kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Sunday, October 24, 2010

Sedihnya mama....T_T

Hari ini br dpt menggagahkan diri menulis entry ini..

Jumaat lepas, 22 Oktober 2010, air mata mama gugur lagi mengenangkan nasib abg. Ini semua gara2 keputusan guru kelas abg yg tidak mahu menerima abg utk sesi hadapan. Betapa jauhnya beza abg di mata cikgu. Mama seakan tidak boleh menerima sorg guru yg berlatar belakang pendidikan perkembangan kanak2, boleh menganggap abg tidak layak meneruskan persekolahan di situ.

Geram pun ada, marah pun ada, sakit hati pun ada. Sebelum tu, mama ada menghubungi cikgu utk maklumkan abg cuti sbb demam. Cikgu sempat komplen mcm2 perangai abg. Sehingga la cikgu menyuarakan yg abg perlu ke sekolah khas. Timbul soalan2 tersebut di kepala mama,

1. Salah doktor pakar ke kerana tidak membuat keputusan pemeriksaan seperti kata cikgu abg? Pakar yg kata abg x perlu ke sekolah khas. Cuma ke sekolah2 biasa yg ada menyediakan integrated program. Kenapa cikgu tetap juga ckp camtu?

2. Knp Abg yg baru berusia 5 thn tidak diberi peluang untuk berada di kalangan mereka yg nomal? Sebab kelemahan pertuturan abg ke, sebab kelemahan motor halus dan kasar ke...

3. Perlu ke mama paksa doktor pakar utk keluarkan surat OKU utk abg sedangkan kesemua result bg ujian yg dibuat adalah negatif utk mengatakan abg tergolong dlm OKU.

4. Cikgu abg lagi pakar dari doktor2 pakar kat luar sana ke?

Mama sedih sbb org x paham perasaan mama sbg ibu yg melahirkan abg kat dunia tu. Mereka mcm memandang mama & abah ambil sambil lewa ttg hal abg. Perlu ke mama ceritakan pada semua org apa yg mama usahakan. Dari blog2 org biasa sampai ke Jab. Pendidikan Selangor mama survey ttg persekolahan/kaedah terapi termasuk hydro therapy/bantuan sampingan utk abg. Semua kaedah pemulihan/parenting mama cuba belajar n praktikkan untuk improve abg. The way she talk to me like am do nothing for you abg! Should i respect her as your teacher? Just because she is not in my shoe, then she can simply say and complain everything about you. Does all ur friends especially boys are good, like an angel in a class? Then who did all the cuts, scratches, bruises and many thing that i found at your body when i bath you after class? Girls?

Now, abah n mama are looking for a new school to enroll you for next year. Maklang is always my supporter. Always advice me in many things & understand what i feel. Yes, she also have a child development knowledge degree from UPM. (Same as your teacher!) She also suggest me to send you to her 3 times/wk to learn with e-xtra program. I refuse to this as i also apply the same method when i teach you. And Maklang last word, there is no school that will refuse to accept you as long as we willing to pay more.

Hari akhir abg bersekolah sepatutnya pada 16 November 2010. Tp mama dah x de hati nak hantar abg ke sekolah lg sbb klu dah begitu pandangan cikgu, lebih baik x yah pegi dah. Mungkin final assessment abg pada 4/11/2010 adalah hari terakhir abg jejak kaki kat situ..sedihnya mama sbb abg selalu sebut2 nama kawan2 abg kat situ tp cikgu dah x nak terima abg lagi utk teruskan persekolahan sesi akan dtg, mama nak buat cemana.

14 comments:

  1. itu ke reason ckgu kt skool tu??xpatut..ckgu tu hnya pentingkn dri.x pk prsaan org len.hya tahu mngeluh n mknn gaji bute.gerammnyaa!!

    ReplyDelete
  2. cikgu hapa tu. sungguh negatif. ramai jadi cikgu sbb nak gaji cikgu je, cikgu tak spatutnya mengalah, berputus asa mendidik dan mengajar. apa lagi nak memandai lebih dari doktor pakar. cikgu hampas. cikgu tu ada fb tak?

