Itu matlamat utama bila kita bercuti baru ni hehehe...kebetulan pak chu Ijam nak gi bertunang dgn org Kedah. Opah We ajak ikut memandangkan nnt hari kenduri besarnya jatuh masa mama tgh tunggu hari untuk bersalin the 3rd baby.
Abah ambik cuti dari Jumaat sampai Sabtu je, Ahad dah keje (menci!). hari Jumaat 17/12/10, kita bertolak dari Serdang terus ke Sungai Petani, Kedah. Mama bawa half way (RnR Sg.Buloh-RnR Sg.Perak) sbb abah ngantuk br balik keje pg Jumaat tu. Jalan kejap2 ok, kejap2 jam. Org buat jalan. Sampai Sg. Petani dalam pukul 5.00 ptg. Parents Pakndak Hermi ada kat umah manak. Lps rehat2 jap, dlm kol 6.30 ptg kita keluar semula bagi misi mengisi perut yang dah kelaparan. Niat di hati mama nak makan ikan bakar. Tp blh plak x jumpa2 kedainya. Ikan siakap masam manis pun ok la..Alhamdulillah! hahaha
Hari Sabtu, kita gerak dari Sg.Petani dalam pukul 10.00 untuk teruskan perjalanan ke Pokok Sena Kedah bagi mengiringi rombongan bertunang Pak Chu Ijam. Lebih kurang pukul 1.30pm majlis selesai, siap makan sume, terus kita gerak ke Bukit Merah. X de nak tunggu lagi..haishhh rugi tu..Check in patut kol 2.00 tp kita sampai sana pun dlm kol 4.00...dah membuang masa kat situ hahahha berkira sungguh. Sampai je situ dlm kol 5.00ptg kita kuar sbb Pakandak ajak cari mknn. Lapar..Yeahh mama suke:D! X jauh dari tempat kita menginap, ada gerai2 makan. Kat situ kita makan mee sup, ABC, kuewtiaw goreng, mee kari dan paling special, pak andak jumpa lempeng pisang bakar. Perghhh mmg syok. Mama nak makan laksa tp blh pulak mee laksa tu abis, kuah je tinggal. Hampes sungguh. Balik hotel, sume dah sibuk nak mandi kolam. Tapi kena tunggu jap sbb hujan plak masa balik tu. Dalam kol 6, hujan reda semua turun kolam. X tau nak cite cemana la bila sampai kolam. sakan and sakai memasing :D. Kol 7 kolam tutup, kita naik bilik n rehat2 sblm keluar lg cr mkn mlm.Malam tiba. Memasing dah shortage cash. So, kena kuar gak cr atm. Cari punya cari sampai la kitorg sesat ke Taiping. Ye tuan-tuan dan puan-puan, dekat 21 km kitorg cr ATM. Itu pun sbb dah tersilap jln dlm. Bukan ikut h/way. Sampai kat bandar Taiping, melambak2 bank, kedai siap ada Tesco lg...uuiihhh segala mak nenek la ada kat situ. Nampak besar dan membangun sungguh kawasan tu. Masing2 tgk anak2 dah x larat, so kita mkn mlm kat Bandar Taiping. Mcm hari sblm tu, hasrat nak mkn ikan bakar tp x dpt gak. Ikan siakap lg tp masak 3 rasa. Bedal je la labu!
Balik hotel semula guna h/way dlm 30 minit je dah sampai. ±8km. dekat sungguh. sampai je sume dah letih n tido. Esok tu kol 9.00pg kita gi breakfast lps tu turun kolam lg. Dlm kol 11.30 kita stop sbb nak gi eco park dll. Siap packing dlm kol 12.30 kita check-out. Terus tuju Reception bukit merah LTR utk dptkan tiket Eco Combo - Gi pulau Orang Utan, eco park n naik chairlift or skycycle (klu x salah le). Tp kita pilih chairlift. Kita ke pulau Org Utan naik bot. Pusing2 situ tgk Org Utan pastu patah balik gi Eco Park. kat Eco Park byk haiwan yg ada. Rabbit, hamster, kura-kura, memerang, entah apa lgi haiwan..x ingat. Oooo kita sempat tgk pertunjukan haiwan. Burung Kakak Tua. Habis di situ kita naik chairlift. Ngeri gak. Sbb tinggi sgt pastu penghadang dia x de lock. Sib baik ami berani. Takut gak klu tetiba buat hal. Gayat ke apa ke kan...
Lbh kurang pukul 5.00 kita bergerak balik ke KL. Kawan abah dah heboh call tanya masuk kol brp. Patutnya keje kol 3 tp dah mmg lambat and segala tempat nak gi, terpaksa la diorg cover jap keje abah. Sampai RnR Sg. Buloh, maghrib+isyak kat situ, mkn mlm lagi (dkt kol 9.00mlm), kemudian terus balik Serdang.
Sampai umah, pensannn!!! But, happy:D
No comments:
Post a Comment