kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Thursday, February 24, 2011

Alternatif untuk rawatan abg

Sesungguhnya manusia itu lemah dan tidak mampu melawan takdir. Dan setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hanya terserah kepada kita untuk mengusahakan atau membetulkan keadaan itu ikut cara dan kemampuan selagi tidak melanggar hukum-hakam agama. Pengalaman membesarkan abg sedikit sebanyak membuka mata kami untuk mempelajari mcm2. Setiap kali membawa abg ke unit2 pemeriksaan - speech ke, paediatrik ke, rehalibitasi ke.... apa yg terlintas difikiran - Uhhh ada lagi insan yang lebih menderita dari ujian yg kami terima. So, perlu ke kami mengeluh? Tidak, amanah Illahi ini mmg sgt mendewasakan kami dalam membesarkan permata2 hati kami ini.

Dari rawatan hospital, kami mencuba juga rawatan Islam. Kebetulan sahabat mama, Nowwa, sentiasa menjadi pendengar cerita suka-duka mama ttg anak2. Dia terus memberi link seorg blogger yang mana anaknya golongan berlainan keupayaan. Dan, itu menemukan kami dengan pusat rawatan iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah --> http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp

Kami mencuba untuk mendapatkan rawatan di tempat itu. Pada mulanya takut jugak, dah dtg jauh2 kena balik plak kan. Tapi Alhamdulillah rezeki abg mlm tu, dia dpt juga nombor untuk menerima rawatan di situ. Mungkin ada pesakit yang tidak dpt hadir/terlupa untuk hadir pada tarikh tersebut. (Kalau ikutkan masa tu bln 1 dan nombor dah penuh sampai bln 4). Hmmm ramaikan. Malam tu kami pergi, dgn pelbagai gaya org sakit - yg berkerusi roda, bertongkat dan ada yang terbaring. Terbuka lagi hati untuk bersyukur dgn nikmat Tuhan bahawa ujian kami tidaklah berat dibandingkan orang2 yg ada di situ.

Pukul 12 mlm, nombor kimi di panggil. Najmi dah lena dipangkuan abah. Kami masuk semua sekali. Setelah memberitahu masalah abg kepada ustaz, rawatan dimulakan. Tidak pun menyentuh mana2 anggota badan abg. Cuma tgn yg dinaikkan menghala dada abg. Kemudian, nampak mulut ustaz terkumat-kamit dan terdengar ayat2 suci al-quran dibacakan. Kemudian ustaz mengangguk2 dan memaklumkan kepada kami apa yg 'terkandung' dalam badan abg. (Mama tidak nyatakan di sini atas arahan abah ye, anak2. Insya-Allah kami akan ingat apa jwpn ustaz itu).

Setelah itu, ayat al-quran diberikan kepada kami utk diamalkan subuh dan maghrib setiap hari. Setelah masuk hr kedua mama amalkan, tgh mlmnya abg mengalami 'mcm sawan' dan termuntah2. Mujur abah cuti malam tu. Abg menyentap2 badan, mata memandang ke sisi sahaja, kaki menegang dan tgn kiri abg menyentap2 dgn kuat. Mama dah mmg nangis punya la tgk abg jadi camtu. Sbb 1st time jadi mcm tu. Air liur abg meleleh2 byk. Mama suruh panggil mama, tp abg tgk je mama dan leher abg mama rasa keras sgt masa tu. Abah dah ready tukar seluar nak bw hospital tgh mlm tu. Sementara mama tukar baju sume, abah jaga abg. Mama suggest gi umah opah we dulu. Sbb mama nampak kaki abg dah 'lembut' sikit , x keras mcm mula2 jadi. Abah pun kata ok, kita gi umah Opah We. Mujur Atuk We x tidur lg. Tgh tgk tv.

Bila Atuk We, ambik air kat dapur, tgn abg dah lembut sikit. Kemudian, Atuk we baca2 ayat kat air tu n sapu muka abg. terus abg muntah2 byk lagi kat umah Opah We. Terus keluar perkata "MA!"..melelh airmata mama tgk abg masa tu. Abg dah boleh gerak2 mata. Tgn dah lembut sikit dan dah mula senyum. Mama terus,, suruh abg sebut lg MAMA..Mama tanya abg, sapa org2 yg ada dlm rumah tu. Semua abg blh jawab tp lidah mcm keras. X sebut betul2. Atuk We bg minum air...pastu abg kata nak balik, ngantuk, nak tido..Lega hati mama masa tu. Opah We bg kain buat lapik baju abg sbb dah kena muntah. Kemudian, kita balik umah. Abah kata, x yah bw hospital la sbb kebetulan esoknya abg ada appointment di HUKM dan keadaan abg pun nampak semakin pulih. Malam tu, abg tido dgn mama n abah sbb takut abg jadi lg sorg2 tgh2 mlm nnt n kami x sedar plak. Tp masa abg nak tido tu, abg x leh nak guna tgn kiri abg. semua tgn kanan yg buat. Berdiri pun x kuat, terus jatuh n mcm hoyong-hayang. Mama suruh abg angkat tgn kiri. Tp abg x blh angkat. Takut dah masa tu, apa yg x kena dgn tgn tu. Tp abah kata bg tido dulu maybe abg penat atau saraf tu tgh 'kebas2' lg. Tgh mlm tu mama tersedar abg tarik selimut dgn tgn kiri..leganya rasa.

4 comments:

  1. Ya Allah qasima sampai mcm tu skali abg.kenapa?x pergi balik jmpa ustaz ke?sian abgg.. T.T

    ReplyDelete
  2. dah follow-up baru ni dgn ustaz tu..benda2 tu dah keluar dr badan abg. Skrg proceed utk otak n fizikal dia plak. Alhamdulillah. Kami cuba la apa saja utk dia improve. tapi semuanya berasaskan ayat al-quran le. Insya-Allah kami yakin dia akan pulih. Dia insan terpilih kan T_T

    ReplyDelete
  3. btul2..insan terpilih n qasima serta chebob adalah ibu bapa yg terpilih..tahniah krn byk bersabar n berkorban..saya je blm terpilih..mgkin ada hikmahNya

    ReplyDelete
  4. alahai tacing nye hukhukhuk. X pe, rezeki tu akan ada juga..entah2 keluar kembar..ha mana tau..hehehe

    ReplyDelete