kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Tuesday, December 21, 2010

Ami dan meow

Lokasi kejadian: Jumpa kucing depan umah

"Meow, meow nak mkn ke?"
"Meowww"
"Nak biskut ye? Biskut chipsmore?"

"Mama, meow tu nak makan biskut chipsmore" (Cemana dia tau kucing tu nak mkn apa ek:D)
"Mana de..dah abis. Ami bagi kerepek pisang ni"
"Meow, mama cakap dah habis..ni je ada."

"Meow makan la..ABG NGAH pun lapar"
Boleh plak membahasakan diri 'ABG NGAH' ngan kucing tu..

"Tu makan tu..x nampak ke?"

Satu utk meow, 1 utk ami..1 untuk meow, 1 untuk ami....

"Mama, meow dah kenyang..ami abiskan ye?"
Camtu la biasanya..
ami...ami

Monday, December 20, 2010

Bergumbira @ Bukit Merah Lake Town

Itu matlamat utama bila kita bercuti baru ni hehehe...kebetulan pak chu Ijam nak gi bertunang dgn org Kedah. Opah We ajak ikut memandangkan nnt hari kenduri besarnya jatuh masa mama tgh tunggu hari untuk bersalin the 3rd baby.

Abah ambik cuti dari Jumaat sampai Sabtu je, Ahad dah keje (menci!). hari Jumaat 17/12/10, kita bertolak dari Serdang terus ke Sungai Petani, Kedah. Mama bawa half way (RnR Sg.Buloh-RnR Sg.Perak) sbb abah ngantuk br balik keje pg Jumaat tu. Jalan kejap2 ok, kejap2 jam. Org buat jalan. Sampai Sg. Petani dalam pukul 5.00 ptg. Parents Pakndak Hermi ada kat umah manak. Lps rehat2 jap, dlm kol 6.30 ptg kita keluar semula bagi misi mengisi perut yang dah kelaparan. Niat di hati mama nak makan ikan bakar. Tp blh plak x jumpa2 kedainya. Ikan siakap masam manis pun ok la..Alhamdulillah! hahaha

Hari Sabtu, kita gerak dari Sg.Petani dalam pukul 10.00 untuk teruskan perjalanan ke Pokok Sena Kedah bagi mengiringi rombongan bertunang Pak Chu Ijam. Lebih kurang pukul 1.30pm majlis selesai, siap makan sume, terus kita gerak ke Bukit Merah. X de nak tunggu lagi..haishhh rugi tu..Check in patut kol 2.00 tp kita sampai sana pun dlm kol 4.00...dah membuang masa kat situ hahahha berkira sungguh. Sampai je situ dlm kol 5.00ptg kita kuar sbb Pakandak ajak cari mknn. Lapar..Yeahh mama suke:D! X jauh dari tempat kita menginap, ada gerai2 makan. Kat situ kita makan mee sup, ABC, kuewtiaw goreng, mee kari dan paling special, pak andak jumpa lempeng pisang bakar. Perghhh mmg syok. Mama nak makan laksa tp blh pulak mee laksa tu abis, kuah je tinggal. Hampes sungguh. Balik hotel, sume dah sibuk nak mandi kolam. Tapi kena tunggu jap sbb hujan plak masa balik tu. Dalam kol 6, hujan reda semua turun kolam. X tau nak cite cemana la bila sampai kolam. sakan and sakai memasing :D. Kol 7 kolam tutup, kita naik bilik n rehat2 sblm keluar lg cr mkn mlm.Malam tiba. Memasing dah shortage cash. So, kena kuar gak cr atm. Cari punya cari sampai la kitorg sesat ke Taiping. Ye tuan-tuan dan puan-puan, dekat 21 km kitorg cr ATM. Itu pun sbb dah tersilap jln dlm. Bukan ikut h/way. Sampai kat bandar Taiping, melambak2 bank, kedai siap ada Tesco lg...uuiihhh segala mak nenek la ada kat situ. Nampak besar dan membangun sungguh kawasan tu. Masing2 tgk anak2 dah x larat, so kita mkn mlm kat Bandar Taiping. Mcm hari sblm tu, hasrat nak mkn ikan bakar tp x dpt gak. Ikan siakap lg tp masak 3 rasa. Bedal je la labu!

Balik hotel semula guna h/way dlm 30 minit je dah sampai. ±8km. dekat sungguh. sampai je sume dah letih n tido. Esok tu kol 9.00pg kita gi breakfast lps tu turun kolam lg. Dlm kol 11.30 kita stop sbb nak gi eco park dll. Siap packing dlm kol 12.30 kita check-out. Terus tuju Reception bukit merah LTR utk dptkan tiket Eco Combo - Gi pulau Orang Utan, eco park n naik chairlift or skycycle (klu x salah le). Tp kita pilih chairlift. Kita ke pulau Org Utan naik bot. Pusing2 situ tgk Org Utan pastu patah balik gi Eco Park. kat Eco Park byk haiwan yg ada. Rabbit, hamster, kura-kura, memerang, entah apa lgi haiwan..x ingat. Oooo kita sempat tgk pertunjukan haiwan. Burung Kakak Tua. Habis di situ kita naik chairlift. Ngeri gak. Sbb tinggi sgt pastu penghadang dia x de lock. Sib baik ami berani. Takut gak klu tetiba buat hal. Gayat ke apa ke kan...

