Anak bujang kedua mama n abah ni dah mula sekolah di prasekolah dekat
dlm kawasan sekolah abang. Senang sikit mama hantar dan ambil dr
sekolah, berenti 1 tempat je. Mujur juga cikgu Penolong Kanan Pendidikan
Khas abg bagi ami tunggu di kawasan pintu keluar murid2 PK. Lagi la
mama lega drpd nak mencari2 ami di pintu utama sekolah. Sgt ramai murid2
ok dan jalan agak sesak di pintu masuk utama.
Utk
prasekolah, mama x perlu bekalkan makanan ataupun duit belanja. Semua
sekolah sediakan. Yang bestnya dari makan sampai la ke alat tulis. Beg
pun cikgu x bg beli sbb katanya nnt murid2 bergaduh/mengejek2/menunjuk2
(well, pada mama usia korg ni klu begitu sikapnya mmg suatu keadaan yg
normal. x pelik langsung hehehe). Ami dibekalkan 'beg file'. Semua
surat2, homework, kertas2 latihan ami akan dimasukkan dalam file tu.
Baru ni ami telah 'dihukum' cikgu.
Atas
alasan yg mama dgr dr sebelah pihak je. Mmg nampak mcm kena dptkan
pengesahan cikgu apa sbnrnya yg berlaku. Ada pro n kontranya berkenaan
hal itu:
1. Kalau report/bertanya, mama ni nampak cam
kecoh kan, sbb x luka besar mana pun. Cuma melecet je. Tp dalam hati
mama, panjangnya kuku cikgu sampai jadi mcm tu.
2. Kalau
report, mama risau layanan cikgu pada ami selepas kejadian 'mereport'
itu. Mungkin ami langsung tidak akan ditegur kalau buat silap, atau pun
cikgu langsung biarkan ami nak buat apa dlm kelas. Even x mo belajar,
lantar la..x bagus pulak mama rasa.
3. Kalau x
report, mama rasa x patut ami diperlakukan begitu. Walaupun bersalah tp u
are just 6yo. Baru nak kenal sekolah. Keadaan mcm tu mungkin blh
menyebabkan ami takut nak ke sekolah, JIKA kesalahan yg dibuat adalah
sgt kecil atau normal bg usia 6 thn.
4. Mama kenal anak
mama. Mama tau nakal ami yg bgmana. Kalau mama report, mama biasa dengar
cikgu mesti akan kata, anak2 dpn parents x sama perangai bila di
sekolah. X kan jauh tu nakal ami sbb cikgu taska PASTI ami pernah puji
ami, ami murid yg baik di sekolah. Dgr kata, ikut arahan n jenis x
bising dlm kelas. Waktu rehat je br dgr suara memekik2..Bukan sorg yg
puji. Tp 2-3 org yg kata begitu....tetiba masuk prasekolah ami jadi
ganas? pelik eh...
Ami bgtau mama kawan ami sorg lg
pun kena cubit jugak. So, dia berdua yg kena. Bila mama tanya Ami buat
apa? Ami ckp, ami salah jawab. Erk? Begitu besar hukumannya cikgu sbb
anak saya siap kata pedih bila mandi n kena sabun.Kalau salah jawab tp
suruh berdiri sampai abis kelas, mama blh terima. Tapi klu cubit sampai
ami kata esoknya x mo gi sekolah sbb takut cikgu, pada mama hukuman tu x
relevan langsung.
Mama rasa, dulu pun mama nakal
gak kat sekolah. Pernah jugak kena denda n rotan. Tp seingat mama blm
sampai melukakan atau mencederakan. But, anyhow mama still nasihatkan
ami:
1. Jgn main2 dalam kelas.
2. dgr apa cikgu ajar kat depan
3. Wajib hormat cikgu wpun dia hukum begitu.
Pada
mama, guru wajib dihormati sbb kita mahukan keberkatan ilmu dia
mengajar kita. Kalau kita belajar tp dok marah dgn cikgu, kutuk2 dia,
ilmu tu x kan berkat pada mama. Bila x berkat mungkin jadi susah nak
faham, x blh nak ingat, kan.
So, kalau ami baca tulisan
mama ni bila dah besar nnt, jgn marah mama sbb x report kat guru besar
atau tanya terus cikgu ami ok. Pada mama, this situation is still a
minor case. Kalau tiap2 hari kena, br mama akan ber4 mata dgn cikgu tu.
Ok, belajar rajin2. Jadi anak yg bijak dan soleh ye Adam Najmi..luv u lots...
No comments:
Post a Comment