kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Tuesday, February 15, 2011

Makan-makan sempena Cuti Tahun Baru Cina

Lambatnya nak update cite ni..Dah basi pun..hehehe tp hari ni mood rajin dah mari, so mengarang la sikit2. (Tipu....ayat ini disambung 2 hari kemudian kuang kuang kuang) Masa tu kebetulan abah cuti (ye cam pelikkan abah x keje time public holiday:p) hahahha. OK, mama pun mengambil kesempatan tu ajak abah gi cari mknn yg mama idamkan. Ala setakat kat foodcourt Alamanda je..mcm2 ada kat situ.

Cuti kali ini memang lama. Ramai yang plan balik kpg kot sbb jalan lengang...hmmm alamanda pun lengang jugak. Kita sampai kat situ hampir pukul 11pg. Tempat pertama di tuju semestinya......... MPH bookstore..:D. Kat situ kita spent dkt 30min je itu pun abah dah buat mcm2 bunyi suruh cepat pilih buku. Kita ambik cd bob d builder 1, buku aladdin and d magic lamp & Handy Manny's coloring set. Selesai di MPH, kita menghala ke foodcourt. Kena lalu ruang pameran untuk naik ke food court.

Kat situ dipamerkan 'naga' utk dragon dance (tu dragon ke lion?) tp show dia x tau la kol bp.

Abah pun teringin nak mengabadikan gambar di sisi naga itu hehehehe...Abah pun mula la menyakat anak2 dgn dok katupkan mulut naga tu bila korg masukkan tgn dlm mulut naga tu..hahaha..x de keje.

Selesai di situ, kita gi food court n makan menu idaman hati mama..perghhh mcm la klu x dpt tu blh kebulur kannnn. Sedang abg menikmati juadahnya - laksam, ami dah ternampak sesuatu kat floor bawah..ye, sila baca dgn kuat anak2.....PUSAT HIBURAN KELUARGA..maka terkinja2 la si budak kecik tu, dah x leh dok diam, mcm nampak mainan kat bawah tu dok lambai2 dia turun dgn cepat dan segera masukkan token utk main...haishhhhh makan sikit je dia hr tu..

Sebaik sahaja abah kata, jom, ami terus melompat2 n berlari2 menghala ke escalator utk turun ke bawah..punya la excited..ni antara yg dilayan anak2 adam dan abahnya...

Dekat sejam di situ dan dah puas main segala game serta token yg 2 kali abah gi beli (ish ish ish), baru la kita bergerak balik. Hasrat mama nak usha kasut sbb kaki yg dah kembang, tp terpaksa dibatalkan sbb pinggang dah lenguh berdiri tunggu korg main..

Jln balik tu, lalu lg lobi pameran naga. Tunggu lagi kat situ...haduii...Abah dok layan korg usik segala benda kat situ sampai la ada guard tiup wisel gara2 abg ketuk gendang kat situ..Ye abg, awak memang suka memukul gendang n kompang..Dah cuak n malu kena 'halau' dgn guard br la korg blah dari kawasan tu. Kemudian kita masuk K4, pusing2 beli mknn entah apa utk bawa balik dan pretzel kat Auntie Anne..syoknya layannnnn. Macam nak gigit je budak kecik tu bila dia ambik gambar camtu hahahha...

Even though, i am really tired with the outing but am so happy to spent time with 3 of you and the baby in my tummy...really appreciate and miss this moment let me write and jot everything here. Tqvm for lighten up my day...

No comments:

Post a Comment