Lbh kurang pukul 5.00 kita bergerak balik ke KL. Kawan abah dah heboh call tanya masuk kol brp. Patutnya keje kol 3 tp dah mmg lambat and segala tempat nak gi, terpaksa la diorg cover jap keje abah. Sampai RnR Sg. Buloh, maghrib+isyak kat situ, mkn mlm lagi (dkt kol 9.00mlm), kemudian terus balik Serdang.

Sampai umah, pensannn!!! But, happy:D

Monday, December 13, 2010

Ami masuk spital :( ::KPJ Kajang::

Hohoho kronologi kejadian...

2 Dis 2010
Mama ambik ami n abg cam biasa kat umah ibu dlm kol 5.30 ptg. Abg nampak mama terus jerit2, Mama, tadi ami muntah. Baju ami kotor. Ibu pun x cite apa2. Hanya bgtau, ami pakai bj abg sbb bj dia kena muntah.

Sampai di rumah ami kata nak air masak. Mama bg ami minum. X berapa minit lepas minum, tetiba ami muntah..kuar air banyak atas lantai. Mama tanya ami kenapa, ami senyap je pastu mcm nak sambung muntah lagi. Mama bawa bilik air. Lepas dah bersihkan semua, ami kata nak baring kat katil atuk. Mama tanya, ami demam ke..ami ckp, x.

Malam tu, lepas makan mlm dlm kol 8.00 ami muntah lg. Keluar segala nasi yg baru di makan. Aik x boleh jadi ni..lain mcm je. Mama terus tukar baju n bawa ami gi klinik. Otw nak sampai, mama call ibu tanya, dah brp kali ami muntah kat taska. Ibu kata 2 kali. Mama bgtau yg mama bw ami jumpa doktor sbb kat umah asik muntah. Pastu ibu ckp, takut berjangkit dgn sorg budak yg parents dia hantar jugak w/pun budak tu muntah2 n cirit-birit...dlm hati mama "APA KO BIJAK SGT? X LEH PIKIR KE ANAK ORG AKAN BERJANGKIT!!!!"..Geram pun ada, sakit hati pun ada.

Sampai klinik, doktor hanya bg ubat ORS dan demam je. Doktor kata kena bagi muntah/cirit ami keluar habis sbb bakteria jahat tu akan keluar ikut najis. Balik umah mama bagi ami rehat n tido awal. Br brp jam ami tido, tetiba mcm nak muntah. Dan...memang melambak2 sepanjang mlm tu..mama dah rasa cam x tido pun ye gak mlm tu.

:: dah start demam ::

3 Dis 2010
Kebetulan abah keje ptg. So, korg x dihantar ke rumah ibu. Abah jaga pagi tu. Lps rehat jumaat, mama mintak excuse ngan bos utk x masuk ptg sbb jaga ami yg x sihat. Balik rumah mama tgk ami makin lembik. Mlm tu bw lagi jumpa doktor sbb dah start cirit-birit dari pagi n demam. Ami makan dan minum sikit tp keluar cirit n muntah yg byk. Bw jumpa doktor. Tp doktor still x suruh bw gi hospital.
Ni kat emergency..lemau je muka..:(
4 Dis 2010
Subuh tu mama dah x leh tgk ami lemah. Baring je. nak angkat kepala pun cam x larat. Mata dah cengkung. Badan makin susut, mama ajak gak abah bw ami gi hospital. So, pagi tu kita ke klinik, ambik surat ref then terus ke KPJ kajang. Sampai je kat situ, ami terus masuk emergency room. Kat situ diorg start dgn ambik berat, heart beat count, suhu badan. x sampai 15minit doktor sampai. Cek perut, mata sume..terus ckp, OK nurse, admit this boy! Lps tu mama dgr, "Drip for ...., take ... blood for blood test" Ami masuk air. Alhamdulillah gak, ami dah lama start toilet training. So, every time nak cirit, dia nak gi toilet. So, xde la melecet2 buntut tu. Tp letih la jugak bw dia ulang-alik gi toilet.

Ni dah masuk wad...mata jelas nampak cengkung

Drip yg ami x suka..asik nangis je suruh bukak

Dalam pukul 12.30, makanan sampai. Ami dpt nasi lauk ayam. Tp ami jamah sikit je. Nak termuntah gak tp kurang sikit. Masa ni dah start drip. Ami mmg x selera nak mkn. Dlm pkl 2, doktor yg rawat ami, Dr. Asmunni dtg cek. Tanya mcm2. Kemudian doktor tunjuk result darah..mama kagum gak, cepat gile hospital ni buat keje. Keputusan darah ami menunjukkan ami seperti keracunan makanan. Doktor tanya dia duduk kat mana, ada mkn kat luar ke, sapa lagi dlm keluarga yg kena....last sekali doktor suspect dr taska as ibu ckp ada sorg yg cirit-birit kat situ.
Staf caterer bg kad menu utk mama pilih - b/fast, lunch n dinner

Kemudian, Dr. Asmunni bgtau nurse ubat apa yg ami kena bg. Antara yg mama ingat - ubat demam, antibiotik, hentikan muntah, smecta dan ubat drop utk angin sbb kembung. Semua masuk ikut tube drip kecuali ubat drop and smecta tu kena masuk dlm mulut. Sepanjang hari tu mmg nampak ami makin cergas. Ptg tu dah mula nak makan. Dinner mlm tu ami di serve bubur ayam. Ami mkn sikit2. pastu baring sampai la ke tgh mlm. Mama pun tido lbh2 kurg je, sbb kang ami merengek perut kembung. mama bg ubat drop tu. tido balik. pastu mesin drip tu plak bebunyi, air dia dah abis. Call nurse suruh tukar air.

