kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, October 5, 2011

Mengapa wanita sering menangis

Disebabkan anak2 mama semuanya lelaki, mama nak share benda ni..supaya anak2 mama lebih menghargai n memahami jiwa wanita...(auuuwww x sesuwai dibaca utk mereka yg di bawah umur hahahha) - copy paste dari FB

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”


Tidak kira la anak mama yg pertama ke, kedua ke, ketiga ke...mama x pernah nak beza-bezakan..Semuanya sama dan semuanya mama sayang. My life is empty without all of you around me T_T. Sayang sangat2 muahhhss

No comments:

Post a Comment