2 Dis 2010
Mama ambik ami n abg cam biasa kat umah ibu dlm kol 5.30 ptg. Abg nampak mama terus jerit2, Mama, tadi ami muntah. Baju ami kotor. Ibu pun x cite apa2. Hanya bgtau, ami pakai bj abg sbb bj dia kena muntah.
Sampai di rumah ami kata nak air masak. Mama bg ami minum. X berapa minit lepas minum, tetiba ami muntah..kuar air banyak atas lantai. Mama tanya ami kenapa, ami senyap je pastu mcm nak sambung muntah lagi. Mama bawa bilik air. Lepas dah bersihkan semua, ami kata nak baring kat katil atuk. Mama tanya, ami demam ke..ami ckp, x.
Malam tu, lepas makan mlm dlm kol 8.00 ami muntah lg. Keluar segala nasi yg baru di makan. Aik x boleh jadi ni..lain mcm je. Mama terus tukar baju n bawa ami gi klinik. Otw nak sampai, mama call ibu tanya, dah brp kali ami muntah kat taska. Ibu kata 2 kali. Mama bgtau yg mama bw ami jumpa doktor sbb kat umah asik muntah. Pastu ibu ckp, takut berjangkit dgn sorg budak yg parents dia hantar jugak w/pun budak tu muntah2 n cirit-birit...dlm hati mama "APA KO BIJAK SGT? X LEH PIKIR KE ANAK ORG AKAN BERJANGKIT!!!!"..Geram pun ada, sakit hati pun ada.
Sampai klinik, doktor hanya bg ubat ORS dan demam je. Doktor kata kena bagi muntah/cirit ami keluar habis sbb bakteria jahat tu akan keluar ikut najis. Balik umah mama bagi ami rehat n tido awal. Br brp jam ami tido, tetiba mcm nak muntah. Dan...memang melambak2 sepanjang mlm tu..mama dah rasa cam x tido pun ye gak mlm tu.
3 Dis 2010
Kebetulan abah keje ptg. So, korg x dihantar ke rumah ibu. Abah jaga pagi tu. Lps rehat jumaat, mama mintak excuse ngan bos utk x masuk ptg sbb jaga ami yg x sihat. Balik rumah mama tgk ami makin lembik. Mlm tu bw lagi jumpa doktor sbb dah start cirit-birit dari pagi n demam. Ami makan dan minum sikit tp keluar cirit n muntah yg byk. Bw jumpa doktor. Tp doktor still x suruh bw gi hospital.4 Dis 2010
Subuh tu mama dah x leh tgk ami lemah. Baring je. nak angkat kepala pun cam x larat. Mata dah cengkung. Badan makin susut, mama ajak gak abah bw ami gi hospital. So, pagi tu kita ke klinik, ambik surat ref then terus ke KPJ kajang. Sampai je kat situ, ami terus masuk emergency room. Kat situ diorg start dgn ambik berat, heart beat count, suhu badan. x sampai 15minit doktor sampai. Cek perut, mata sume..terus ckp, OK nurse, admit this boy! Lps tu mama dgr, "Drip for ...., take ... blood for blood test" Ami masuk air. Alhamdulillah gak, ami dah lama start toilet training. So, every time nak cirit, dia nak gi toilet. So, xde la melecet2 buntut tu. Tp letih la jugak bw dia ulang-alik gi toilet.
Ni dah masuk wad...mata jelas nampak cengkung
Drip yg ami x suka..asik nangis je suruh bukak
Dalam pukul 12.30, makanan sampai. Ami dpt nasi lauk ayam. Tp ami jamah sikit je. Nak termuntah gak tp kurang sikit. Masa ni dah start drip. Ami mmg x selera nak mkn. Dlm pkl 2, doktor yg rawat ami, Dr. Asmunni dtg cek. Tanya mcm2. Kemudian doktor tunjuk result darah..mama kagum gak, cepat gile hospital ni buat keje. Keputusan darah ami menunjukkan ami seperti keracunan makanan. Doktor tanya dia duduk kat mana, ada mkn kat luar ke, sapa lagi dlm keluarga yg kena....last sekali doktor suspect dr taska as ibu ckp ada sorg yg cirit-birit kat situ.Kemudian, Dr. Asmunni bgtau nurse ubat apa yg ami kena bg. Antara yg mama ingat - ubat demam, antibiotik, hentikan muntah, smecta dan ubat drop utk angin sbb kembung. Semua masuk ikut tube drip kecuali ubat drop and smecta tu kena masuk dlm mulut. Sepanjang hari tu mmg nampak ami makin cergas. Ptg tu dah mula nak makan. Dinner mlm tu ami di serve bubur ayam. Ami mkn sikit2. pastu baring sampai la ke tgh mlm. Mama pun tido lbh2 kurg je, sbb kang ami merengek perut kembung. mama bg ubat drop tu. tido balik. pastu mesin drip tu plak bebunyi, air dia dah abis. Call nurse suruh tukar air.
