kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, October 17, 2011

Nilai seposen

Kadang-kadang hendak mengajar or mendisplinkan anak2 mmg perlu beri ganjaran bila apa yg kita harapkan dia berjaya buat. Ganjaran x semestinya wang ringgit..coklat pun boleh, aiskrim pun boleh, buku2, pensil...menurut pakar kanak2 di HUKM. Skrg ni mama tgh mencari2 idea untuk mendisplinkan abg supaya tidak memukul/menendang org tidak semena2. Mama mulakan dgn yg mudah sekali.. Ini dialog mama 1 pagi masa mama & abg berjalan ke sekolah dari office mama..

"Kalau abg buat baik hari ni, x pukul org, x sepak orang, mama bagi seposen. Okey?Boleh ke?"
.
.
.
Abg dgn confidentnya menjawab,
"BOLEH!"
.
.
.
"Ok, jgn pukul2 org, kawan elok2. X mo sepak2 org x tentu pasal...ye?"
.
.
.
"BOLEH"
.
.
.
Mama ulang lagi cakap pasal duit seposen dan minta abg sambung ayat mama,
.
.
.
"Kalau abg baik hari ni, x pukul org, x sepak org, mama bg berapa...."
.
.
.
"DUA INGGIT!"
.
.
.
...dalam hati mama, wah dah pandai up kan harga ye...hahahha

Wednesday, October 5, 2011

Mengapa wanita sering menangis

Disebabkan anak2 mama semuanya lelaki, mama nak share benda ni..supaya anak2 mama lebih menghargai n memahami jiwa wanita...(auuuwww x sesuwai dibaca utk mereka yg di bawah umur hahahha) - copy paste dari FB

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”


Tidak kira la anak mama yg pertama ke, kedua ke, ketiga ke...mama x pernah nak beza-bezakan..Semuanya sama dan semuanya mama sayang. My life is empty without all of you around me T_T. Sayang sangat2 muahhhss