Nampak kurus sgt plak gambar abg masa ni...lihat tulisan di belakang cermin - TAMING SARI..(gambar gi melaka hr tu)
Lama x cite pasal abg..dok sibuk melayan ami yg loya buruk kuat tu.
Sekolah :
Sgt tidak disangka cikgu abg call mama bertanyakan perihal abg yang masih tidak menghantar borang permohonan untuk sambung ke kelas 6 tahun. Walhal, cikgu tu sedia maklum yg kami sudah 'berjauh hati'untuk terus menghantar ke situ. Tapi kali ni tune cikgu agak lain sedikit. Lebih kendur dan ada 'bau2'telah 'bertambah' ilmu perkembangan kanak2..hmmmm. Mulanya mama still menolak tawaran cikgu tp bila cikgu bgtau mama yg nama abg telah di bawa ke Mesyuarat Pengurusan Jabatan mereka dan mereka fight untuk dptkan seorg pakar yang akan monitor progress abg. Cikgu ada sebut nama sorg pensyarah dgn title Dr. Tp mama x ingat namanya. Yg mama ingat dia Dr. perempuan dan berbangsa india. Terharu dgn usaha jabatan dan betapa kes abg sgt 'diminati'utk dibuat kajian memandangkan mereka direct dgn program PERMATA NEGARA, maka mama minta cikgu masa sehari utk discuss dgn abah samada nak masukkan juga atau tidak. At last, abah setuju dan 2 hari kemudian mama submit form abg. Alhamdulillah. So skrg abg dah masuk balik ke tempat yg sama tp kelas pagi dan cikgu lain. Cikgu Rosazizi. Masuk pukul 8.30 pg balik kol 12.30 tghr. Sekarang ni tetiap pagi mama akan breakfast dgn abg sebelum antar ke sekolah. Kol 8.30++ baru mama masuk opis hehhe..sementara dpt bos baik, boleh le nak masuk lambat.
Appointment di Hospital Serdang dan HUKM:
Hospital Serdang - Jumpa Paediatrik yg mama n abah rasa wasting. No result n no decision. Balik2 tanya kitorg apa yg dah dibuat, progress cemana dll. Sampaikan doktor tu blh tanya kitorg dah refer ke hukm ke blm! What the hell! x de ke dlm report online diorg apa yg diorg dah suruh kitorg buat. Bila mama n abah tgk doktor tu mcm x update je and kind of blur, kitorg malas dah nak terus ckp apa2 and prefer to shorten the appointment hour. Buang masa. Masalah di HS, doktor pakar yg dirujuk adalah berbeza setiap kali jumpa. Jadi pendapat mereka sentiasa bertukar2 setiap kali appointment di Unit Paediatrik. Leceh sungguh. X tau knp HS tidak menentukan sorg2 pakar utk rujuk kes bg patient yg sama. Rasanya lg bagus utk memudahkan kes di follow-up.
HUKM
Still x dpt berjumpa pakar yg handle kes abg - Dr. Arlina. Tp kami di rujuk ke doktor ganti. Sgt berpuashati. Walau pun dihadapan mereka hanya kertas2 laporan dari pelbagai unit yg kami telah bw abg, dia blh update dan tanya ada improvement atau tidak dr susulan appointment dgn unit lain sblm ini. Kemudian kami minta surat sokongan untuk abg didaftarkan ke sekolah yg mempunyai program integrasi (Intergrated program) memandangkan sekolah tersebut memerlukan surat sokongan doktor sebelum aabg dibolehkan mendaftar. Tp doktor kata hanya Dr.Arlina/Prof. Susan sahaja yg boleh keluarkan surat tersebut dr laporan keseluruhan unit. So, he arrange the next appointment is on may, to meet Dr.Arlina n get the recommendation letter. Tp doktor advice kami utk daftarkan dahulu aliran biasa dan menukar aliran abg bila surat tersebut siap. Nampak seperti mereka lbh update untuk situasi begini :D.
wah bagusnya..kali ni nmpak lebih terang dan tersusun pogress abg..untung ada yg sudi memahami kan..dan ckgu kerek tu pun dh boleh kaw tim dgn abg..i like :)) moga abg suksess slalu..
ReplyDeletemmg kadang tu ramai org suka nak dgr cite pasal dia tp x semua org faham dan tahu nak layan kanak2 seperti dia. kesian dia. X pe la..ni semua dugaan n cabaran utk dia membesar..mungkin ada rezeki yg besar utk dia bila dewasa nnt..amin:D
ReplyDeletea'ah berat mata memandang berat lg bahu memikul..kalau qasima rasa bputus asa/sedih kimi msti nak mak n abah dia tau yg dia x minta dilahirkan mcm tu..Allah Maha berkuasa..Allah bg ujian utk lihat bgimana qasima n che bob sbg hambaNya..i salute both of u!
ReplyDeletethanks manak for supporting us:D Please pray for his future..
ReplyDelete