5 Dis 2010Ami dah boleh gelak..siap memanjat2...lompat sana sini. Abah dtg ngan abg bw roti canai, nasi lemak. Ami makan selera sungguh. Doktor cek dlm kol 10 kata dah blh balik w/pun ada cirit just continue with the medicine that they will give before discharge. Lps botol drip yg ke 3 abis, ami slow semula..mama cuak pun ye gak..apahal lak mamat ni. kang x jadi lak nak kuar..Tp nurse tgk kata ok, maybe kesan antibiotik, atau dia mmg mengantuk.
Abg yg rindu x jumpa ami sehari n ngantuk sesgt sbb x leh tido mlm. Kami tinggalkan abg semlm di rumah maklang. Maklang ckp sampai kol 2 abg x tido..sian abg.
6 Dis 2010
Mama cuti lagi sbb ada hal di kampung. Kami rush balik kpg tp ami tinggal ngan mak ngah. Abg mama hantar ke rumah ibu. Kol 5 kami sampai balik dari kampung, maknagh kata ami x muntah dah. tp x nak makan apa pun. Cirit ada la sekali sekala tp dah pekat. Balik umah, mama kesian tgk ami x mkn apa2, abah suggest bg susu yg ada bijirin tu. sbb kenyang sikit. Dan selepas itu hingga 7 Dis 2010 ami muntah2 semula dan cirit-birit.
7 Dis 2010
Mlm tu mama ajak abah gi klinik lain. Klinik Public. Klinik ni special sikit. X byk penal tp ubat2 dia kebykannya serasi dgn ami n abg. Kami cuba di situ. Doktor advise bg susu cair sekali ganda dari biasa. Ubat antibiotik ami doktor tukar, dpt ubat cirit-birit, angin, muntah. Tapi ayat doktor yg last, kalau esok masih begitu, ami kena admit semula...haduiiii
Malam tu sampai umah ami nak minum air je..pastu muntah balik. Mama dah sedih tgk ami jadi camtu. Atuk pula bebel2 bg stress kat mama. Mmg rasa nak menjerit pun ada mlm tu. Letih sgt. Malam tu, mama bg semua ubat baru yg doktor bagi. Ami tido ok je mlm tu, abah kata. Cuma pukul 11 mlm ami kata nak berak. Tp kuar x byk. Mlm tu lena sampai pagi. Mlm tu mama tido awal sbb tension n sakit belakang sampai x leh pijak kaki kiri. So, abah jaga ami.
8 Dis 2010
Dlm kol 7.00pg ami bgn. Abah dah gi keje. Mama dah siap2 buat bubur nasi. Mama try bg dlm 2 senduk. Tp slow2 bg n HABIS!!! Masa tu dah lega sikit hati mama. Kemudian lps 30 minit mkn, mama bg ubat doktor lg. Dlm kol 9.00 pagi mama kejut abg. Mama kena gi klinik sbb nak buat check up baby, ambik mc sbb letih sgt n tanya gak pasal ami.
Mama hantar ami n abg kat umah ibu. Mama gi sorg sbb x larat nak jaga 2 2. Lama plak kat klinik. mama cite sume kat doktor. Doktor ckp, klu nak tau ubat br tu jln ke x, ami mesti x muntah/cirit lps bbrp jam mkn ubat tu. Balik dr klinik dlm kol 11, mama tanya ibu ami cirit/muntah x. Ibu kata, x. Balik umah je, ami terus kata nak berak. Lari2 gi bilik air. Pastu kuar sikit je. Mama dah makin lega. Ami pun dah ligat main kat luar rumah. Tgh ami mkn 2 kali tambah. Amboi ganti yg seminggu x mkn la tu. Cirit ami makin lama makin sikit dan jarak2 tempoh masaya.
9 Dis 2010
Mama gagahkan juga pegi keje dan tawakal je ami ok hr tu. Alhamdulillah ami dah makin pulih n kuat makan mcm dulu balik..Lega hati mama..:D
No comments:
Post a Comment