kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Sunday, July 24, 2011

Selamat Datang Hazimi!!!!!


Lamanya mama x update cerita kita kat sini. Ok Mama cerita pasal yg terkini dulu la..lepas tu baru kita flash back hehehe..banyaknye yang dah tertangguh a.k.a basi:p. Ok mama nak jot kat sini supaya nanti bila korang dah besar, boleh la review cerita2 ini.

Mama mula rasa sakit untuk bersalin (contraction) dalam pukul 2.30 pagi. Abah pulak keje shift malam. Shift yang menakutkan sepanjang mama pregnant korang semua. Sebabnya mama risau i) abah x cukup tido untuk drive ke hospital, ii) mamai nak cari simpang ke hospital, iii) x dapat nak call abah kalau dia bawah train atau gi kawasan yg out of coverage. Ishh macam2 la mama pikir. Malam tu mama call abah dekat 3 kali. Tapi abah x jwb. Memang cemas. Sib baik ada phone no supervisor abah, then mama call la dia mintak bgtau abah, mama dah sakit. X lama lepas tu abah call n mama terus mintak abah balik cepat.

Pukul 4pagi abah n mama terus gerak ke hospital. Abg n Ami tgh tido. Beg baju korg utk stay dgn ibu mmg mama dah ready seminggu sblm tu. Mama sempat sms Pakandak untuk belikan sarapan korg n hantarkan korg kat umah ibu.

Sampai kat hospital, mama masuk inspection room. Doktor periksa dan bgtau hazimi dah terberak dlm rahim mama. Kemudian mama dibawa ke labour room. Dari pukul 5.00 pg - pukul 7.00pg, mama menanggung sakit. Bukaan baru 6 cm. Masa tu doktor suruh jugak mama try push hazimi keluar sbb sakit dah lama n takut lemas. Doktor decide untuk forceps sbb dah nampak sikit rambut tp x leh nak keluar jugak Masa nurse tgh sibuk2 nak bawa alat tu, sorg nurse tepi mama bgtau doktor yg hazimi punya heart beat drop ke 120. So, doktor terus inform utk ceaser sbb hazimi makin lemah kat dlm rahim. Terkejut ada, sedih pun ada sbb x boleh keluarkan hazimi secara normal. Kemudian, terus mama di bawa ke bilik bedah. Selepas dibius, dah x rasa apa2 dah, doktor terus la operate mama. X lama lepas tu dgr suara hazimi nangis... (satu perasaan yg mama x tau nak explain cemana bila dgr suara anak2 mama keluar dari rahim mama- bahagia, sedih, gembira..mcm2 la T_T)

Selepas nurse balutkan hazimi, nurse bg kat abah untuk diazankan.. Yg x bestnya bila dok bilik bedah ni mama x dpt tgk abah azankan hazimi mcm abg n ami. Tu lg la the sweet moment to be called as a mum hehehe. Sbb masa tu abah kena duduk kat waiting room. So, azan kat situ je.

Dekat pukul 9.00 pagi mama dah dibawa ke wad. Kat situ la br mama dpt belek2 n breastfeed hazimi. Senang betul rasa hati sbb segala sakit contraction dah hilang. Hazimi tido je keje sbb abah kata maybe kesan ubat bius tu pun buat hazimi mamai n ngantuk. Tapi mama paksa gak utk hazimi minum susu sbb rugi klu hazimi x dpt minum byk kolestrum.

Ok dekat 4 hr di hospital, barulah mama dibenarkan balik. Gembira sungguh. X la bosan sgt asik baring je atas katil n tunggu sapa la nak dtg tgk mama waktu melawat nnt hehehe.

Ok itu je la rentetan kisah kelahiran hazimi. Semoga Hazimi dan anak2 mama yg lainnya menjadi anak yg soleh, berjaya dunia dan akhirat, dilindungi oleh-Nya di masa saha kamu semua berada, terdiri di kalangan org2 bijak pandai serta berakhlak mulia. Amin..

No comments:

Post a Comment