5 Dis 2010Ami dah boleh gelak..siap memanjat2...lompat sana sini. Abah dtg ngan abg bw roti canai, nasi lemak. Ami makan selera sungguh. Doktor cek dlm kol 10 kata dah blh balik w/pun ada cirit just continue with the medicine that they will give before discharge. Lps botol drip yg ke 3 abis, ami slow semula..mama cuak pun ye gak..apahal lak mamat ni. kang x jadi lak nak kuar..Tp nurse tgk kata ok, maybe kesan antibiotik, atau dia mmg mengantuk.

Abg yg rindu x jumpa ami sehari n ngantuk sesgt sbb x leh tido mlm. Kami tinggalkan abg semlm di rumah maklang. Maklang ckp sampai kol 2 abg x tido..sian abg.

6 Dis 2010
Mama cuti lagi sbb ada hal di kampung. Kami rush balik kpg tp ami tinggal ngan mak ngah. Abg mama hantar ke rumah ibu. Kol 5 kami sampai balik dari kampung, maknagh kata ami x muntah dah. tp x nak makan apa pun. Cirit ada la sekali sekala tp dah pekat. Balik umah, mama kesian tgk ami x mkn apa2, abah suggest bg susu yg ada bijirin tu. sbb kenyang sikit. Dan selepas itu hingga 7 Dis 2010 ami muntah2 semula dan cirit-birit.

7 Dis 2010
Mlm tu mama ajak abah gi klinik lain. Klinik Public. Klinik ni special sikit. X byk penal tp ubat2 dia kebykannya serasi dgn ami n abg. Kami cuba di situ. Doktor advise bg susu cair sekali ganda dari biasa. Ubat antibiotik ami doktor tukar, dpt ubat cirit-birit, angin, muntah. Tapi ayat doktor yg last, kalau esok masih begitu, ami kena admit semula...haduiiii

Malam tu sampai umah ami nak minum air je..pastu muntah balik. Mama dah sedih tgk ami jadi camtu. Atuk pula bebel2 bg stress kat mama. Mmg rasa nak menjerit pun ada mlm tu. Letih sgt. Malam tu, mama bg semua ubat baru yg doktor bagi. Ami tido ok je mlm tu, abah kata. Cuma pukul 11 mlm ami kata nak berak. Tp kuar x byk. Mlm tu lena sampai pagi. Mlm tu mama tido awal sbb tension n sakit belakang sampai x leh pijak kaki kiri. So, abah jaga ami.

8 Dis 2010
Dlm kol 7.00pg ami bgn. Abah dah gi keje. Mama dah siap2 buat bubur nasi. Mama try bg dlm 2 senduk. Tp slow2 bg n HABIS!!! Masa tu dah lega sikit hati mama. Kemudian lps 30 minit mkn, mama bg ubat doktor lg. Dlm kol 9.00 pagi mama kejut abg. Mama kena gi klinik sbb nak buat check up baby, ambik mc sbb letih sgt n tanya gak pasal ami.

Mama hantar ami n abg kat umah ibu. Mama gi sorg sbb x larat nak jaga 2 2. Lama plak kat klinik. mama cite sume kat doktor. Doktor ckp, klu nak tau ubat br tu jln ke x, ami mesti x muntah/cirit lps bbrp jam mkn ubat tu. Balik dr klinik dlm kol 11, mama tanya ibu ami cirit/muntah x. Ibu kata, x. Balik umah je, ami terus kata nak berak. Lari2 gi bilik air. Pastu kuar sikit je. Mama dah makin lega. Ami pun dah ligat main kat luar rumah. Tgh ami mkn 2 kali tambah. Amboi ganti yg seminggu x mkn la tu. Cirit ami makin lama makin sikit dan jarak2 tempoh masaya.

9 Dis 2010
Mama gagahkan juga pegi keje dan tawakal je ami ok hr tu. Alhamdulillah ami dah makin pulih n kuat makan mcm dulu balik..Lega hati mama..:D

Layan je la budak br nak sihat.........:D

Sunday, November 28, 2010

Gurau ke ni?

Gurau ke camni...mama dgn abah x tau cemana korg gurau. Tp kami suspect abg yg on kan suis iron sbb ketinggian abg. Macamana boleh kena tgn ami, kitorg x pasti. Ami dtg kat mama n abah, merengek2 sambil tunjuk tgn dia merah masa mula2 kena. Ami kata, kena api. Pelik pulak cemana leh ada api kat bilik belakang. Kemudian, baru kami teringat iron. Cepat2 abah bangun n off kan suis iron. Abang dah nyorok takut dihukum. Tp abah x bising pun sbb masing2 cari sakit main benda yg dah dilarang bahayanya. Cuma bebel sikit je n tunjuk tgn ami kat abang bila dah start menggelembung esoknya...abang...abang..

ok it is just fair with this..ami gigit abg pulak. Pun gara2 'bergurau'...

gambar x berapa jelas dek kecanggihan enpon mama..tp melekat la jugak bentuk gigi ami kat lengan abg..Tu je 'senjata' ami yg digeruni abg hahaha..jgn gurau sampai cedera parah dah le kome...

