kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, March 30, 2011

Ami punya perangai

Ini yang diceritakan abah. Mama suka nak post kat sini supaya ami tau betapa ' baik'nya awak masa kecik2 dulu.

Kejadian ni berlaku dlm 2 minggu lepas, hari bekerja. Kebetulan abah kata nak hantar ami ke rumah ibu. So, mama terus je la bawa abg ke sekolah. X singgah umah ibu la maknanya. Hmm lega sikit. Kalau x, penat nak kena turun keta beli kuih lg (setiap hari ami mesti nak donut:( ), turunkan ami lg...

Abah kebetulan menyambung tido. Posisi tido - melapik kepala dgn tangan. Ami kebetulan dah terjaga. Dia golek2 jap, pastu bangun pusing2 bilik cr abg n mama. Lepas tgk semuanya sepi, ami datang balik kat abah. Nak 'menepek' kat tepi abah le..apa lagi. Kemudian, ami nak baring kat lengan abah yang terlipat tgnnya di bawah kepala. X lama lepas tu ami bgn balik. Abah x buka mata lagi. Ami senyap2, gi ambik deodorant, bukak n roll kat ketiak abah...apa lagi, terkejut la org tua tu hahahahha...

Anak perli baik punya......

Monday, March 28, 2011

Mengajar anak dwi- bahasa

Kali ini mama terajin lak nak buat entry pasal ni. Kebetulan mama dapat info ni masa tengah tunggu abang selesai terapi di unit rehabit. Majalah apa tah yg mama baca. X ingat plak sbb main capai n tukar2 majalah yang ada kat rak di situ. Tp yang mama ingat majalah tu tahun 2008. Lama giles.

Sebenarnya mama bkn nak bgtau perkara ini yg mama dan abah apply. Cuma berkongsi dgn parents, kot la terjebak mengikuti blog korang ni hikhikhik, sekiranya mencari info kaedah pengajaran dwi-bahasa di rumah.

Ada 2 kaedah pengajaran dwi bahasa:

1. OPOL (One Parent One Language)
- Setiap ibu atau bapa hanya menggunakan 1 bahasa yang sama sahaja apabila berinteraksi dgn anak2. Contohnya, ibu berbahasa mandarin dan bapa berbahasa Inggeris. Ibu hanya menggunakan bahasa mandarin sahaja apabila bertutur dgn anak2. Begitu juga sebalik dgn bapa. Jadi, kanak-kanak dapat membezakan mana 1 bahasa mandarin (contohnya) dan mana 1 bahasa Inggeris.

2. OSOL (One Situation One Language)
- Ini boleh diamalkan bagi ibu bapa yang mahir 2 bahasa yang sama . Contohnya, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Bahasa yang berbeza ini boleh dipraktikkan contohnya, sewaktu di meja makan sahaja mesti bertutur dalam bahasa Inggeris. Ataupun, sewaktu di dalam kereta sahaja mesti bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi, ini memudahkan anak2 membezakan 2 jenis bahasa tersebut.

Pernah juga masa mama sekolah rendah, kawan mama bgtau yg parents nye mewujudkan 'every wednesday is a english day' or ODOL (One Day One Language maybe hehehe). So, mmg hari Rabu tu diorg akan frung frang ckp homputeh. Mama yg 'sengal' masa tu dok terkebil2 la dgr diorg bertutur dlm bahasa inggeris. Yup, itu keluarga profesor di UPM. Mana lah dia skrg ek...

Apa yg berlaku dlm keluarga kita, mama n abah main taram je introduce english word (or sentence) kat korg. Apa yg terhasil, kecelaruan bahasa hahahhaa..
Contoh baru-baru ini:

Situasi 1
"Tengok kapal terbang kat atas tu bang"
"Mama tu bukan kapal terbang, tu aeroplane"

Situasi 2
"Mama buat apa?"
"Mama peel kulit pisang"
"Mama peel kulit banana, kan bukan kopek-kopek?"

Situasi 3
"Ami, what are u doing?"
"Baring-baring je.."

Situasi 4
"Mama buat apa?"
"Mama cut fish"
"Siannnnnnnnnnnnnnnnnnn dia" (hahahahha ni bkn contoh. Sesat)

Ok, sekian..

Wednesday, March 23, 2011

Ami dan latihan tandas

Cam buruk je tajuk tu di bahasa melayukan..hehehe..ok lama x update pasal coming-to-be abg ngah ni. Sebenarnya training ni secara x langsung dibuat. Ami sememangnya tidaklah 'bermasalah' seperti abg. Jadi, semua pilihan ditangan ami..wah! X semua ok. Ada setengah tu we need to decide for you ami.

Kebetulan mama dah stop terus abg dgn diapers, so ami pun terus x nak jugak pakai diapers. Alasan dia, Ami dah besa la! Dah nak sekolah!. Ami start diaper-less siang hari masa umur 2 1/2 thn lagi. Tapi mlm mama x sempat ajar. Since abg start training diaper-less awal tahun hari tu, ami pun start sama. Cuma beza bbrp hari je dari abg. Mula2 ajar mmg kesian, ami siap ckp ami ngantuk, sambil merengek2 masa nak dibawa ke tandas. X lama pun mama ajar ami. Kurang dari seminggu. Lepas tu mama test utk tidak kejutkan ami tgh mlm. Alhamdulillah ami bgn sendiri cari toilet untuk buang air kecil. Bila dah settle ami akan jerit panggil mama/abah.

Lampu toilet yang terpasang dlm bilik yg gelap

Abg masih terlepas lg. Well, we understand your situation. So, kami bg peluang lg pada dia. Hopefully, sblm habis tahun ni abg berjaya dgn misinya. Tp klu kita tido kat hotel atau selain dari rumah kita, mama terpaksa spare diapers sbb takut korang terlepas atas katil. Contohnya, klu dah mandi pool, mmg korg akan tido sampai x sedar 'berenang' atas katil.

Sebelum tido, ami akan cakap, "Mama jgn tutup lampu bilik air ye". Mama and abah pun mmg x akan off kan lampu tu sbb senang ami nak cari toilet tgh2 malam sorang2. Pintu bilik air dirapatkan. So, bila ami tolak pintu, mama akan sedar ami nak buang air. Dan, yg paling 'bestnye', bila dah siap basuh semua, ami akan berlakon x larat nak gi bilik ami. Mula la buat2 merengek utk menyelit tido ngan mama n abah..sempit tau...hmmm belakon kuat!ahahhaha..luv u dear son:D
Control comel la konon....