kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, September 2, 2013

Mengigau vs. too motivated

Cerita yg sudah bbrp bulan berlalu. Mama rasa sebelum bulan puasa hari tu. Assessment progress utk Ami n  Abg. Mama yg free hr tersebut. So, mama la yg mengadap cikgu2 kelas awak berdua. Mula2 mama gi kelas ami. Lepas tu cikgu mula la buka file ami n cite itu n ini.


Antara yg mama note:
1. Ami pendiam dalam kelas
2. Pasif, bukan jenis ke depan atau laju2 nak angkat tangan untuk menjawab
3. Malu sangat bila diletakkan dalam group perempuan
4. Suara x kuat bila cikgu suruh sebut apa2 atau cikgu ambik attendance
5. Tulisan kurang kemas
6. Hanya berani jumpa cikgu bila kelas dah habis and kawan2 dah kurang dalam kelas. kes malu la ni..hmmm

Lps dah berbincang dgn cikgu, ambik info itu ini, i really not satisfied with your progress. Maka, bermulalah sesi 'motivasi' yang mencairkan taik telinga hahahaha...sapa suruh bg mama point. Setelah mama warning dgn mengatakan, lps ni, setiap hari mama akan tanya cikgu suara ami kuat ke x dalam kelas. Kalau cikgu kata x kuat, mama akan sarungkan baju kurung kat ami, gi sekolah. Ami mula la takut..siap ckp, esok ami ckp kuat2, mama.

Kenapa mama tak puashati dengan komen cikgu? sebab suara ami bagai gegak gempita bila main dpn umah..tu belum lg gaduh ngan adik. Ami selalunya participate bila main dgn sepupu n kawan2. Maknanya bkn la diam dan bersetuju shj dgn cara permainan diorg. Ada kala mama perasan ami suarakan apa yg x betul or ami mintak peluang utk bersuara. Malu tu memang mama kena kikis sikit2 dr sekarang. Malu biar bertempat.Ni kalau nak jawab soalan pun malu2, susah la cikgu nak 'nampak' ami.

Akibat dari sesi 'motivasi' tersebut:

Ami tido mcm gelisah kat bilik ami. Kejap2 kang ami bukak pintu bilik mama. Mama tanya kenapa? Ami cakap, nak tido ngan mama. Mama bagi je tido sebelah mama sebab kebetulan abah masa tu keje malam. Tgh2 sedap mama layan tido, tetiba ami jerit sambil duduk dan tangan tergapai2 ke atas:

"Cikgu, saya nak jawab cikgu...saya nak jawab!" Mama pun menyampuk..suka layan korg ni tgh ngigau..
"Ami nak jawab apa?"
"Saya nk jawab cikgu"

Pastu mama sengih n kejutkan ami. "Ami, ni tgh malam. Ami tido bilik mama. Dah, tido balik."

Tetiba jadi kesian plak..errr teruk sgt ke mama bg ceramah hahahahha...

Tp sejak hr tu, setiap hari lps masuk keta mama dari sekolah, terus ami akan ckp, mama, tadi ami cakap kuat2 dalam kelas. Cikgu puji ami. Dia cakap, good. Maka, mama bakar lagi semangat ami utk terus kekal prestasi n improve more from day to day. I am proud of u son...and also abg n gmie, too!

Will write about abg academic progress in next post...kot rajin:D

4 comments:

  1. hahhaha.malu2 dalam kelas is soooo not NAJMI...kalau baru kenal atau lama xjmpa mungkin dia malu..tp dgn girls malu..oh myyyyy gucci perangai sapa tu ami hehehe

    ReplyDelete
  2. abahnya ckp, dulu masa mula2 mama approach abah kat sony, abah tersipu2 malu ahahahaha...gedik..and i am so easy going person..cit verangan..so, mmg x la kan perangai mama bila berlainan jantina...

    ReplyDelete
  3. Mgkin dia vice versa kot haha

    Qasima sila la update lg blog ni..rindu

    ReplyDelete
  4. hehhehe mood blm mari...tunggu..gambar dh penuh hp ni...entah bila nk dikeluarkan

    ReplyDelete