Abg and diaper-less at night training

Macam muka makchu Intan lak mama tgk gambar ni hehehe..

Hmmm sapa2 yg baca mesti terkejut. aik xkan dah umur 5 tahun br nak ajar diaper-less at night. X pe..hanya kami sahaja yang faham kenapa kami lewatkan melatih abg tidak berdiapers waktu tido malam. Mama sgt cemburu dgn achu sbb balqis dah x yah pamper langsung seawal 2 1/2 tahun..hehehe tp x boleh la nak bandingkan dgn keadaan abg. Perkembangan kanak2 x semuanya sama. Mama makin memahami keadaan ini. And, I learn more because of you:D

Alhamdulillah umah dah siap renovate. Mmg mama aim nak start train abg bgn mlm n buang air or tidak pakai diapers mlm bila toilet bilik atas siap n cuti sekolah bermula. Alhamdulillah semuanya mengikut perancangan walapun agak lewat sikit mula tp mama gembira dgn resultnya.

Kita start training 27 Nov 2010. malam tu kebetulan abg pun menyuarakan - "x mo pakai pampers. Dah besar!" Wahhh kemain ayat tu..Nampak skrg abg sudah boleh menyuarakan pendapat dan kehendak diri. Walaupun with limited vocab, we can understand what u want n what u need, insya-Allah.

Setakat hari ni dah 2 hari abg berjaya tidak membasahkan tilam...tahniah! Mama kena kunci alarm kol 2.30pg utk bgnkan abg n buang air. Kesian pun ye gak sbb abg ngantuk2. Mmg mama kena pujuk2, peluk2 utk abg sampai ke bilik air. Abg mmg mcm nak nangis pun bgn tgh2 mlm tu tp bila suruh buang air, abg turutkan aja. Makcik jiran kita (abg panggil nenek midah) suruh ajar sebulan, pastu x yah kejut dah..Hopefully, by Jan 2011, u will no more need a diaper at night.

Tuesday, November 2, 2010

Tiba-tiba mama dapat email ni..bermakna sungguh...

For all parents out there......

This is a conversation between pencil and eraser

Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

Do i feel sad until now?...hehehe no more. Will try our best for our beloved sons future. It is just a tough hour for us now and to be test as a parent. Insya-Allah we can manage it.

Sunday, October 24, 2010

Sedihnya mama....T_T

Hari ini br dpt menggagahkan diri menulis entry ini..

Jumaat lepas, 22 Oktober 2010, air mata mama gugur lagi mengenangkan nasib abg. Ini semua gara2 keputusan guru kelas abg yg tidak mahu menerima abg utk sesi hadapan. Betapa jauhnya beza abg di mata cikgu. Mama seakan tidak boleh menerima sorg guru yg berlatar belakang pendidikan perkembangan kanak2, boleh menganggap abg tidak layak meneruskan persekolahan di situ.

Geram pun ada, marah pun ada, sakit hati pun ada. Sebelum tu, mama ada menghubungi cikgu utk maklumkan abg cuti sbb demam. Cikgu sempat komplen mcm2 perangai abg. Sehingga la cikgu menyuarakan yg abg perlu ke sekolah khas. Timbul soalan2 tersebut di kepala mama,

1. Salah doktor pakar ke kerana tidak membuat keputusan pemeriksaan seperti kata cikgu abg? Pakar yg kata abg x perlu ke sekolah khas. Cuma ke sekolah2 biasa yg ada menyediakan integrated program. Kenapa cikgu tetap juga ckp camtu?

2. Knp Abg yg baru berusia 5 thn tidak diberi peluang untuk berada di kalangan mereka yg nomal? Sebab kelemahan pertuturan abg ke, sebab kelemahan motor halus dan kasar ke...

3. Perlu ke mama paksa doktor pakar utk keluarkan surat OKU utk abg sedangkan kesemua result bg ujian yg dibuat adalah negatif utk mengatakan abg tergolong dlm OKU.

4. Cikgu abg lagi pakar dari doktor2 pakar kat luar sana ke?

Mama sedih sbb org x paham perasaan mama sbg ibu yg melahirkan abg kat dunia tu. Mereka mcm memandang mama & abah ambil sambil lewa ttg hal abg. Perlu ke mama ceritakan pada semua org apa yg mama usahakan. Dari blog2 org biasa sampai ke Jab. Pendidikan Selangor mama survey ttg persekolahan/kaedah terapi termasuk hydro therapy/bantuan sampingan utk abg. Semua kaedah pemulihan/parenting mama cuba belajar n praktikkan untuk improve abg. The way she talk to me like am do nothing for you abg! Should i respect her as your teacher? Just because she is not in my shoe, then she can simply say and complain everything about you. Does all ur friends especially boys are good, like an angel in a class? Then who did all the cuts, scratches, bruises and many thing that i found at your body when i bath you after class? Girls?

