kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, October 8, 2012

Amanah ke-4 yang pergi bertemu Penciptanya

X tau nak start cemana post ni. Try not to be too sad to finish up this post. But, I like to keep it here as unforgettable memory and lesson to myself.

Semuanya bermula dgn 9 Aug 2012 (20 Ramadhan 1433H), mama tergerak hati utk buat Urine test kat office lepas masa tu mama perasan dah nak hujung ramadhan tp mama masih dapat berpuasa tanpa uzur shar'i. Test tu nampak positif. Mama message abah pasal result tu. Esoknya, mama ke klinik utk confirmkan. Ujian air kencing mmg nampak samar2 untuk jadi double line. Kemudian doktor scan dan nampak seperti ada tp sgt kecil. Doktor minta mama datang minggu hadapannya.

Mulanya mama plan nak dtg selepas raya. Maknanya lagi 2 minggu dari tarikh scan yg baru tu....well, at first i am not so excited to have a new baby as gme is just about 1y2m at that time. Tapi, bila abah kata, semua rezeki Allah yang tentukan. Bukan kita yg minta rezeki tu dtg awal/lambat. Abah suruh mama redha n terima rezeki Allah. So, tetiba mama jadi excited to get a new one. Minggu hadapannya, sblm kita balik beraya ke kampung, mama terus gi klinik untuk confirmkan semula. Yup, the double lines are shown clearly and also the image on the scanning screen. Tp, ayat doktor, baby ni punya heartbeat x nampak sgt la. Mungkin kecil sgt lg . Ok, jumpa semula lepas raya nnt.

So, 30 Aug, mama datang lagi...dan ini resultnya..

Bila doktor cuba jugak mencari image jantung tu (biasanya akan nampak mcm 'titik' bergerak2 mcm berdenyut)...doktor tetap juga x nampak. Kemudian doktor buat mcm scan bunyi..loud speaker...dengar la bunyi berdegup laju..Bacaan dia 135bpm....Doktor cakap, itu baby u shima..Kawasan yang dalam kotak merah tu adalah image utk heartbeat...nampak kan garisan tu...memang ada kan...T_T..

Tapi doktor suruh datang semula untuk confirm lagi pada 20 Sept. Dia kata, bg baby tu besar sikit, so senang nak tgk jantung tu. Akhirnya, tarikh yang ditunggu tiba. Mama mmg suke bila tgk gamabr2 scan ni. Excited nak tgk how the baby growth. Tapi ayat doktor hari tu sgt menyedihkan hati mama.

"Shima, saya rasa baby ni tak sihat. Saya masih x jumpa heartbeat baby. Patutnya 9wks kita dah blh nampak degup jantung tu. But, maybe i'm wrong. So, sy refer shima ke specialist, ok. Alat mereka mungkin lbh canggih dan result insya-Allah ok."

Masa tu mama dah terkedu. Kenapa? Apa yg x kena? Tp doktor tetap juga ckp, lbh baik jumpa pakar, biar mereka yg sahkan. So, surat reference dia bagi. Mama tanya lagi doktor n minta hint. Doktor cakap maybe the baby is no more there..Gulp!

Mama drive balik ke opis. Airmata gugur sepanjang jalan. Mama rasa bersalah pun ada. Memang asalnya mama x terima kehadiran dia tp dia seakan tahu isi hati mama dan pergi di saat mama telah bersedia untuk menerimanya..You know how i fell? Sedih, marah dgn diri, kecewa dgn sikap menolak ketentuan Allah! Semua kesedihan, kesakitan untuk melepaskan dia pergi mcm balasan utk dosa yg mama buat. Please forgive me, child!!! Forgive me Allah!

Mama dgn abah pergi jumpa 2 org pakar..Seorang di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi. 3 kaedah scan dibuat. 1 melalui vagina, 1  dengan cara scan perut mcm biasa, dan lagi 1 dia letakkan mcm warna pada skrin utk tgk aliran darah. Bila pakar scan di kawasan karung baby, warna tersebut mmg tiada langsung di situ. Tapi di ruangan luar rahim mmg nampak kawasan berwarna bermakna ada aliran darah di situ. Dia bgtau juga bentuk karung baby dah lain/collapse..dia jadi bentuk mcm love..hmm x de lak gambar nak tunjuk. Lps dah explain mcm2, pakar tu letak alat and slowly bgtau mama,

"Maaf puan, baby puan memang dah tiada"

Allahuakbar, masa tu mama mmg rasa bersalah sgt2...kecewa pun ada...apa ye ayat yg sesuai...extremely felt guilty..tu kot..mmg x tau nak ckp..mama x mampu nak tanya apa lg dah kat pakar. She keep explain n comfort me. Tp lg meraung mama kat situ ada la. Pakar minta tarikh utk mama decide bila nak buat D&C. Mama x mampu jawab..Kemudian, dia bg tarikh lg seminggu. Itu pun ayat dia, kalau puan nak confirmkan sekali lagi, kita buat Jumaat depan.

Separuh hari mama berkurung kat office. Mama x jwb phone call. Student dtg pun mama lbh2 kurg je. Dok diam dlm bilik. Member opis pun mcm tau kot mama sedih n diorg x kacau. Bos mama tanya, how is it..mama terus nangis n dia suruh sabar. Mungkin org nampak mama sedih sbb dia pergi tp sebenarnya mama sedih sbb mama rasa berdosa x nak terima dia pada awalnya. Macam2 mama n abah dah plan bila dia ada. Hinggakan nak book tiket flight pun kami dah consider klu dia ada..Waktu rehat jumaat, mama jumpa sendiri doktor yg mula2 mama jumpa. Bgtau result dgn dia n minta dia explain kenapa semua ni jadi. Lps doktor terangkan tentang abnormal kromosom, baru mama lega n blh terima. Mama tanya juga adakah semuanya disebabkan pemakanan mama..Doktor kata bukan juga. Last doktor cakap, Tuhan ambil dia sbb dia tahu shima x ready lagi untuk ada baby kecil. Dia nak shima rehat n jaga anak2 yg ada dgn baik. Kalau dia ada pun, dia x normal dan mungkin lebih membebankan....korang tau mama cemana masa tu dlm klinik...? X yah explain.

Balik opis, semayang n relax..pikir balik dan akhirnya br la pintu bilik mama terbuka luas n ready utk melayan org..kena buat sibuk so x la sedih sgt.

Next post.....pengalaman D&C...

2 comments:

  1. sedihnyaa..aduhai..plz dont blame yourself,semua Allah dh tentukan huhu

    ReplyDelete
  2. mmg semua Allah yg tentukan tp kekadang akak x leh maafkan diri sbb menolak takdir..terukkan!

    ReplyDelete