kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, April 2, 2012

Hari minggu Ami yang memenatkan:D

Lama x update cite pasal abg ami (in single entry). Ok hari tu mama x sure apa nama penuh taska Ami. Skrg ni mama dah tau dah, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Ami nampak happy je setiap hari pergi dan balik. So mama percaya yg Ami suka dgn sekolah tu compare dengan PASTI yang sebelumnya.

Uh berbalik pada tajuk entry. Ahad lepas (1 Apr 2012), PASTI adakan lawatan ke Zoo Negara. Ami punya la seronok nak join sampaikan bgn seawal 6.30pagi. Masa Ami turun bawah mama tgh kalut buatkan breakfast - mee goreng je. Ami siap tanya, mama dah pagi ke? Nak pegi Zoo ke?..hmmm punya la risau dia terlewat nak pegi zoo. Lps dah mandi n bersiap2, Ami sarapan dulu. Ami ckp x nak makan mee, nak mkn koko crunch + susu. So, mama sediakan la. Tp bila mama mkn mee tu, Ami sibuk suruh suapkan jugak mulut dia yg dah penuh dgn koko crunch tu..errr mengambil konsep, dlm perut bertemu jua hehehe..

Cikgu Ami suruh hantar ke PASTI pukul 8pg. So, mama terus hantar n tunggu. Sampai di situ, cikgu suruh Ami n kawan-kawan masuk n makan. Ada yg x nak masuk sbb dah sarapan, termasuklah Ami. Mama intai di dalam taska tu bagaimana mereka hidangkan makanan. Rupanya mknn tersebut di isi dalam 1 talam dan dilonggok2 kan sedikit2. Ada dlm 5 longgokan gitu dalam setiap talam.

Pukul 9.00 pagi, bas sekolah sampai. Mama tgk je Ami pergi dgn kawan-kawan n guru. Mama x ikut sbb Gme x berapa sihat (batuk sesema). Mama x tau apa Ami buat di sana. So x tau nak cerita apa ttg trip Ami. Dalam pukul 1.30 ptg (awalnya cikgu ckp kol 12.30 tp lewat plak), Ami n kawan2 sampai. Punya la seronokkan. Tersengih2 nampak mama n terus cerita x renti2 apa Ami nampak. Animal apa yg ada...fuhh letih mama dgr..

Baru turun dari bas

Balik je rumah, kita terus tukar2 baju n naik kereta gi kenduri saudara di Pandan Jaya. Kat situ Ami mkn dgn meriahnya sbb sepupu2 penuh keliling meja. Abah duduk meja sebelah dgn abang Kimi sbb x muat dah kat meja kita. Abis je kenduri-kendara n sesi suaikenal dgn saudara-mara....kita pun balik terus. Sampai kat umah, mandi2 n masing-masing pengsan sampai la kol 7.30++mlm...Pengsan..

Tapi yg bestnya, Ami tetap x nak bukak tiket masuk zoo yg digelangkan dari balik zoo sampai la gi kenduri, balik umah, mandi, tido, bgn mkn mlm n tido balik..hishhh kecoh. Bila mama tanya kenapa x nak bukak? Ami ckp ,cikgu kata x blh bukak nnt boleh masuk balik. Ami nak masuk balik dgn sapa? Abah! (ye sgt...:D)

Ini la yg Ami x mo bukak sampai la esoknya (Isnin-Cuti Peristiwa), lps dah balik umah mama pujuk Ami utk buka. Mama ckp nnt lebam tangan tu asik terikat camtu. Tp lepas dah bukak kawasan gelang tu mcm berpeluh/lembap sikit..lg la mcm2 cerita karut keluar dr mulut mama n Ami percaya hikhikhik..

4 comments:

  1. tudiaa bapa hari x bukak tu..dia x ingt ke kita pg zoo melaka ramai2 dlu haha

    ReplyDelete
  2. hehehehe kira 1 1/2 hari le..dari ahad sampai isnin petang hehehe...ooo dia sentiasa ingat gi jln2 umah manak ada zoo, tiba2 dia pelik umah manak dah ada tempat shopping pulak hahahha..x clear lg negeri2 ni

    ReplyDelete