Now, abah n mama are looking for a new school to enroll you for next year. Maklang is always my supporter. Always advice me in many things & understand what i feel. Yes, she also have a child development knowledge degree from UPM. (Same as your teacher!) She also suggest me to send you to her 3 times/wk to learn with e-xtra program. I refuse to this as i also apply the same method when i teach you. And Maklang last word, there is no school that will refuse to accept you as long as we willing to pay more.

Hari akhir abg bersekolah sepatutnya pada 16 November 2010. Tp mama dah x de hati nak hantar abg ke sekolah lg sbb klu dah begitu pandangan cikgu, lebih baik x yah pegi dah. Mungkin final assessment abg pada 4/11/2010 adalah hari terakhir abg jejak kaki kat situ..sedihnya mama sbb abg selalu sebut2 nama kawan2 abg kat situ tp cikgu dah x nak terima abg lagi utk teruskan persekolahan sesi akan dtg, mama nak buat cemana.

Wednesday, October 20, 2010

Mama, rumah kita x de baby kan!

Ami ckp ami jadi batman dgn cara menampal sticker kat mata yg dikopek dr motor mainan

Gembira, hati berbunga2, syukur...sume ada...Isnin lepas, 18 /10/2010 mama cek sendiri pregnancy slps beberapa keadaan yg mama suspect seperti 'perut' mama ada yg menghuni. Alhamdulillah, keputusannya positif mama pregnant.


Balik umah ptg tu (atuk x de balik kpg), mama rehat2 ngan korg sambil tgk tv mlm tu dan sambil menyuap nasi ke mulut sorg2. Tetiba ami boleh plak bersuara:

"Mama, umah kita x de baby kan!?"
terkejut mama, eh mcm tau2 je mama cek siang tu. Tp mama tanya balik,

"kenapa, ami nak ada baby ke?" Kemudian ami jawab,

"Umah ibu ada baby batrisya. Ami nak baby batrisya la"

"OK, ami nak boy ke girl?"

"Girl! Eh, boy la boy...."

Mama ckp dlm hati "nak penuhkan team korg je la ye"

Tuesday, October 12, 2010

Selamat Hari Jadi Yg Ke-3 Thn Amiiiii!!!

Budak kecik yang maintain berat 17kilo pada usia 3 tahun...haishhhh

Selamat hari Jadi Ami!!! Hari jadi ami jatuh pada hari ahad, 3 Oktober 2010. Tapi ami sibuk cakap nak potong kek kat umah ibu. So, mama n abah plan untuk celebrate hari Jumaat minggu berikutnya. Kebetulan plak makchu memerlukan khidmat abah untuk menyalurkan bantuan makanan hahahaha. So, kita ajak makchu dtg sekali tp abah la gi ambik.

Bbrp minggu sblm birthday ami, ami dah siap ckp nak kek garfield. Huh maam x pernah lagi melukis gambar2 gitu. Sib baik ada member ajar teknik melukis atas kek. Walaupun x berapa kemas tp mama tgk ami suke je hehehehe...ke mama yg perasan..haippp diam kao!


Mama n abah ambik cuti hari jumaat tu dan kita celebrate sblh pagi dalam pukul 11.30. Menu mama x sempat prepare sbb sibuk buat kek ami pg tu. So, abh kata order je nasi ayam kat RasaMas...fuhhh lega tp mama yg bayar:p cait . Lepas majlis selesai, abah pegi hantar makchu balik n terus gi sembahyang jumaat. Lepas Jumaat, kita balik kampung Pekan..ok meh layan gambar..

Sib baik ada makchu..mama terpaksa layan kanak2 yg lain sbb sume dah laparrrrrr....

Untuk anaknda bongsu kami (setakat ini) hehehhe:

Mama n abah mendoakan yang terbaik untuk ami dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yg soleh dan dapat mendoakan kami di sana nanti. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi oleh-Nya walau di mana ami, khasnya dan anak2 kami yang lain, walau di mana kalian berada. Kasih sayang mama dan abah sentiasa bersama kalian dengan izin-Nya. Amin.

Monday, October 4, 2010

Apa kaitan ayam & abah...

Kadang-kadang mama n abah x boleh jangka imaginasi ami. Kadang tu kagum jugak..ada jugak yg kelakar tp mama x ingat nak post semua kat sini utk kenangan..tp cerita yg 1 ni buat mama x leh lupa n teringin benar nak post kat sini hehehe..

Masa ni abah keje shift malam, kalau x salah mama. Ami n abang dtg golek2 ngan mama n borak2. Tetiba ami tanya mama,

"Mama, abah ada janggut kan?"

"Aah. Janggut abah warna hitam. Kenapa?"

"Ayah Umar ada janggut warna putih!" Abang lak menyampuk

Tetiba ami sambung......
"Abah macam AYAM kan, mama."

"HA?"

Puas mama pikir kenapa ami ckp camtu..Kemudian baru mama teringat cemana mama bezakan ayam jantan dan ayam betina pada korg dalam buku cerita' Pak Ayam Yang Bertanggungjawab'. Lepas tu mama mengilai sorg2 hahahahha...ami amiApa panggil benda yg kat anak panah tu? Mama x sure. Tu yg bantai ckp janggut ayam hehehehe...sudahnya di'ayam-ayam'kan anak sendiri :D

Monday, September 6, 2010

What a relief! Alhamdulillah.........

