botol susu, scoop susu, air panas lagi..mmg berat woo nak tarik kelopak mata ni bg bukak. Tu yg kekadang susu curah atas lantai hahaha gara2 x larat bukak mata. tp sib baik x pernah kena curah lagi air panas..
Bila dah boleh mobile, habis sume benda tas lantai nak kutip, benda yg tinggi2 nak ditarik..huh sungguh susah hati mama bila letak Gme sorg2 atau hanya ditemani abang2 yg hebat sume tu. Ye, abg2 Gme leka main berdua n kadang2 x perasan Gme dah merayap entah mana..ok tu je nak update..jumpa in next entry.
Monday, February 13, 2012
Dialog ami yg menyeramkan
"Kenapa pulak?"
"Dinding dia kotor sgt. Ada darah2 byk.."
"Darah siapa?"
"Darah hantu la. Dia nangis2 kat dinding asrama makchu."
"Gulp!"
Kepala mama dah imagine gambar ni...
Oohhhh sgt ngeri...ni la dia bila byk sgt cerita2 hantu kat tv...kat laptop plak abah download lagggiiiiiiiiii byk cerita hantu..haiya...
Wednesday, February 8, 2012
Abg dan masalah makannya:(
Dari awal sekolah dibuka hingga sekarang, mama rasa dah dekat 4 kali abg jumpa doktor dgn masalah cirit-birit n muntah2. Kenapa semua tu jadi? Sbb abg mmg susah sgt nak mkn. Badan pun makin lama makin kurus. Lysine dah berbotol2 habis. Mama dah habis menu nak masak utk abg bagi berselera. Balik2 kentang, roti, cheese, cekodok, nuget n cocoa crunch. Tu je menu yg mama dok pusing2 tiap2 hari utk sarapan abg. Kadang tu abg x nak makan dr rumah lg. Minum susu je. Mama dah blh agak mesti abg akan kelaparan sementara tunggu pukul 10 pg (break). Mama siap bekalkan makanan dan bg duit lg utk abg makan dan beli apa sahaja yg abg nak makan di kantin sekolah. (Nak beli2 ni, cikgu abg yg bantu. So, mama x risau pasal duit2 ni semua). Tp tiap kali hari sekolah, abg mesti akan cirit-birit, perut kembung dan muntah2.. Walaupun itu sahaja jenis2 makanan yg abg makan, mama try gak buat jadi pelbagai cr, rasa n rupa. Tinggal bentuk ultraman je mama x mampu bentuk..kalau x, haiishhhhhh.....
Apa lagi usaha mama? Tadi doktor advise suruh selang-seli - lysine, scotch emullsion. Ok mama akan cuba apa sahaja. Demi anak sulung kami ni :D Insya-Allah abg akan ok x lama lagi. Amin