Itu je yg mama mampu katakan selepas dgr kenyataan Psychologist HUKM utk appointment abg hari ni. Result IQ dah keluar. Summary report tu, abg tiada masalah seperti terencat akal atau slow learner dan sebagainya. Mempunyai sosio-interaction yang melebihi umur 6 thn ++bulan. Tapi tahap IQ masih rendah. Dalam umur 4 thn ++bulan. Fokus yang terhad untuk satu-satu tugas.

Atas sebab fokus abg yang terhad, so pakar rumuskan tahap pemahaman abg rendah yang memberikan result IQ rendah bagi bahagian tersebut. Jadi untuk proses seterusnya, pihak hospital akan fokus untuk improve tumpuan abg dan behaviour as lately cikgu complain perangai abg makin agresif di sekolah sehingga menyakiti rakan-rakan kelas. Hmmm kalau ikut pakar, mama n abah kena trace balik apa aktiviti/situasi yg buatkan abg stress atau marah sehingga bertindak begitu. Mcm kurang kasih sayang plak huahuahua...kalau ikut pakar abg lebih well behave sebelum ni berbanding assessment 3 bulan kemudian. kenapa ek? Fikir, fikir, fikir........

Apa-apa pun mama & abah sgt lega dan bersyukur ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat dan kasih sayangnya, maka doa kami dimakbulkan. Insya-Allah. Mama n abah akan terus berusaha untuk 'menormal'kan abg seperti kanak2 lain. Amin.

Thursday, August 19, 2010

Ngigau je!

Sume org x mo tido ngan ami. Baik si abg, abah mahupun mama. Sebabnya ami kuat ngigau. Pastu siap sepak2 org lagi. Kadang tu kesian mama tgk abang terkulat2 muka terjaga tgh malam bila ami start ngigau. Habis abang kena sepak2. Bila mama atau abah kejut ami, ayat yang biasa kami dengar:

"Abang ambik tu...." (mcm mimpi abg berebut sesuatu dgn dia)
"Pukul abang, mama" (ayat2 suruh balas balik bg pihak dia)
"Nak syusyu" (ni mcm ayat cover malu sbb org kejut dia ngigau)


Mmg tido malam mama kena alert ngan ami. Kadang tu ami ngigau nangis2 terus tuju pintu. Kalau pintu bilik tutup, x pe la. Tp kalau buka tu, cemas gak. Sbb depan tu je dah tangga. Ada plak la yang bergolek tgh2 mlm kang..eiiii harap2 la x jadi camtu.

Ami ngigau kadang tu sampai buka2 baju, buka seluar. Sahur tadi, masa mama alihkan ami tido, sambil pejam mata, ami siap bukak diapers pastu ckp, Dah!...Suka-suka hati je...Orang bukannya nak tukar diapers dia..Cuma nak alihkan dia je..hiiisssshhh....Sekarang ni dah la bulan puasa. Ami suka ngigau kol 3-3.30 pg. Mama plak kena bangun kol 4 pg. So mmg macam x tido dari kol 3 sampai la settle sahur. Pastu 6.30 kena bangun balik utk bersiap2 gi keje plak..ngantuk nye la bila kat opis. Time rehat lak x sempat nak tido sbb kena bergegas ambik abang untuk hantar gi skolah. Tu yang bila bulan pose, kol 9.30 mama dah rasa x larat sungguh nak buka mata...hai la ami...

Monday, August 2, 2010

Ami n his cute word

Kejadian 1

Dialog di suatu malam...

Masa ni abah keje. Mama layan korang makan cam biasa. Abang makan main2. Kejap makan, pastu main, pastu dtg balik kat meja makan..begitulah seterusnya. nasi dr panas jadi sejuk.

"Abang, cepat la makan. Mama nak kemas meja ni"..berulang2 mama ckp.

Kemudian ada budak kecik a.k.a. Ami mengajuk ckp mama,

"Abang cepat la makan. AKU nak kemas meja ni. Lambat betul la". (siap tambah lagi tu)

Oiittt, bila masa mama ber'aku2' ngan anak2 mama ha! Suka-suka hati je budak kecik ni.

Kejadian 2

"Mama tu org fogging, kan?", Abg tanya.

"Mana? Mama x nampak pun", Mama jawab.

"Tu, kat sana tu", Abg tanya.

Mama x dengar plak bunyi alat fogging yang biasanya bising.

"Bukan fogging la, tu ekzos moto", Ami jawab

"Oooo aah la..pandai ami:p", Mama la ckp.

Wednesday, July 14, 2010

Lawatan ke Bukit Cahaya Seri Alam (Cerakah), Shah Alam

Semua murid posing depan batu penanda Taman Haiwan

Ni cerita dah basi. Abg pegi rombongan sekolah hjg bln lepas.Mcm biasa, mama kena escort abg gi (atas 'harapan' cikgu' kelas abang). X pe la. Mama korban cuti sehari. Tiba harinya, sume kawan2 abg pakai baju sukan. Abg ngan 3/4 org lagi pakai uniform sekolah. Cikgu tanya mama, Adam x bgtau ke kena pakai bj sukan? Hmmm cemana la anaknda mama ni nak sampaikan pesanan. Susah mama nak komen part ni hahahaha..

Mula-mula kita berhenti di kawasan Sawah Padi. Tp mama rasa cam kureng je nak melawat..sbb kita kena turun bas, jalan jauh utk jumpa petak sawah yg hujung sekali. So merasa la korg tengok 'buah' padi secara live. Sib baik x de pacat..klu ada haishhhh mama x bg abg turun..bkn sbb abg, tp mama yg geli. Kat sini kita x bergamabr pun.

Kemudian naik bas balik, kita menghala Taman Haiwan. Ada la haiwan2 spt musang, burung kakak tua, merpati, arnab, landak, rusa, kuda, kura-kura, seladang, itik sawah

ok kita layan gambar..

Ni kawasan kura-kura..tp byk jenis..sebelah kiri (gambar atas) tu ada kawasan untuk landak

Kemudian kita naik bas balik menghala Rumah Iklim.

Rumah ini akan diubah mengikut 4 musim - panas, bunga, salji, luruh. Entah cemana susunannya, mama x tau..tanya la Pakteh/Makteh nnt. Masa kita datang hari tu, musim panas. Tp x de la panas dlm tu.. Aircond sesejuk2nya. Dalam kawasan rumah tu, ada dua bilik kaca yang panjang, di sebelah kiri dan kanan laluan. Blh masuk 15pax shj sekali masuk. So, cikgu2 bhgnkan kpd 2 group kanak-kanak. Boys n girls. Kat dalam tu penuh dgn bunga... cantik2 ..alahai..mama plak yg lebih2..

Ni view dari luar. Ada kincir air kat dalam tu. Abg ckp, macam kat Melaka...Oh terkejut mama, abg blh ingat kincir air kat Bandar Hilir, Melaka masa kita cuti-cuti ke rumah manak... hehehehe.. Tu skill yg Doktor n Cikgu nampak. Memori yg kuat. Tp kerja tangan dan fizikal masih perlu byk latihan..x pe, kita sama-sama usaha.

Selesai di situ, kita bergerak ke Menara Tinjau dan RUmah Cendawan. Patutnya kita akan

Ni gambar lepas keluar dari Rumah Iklim..Budak yg tarik seluar tu, masa mama nak ambik gambar abang, dia plak lebih2 ke depan hehehe. Comei, tembam..

Walaupun hari tu mama rasa, rombongan yang paling penat...tp sekurang2nya abang n kawan2 gembira dlm menikmati alam ciptaan-Nya. Penuh kehijauan dan meriah dgn bunyi unggas. Otw balik, abang lena sampai ke UPM. Balik umah tu, mama n abang 'berjemaah' membuta sampai kol 6 ptg. Penat seh!

Sunday, July 4, 2010

"Abang melampau"

Hari Ahad semalam (4/7/2010), Abah beli paper Metro. Kita duduk belonggok anak-beranak dgn masing2 'konon'nya membaca. Ada 1 tajuk berita tu, ttg guru melampau. Gara2 tindakan tidak bermoralnya telah mencabul kehormatan anak didiknya. Kebetulan mama baca tajuk tu kuat untuk tunjuk kat abah. Pastu mestilah siap dgn komen berkenaan tajuk tu kan..Pelik dgn tindakan guru2 begitu. Sepatutnya dia mendidik, tp lain pulak 'subjek' asuhannya itu.

X lama lepas tu, ami main dgn abang. Siap pukul-memukul..Entah cemana ami x dapat pukul abang. Tergedik2 la nak report kat mama. Ni ayat ami yg buat mama n abah gelak x hengat:

"Mama, abang MELAMPAU mama!!! Pukul abang!!"
Mulanya mama x caya apa yg mama dengar. Mama tanya balik,
"Abg apa dek?"
"Abang MELAMPAU!"

Sekarang mama paham bagaimana perbendaharaan kata kanak2 boleh dibentuk...haduiiii

Wednesday, June 30, 2010

Berehat2 di PD, N9

N9 lagi? Huh! Do i care? As long as we can spend time together, the place is not a big deal to me.

Last week (26 & 27 Jun 2010), kita berendam di Ilham Resort, PD. Paklang booked penthouse kat situ. Kebetulan abah off, so abah setuju utk pegi. Ada 3 bilik. Kita dok bilik atas.

Sampai2 je rehat sekejap, masing2 dah sibuk nak tukar baju..nak mandi kolam! nak mandi kolam! abang terjerit2 nak tukar baju..bila dah sampai je kat kolam, abg plak yg takut memula.ekelehh..siap melilit kat leher mama. Sib baik ada pelampung abg Amir bagi. senang sikit. Abah x turun lagi masa tu. Nak solat dulu, katanya. So, susah gak la memula tu mama nak handle korg berdua sorg2. Tp x lama lps tu abah dtg, lega sikit.

Ami relax je lepas sorg2 dlm air...abg menggelupur..tp masuk 2nd day, dah berani sikit la...hahahha...Ami siap x nak pakai pelampung lagi..enjoy sungguh ami:D..

Tuesday, June 29, 2010

Eyeliner & Ami...hmmm

Ami mmg suka tgk mama bersiap. Klu blh segala benda dlm beg mama dia nak pakai. Hisshhh risau betul anak bujang sorg ni..Ni dialog & aksi Ami baru-baru ni.

Dalam keta abah....

Ami tetiba jumpa pen kilometrico warna hitam dlm keta abah. Mamat ni pun tarik la bawah mata dia pastu buat gaya cam org nak pakai eyeliner...mama ingatkan ami nak buat apa..tetiba ami pandang mama....

"Cantik x mama?"
Sambil tersengih2 dan gaya2 control 'ayu' gitu..
ishhh budak kecik ni..gigit pipi tu br tau...hahahaha

Wednesday, June 23, 2010

Hari Sukan Makmal Prasekolah UPM

Lama dah kejadian berpeluh-peluh ni. 3 Jun 2010, sebelum sekolah start cuti. Abah kebetulan cuti n mama plak mmg plan nak ambik cuti hr tu. Tup-tup, sehari sblm hari sukan abg, bos mama suruh gi meeting plak..bosan betul. Mtg start kol 9.30, abgnye event start kol 8.30. So, sempat le mama ikut sekali ke Padang Hoki UPM sekali dgn ami n abah.
Abang dgn uniform sukannya..semangat sungguh bangun pagi tu nak bersukan hehehe

Selebihnya mama x tau cite sgt sbb abah yg temankan. Tp abah rimas sebab ami x diam2 n sibuk nak ajak balik. So, mama tgk movie je la yg abah rekodkan. Makngah pun ada masa tu sbb abg syamil pun skolah tempat yg sama. Tp dia sekolah sesi pagi utk 6 thn. Dah kol 12 lbh, makngah call mama bgtau yg hadiah abg cikgu simpankan. Bkn sebab abg menang tau, tp sume murid2 dapat hadiah hahahaha...meh kita layan gambar.

Berkumpul kat khemah ni dulu sblm event bermula.
Beratur untuk mula bacaan ikrar & nyanyi - entah lagu apa & termasuk lagu doremon hahahaha

Ni gerakan untuk lagu doremon rasanya..mama pernah tgk diorg buat kat skolah

Abang awak ke laut tu bang..org dah buat gerakan lain..haduiiKE GARISAN...SEDIA......lalalalala

Abah kata nampak abang happy sgt dgn hari sukan tu. Dapat ikut arahan cikgu dengan jelas untuk buat apa, lari ke mana hehehe..tp maybe lama sgt kat padang, panas n campur dgn aktiviti sukan umur 3 dan 6 tahun, abg jadi bosan n x leh dok diam. Sudahnya, abah ajak korg berdua balik awal. Alasan, panas, peluh2 jaga korg berdua...hmmm abah...abah..

Tuesday, June 8, 2010

Berendam di Ulu Bendul, Kuala Pilah, N9

~ Patutnya mama update pasal hari sukan sekolah abg sebelum entry ni. Tp malas nak keluarkan gambar dr kamera. So, buat dulu apa yg ada dlm folder kat pc opis mama ni (mengulat jap;p)

"Duduk diam jap, mama nak ambik gambar tu.."
"TANAKKK"

Sebenarnya kita gi N9 sbb memenuhi jemputan kahwin officemate mama, Achik Fiza 29 Mei 2010 lepas. Tp blh plak lupa ambik gambar pengantin. Ni gara2 dah penat sbb sesat2 entah mana abah kata jln short-cut ke Pilah. Sabo je la. Sib baik sampai akhirnya.

Balik dari kenduri, blh tahan la panasnya. Pastu abah kata jom gi berendam. Haishhh baju lbh sorg pun x bawa. Cuma baju korg 2 org mcm biasa mama bw extra sbb takut korg kotorkan baju masa jalan. X sesuai la pulak nak bw mandi. At last, kita gi cari kedai baju kat pekan Kuala Pilah.

Nak dijadikan cite, masa otw ke pekan tu, ami dok belakang ngan mama. Jln berpusing2 masa keluar dari kampung tu. Ami muntah x renti2. Sian adik. Habis baju suar kotor. Sib baik abahnye car mat jenis getah. So, x le hangin sgt pakbob.

Sampai kat kedai baju Kuala Pilah, terus cari baju memurah utk sume org. Ami sambung lagi muntah kat longkang tepi kedai tu. Sian adik. Kita tukar baju kat kedai tu jugak hahahha...Abah je kata x nak tukar kat situ, nak tukar kat Ulu Bendul nnt.

Sampai kat Ulu Bendul, walaupun dah ptg sgt, ±3.30ptg org agak ramai la jugak. Ingatkan dah kurg..ok kita terus berjalan mencari port yg syok n x ramai sgt org kat kawasan tu. Nak cr privacy mmg x de la. Sume penuh. Sampai kat tepi sungai, mam bw abg dulu masuk air. Pastu ambik ami plak. Ami mula2 x nak, takut tp dah lama tgk abg sedap je layan berendam, barulah tergedik2 nak main air gak.

Penat la nak taip hehehehe kita layan gambar je la..betapa gembiranya kita ptg itu...

"Mama, ami terbang...''
"Ha?"

ngeeee.....suke...

Berani sungguh budak kecik ni memanjat2 sorg2 kat batu..ni gambar masa nak dekat balik. Ada family lain terus dtg kat port kita bila tgk kita dah bergerak nak balik..