    ReplyDelete
  3. x tau nak ckp apa..tp yg peliknya PERMATA ada program dgn UPM lak. Blh agak la fakulti tempat sekolah abg ni mmg terlibat sepenuhnya. X paham gak matlamat PERMATA tu sampai ke dkt staf2 yg kat taska2 ni sume. X semua org yg berilmu tu ikhlas memberi atau berkongsi ilmu dia, kan. Pada akak semua cikgu kena paham niat dan peranan dia sebagai guru. Bkn sekadar utk mendpt gaji shj. Oooo cikgu tu ada FB acc. pernah ternampak kat skrin komputer dia masa kitorg ada perjumpaan bln 3 dulu. Argghhh give-up la dgn cikgu camtu..

    ReplyDelete
  4. banyakkan bersabar kak. org xkan faham bila dia x berada di tempat kita. doa org teraniaya sentiasa termakbul.

    semoga abg akan dpt cikgu yg lebih baik dr yg kononnye baik & terbaik tu. [cis!]

    ReplyDelete
  5. tks fiza. x leh nak komen byk2 ni..mesti nak meleleh air mata..sensitif melampau2 plak bila sentuh hal anak yg sorg ni. Insya-Allah, maybe private school utk org 'kaya' mcm kami ni je yg blh paham keadaan abg kimi.

    ReplyDelete
  6. eish..sabar kak shima.geram je nak SAMAN..org atasan pun buat buta tuli gak ke.kalau saya 'kaya' dh lama sy pasang cctv kt bdn abg tgok sape yg buli sape dlu kt skolah tuh.Abg dulu tak mcm tu pun,kecuali kalau dia kena,baru dia buat kat org lain.Ntah2 ckgu tuh pon join buli abg..Nauzubillah.Doa yg terbaik buat Kimi.Amin.amin dan aminnnn...

    ReplyDelete
  7. x sure plak kot ada yg dewasa join buli dia. sbb x nampak. kang dosa plak menuduh org kan. x pe la. Kami cuba terima hakikat ini. Akak pernah explain kat cikgu tu, dia xkan pukul klu org tu x start dulu. Klu dia x dpt balas masa tu, dia jenis simpan dan akan cr peluang balas balik. Maybe masa tu cikgu dia nampak mcm dia yg mulakan.

    ReplyDelete
  8. agaknyer cikgu tu tak llus kot ms belajo itu ari ...hampeh...ganyang jer..nantila sok..satu ari nanti dia akan ada anak gak..tau la dia...sabor yer makngah...eeeeIIi.. tak leh tol...rasa nak sembur jew cikgu tuh...

    ReplyDelete
  9. maklong nak sembur dgn apa? sheltox ke fumakila hehehe...x pe la k.long, dunia ni bulat mcm roda..tu je sy blh ckp.

    ReplyDelete
  10. sembur jer apa yg patut!! CIKGU APA NTAH!!...sedey tau..hukhuk..nak nangis pong ader...

    ReplyDelete
  11. alalalala jgn la nanges..sy dah ok dah pun..menerima shj takdir-Nya. Ada hikmah, insya-Allah, di kemudian hari pada kimi. Mungkin dosa kami byk sgt kot. Tu sbb kami diuji begini. Marah sy x lama (kot). Sbb sy x dpt apa pun klu terus-menerus menghukum cikgu tu. Dah dia x nak, kita blah je la. Byk lagi tempat lain yg blh tlg. Sgt mengharap semua ahli keluarga doakan masa depan yang cemerlang utk kimi. Okes..jgn sedih2 lg...nnt sy laaaaagiiiiiiiiiii sedih:D

    ReplyDelete
  12. mak lang bru buka....:D.actually ada activity lain yg blh acik buat utk kimi bg improve fine motor dia. antaranya tau tak cemana nak buat sambung dotted line?buatkan garisan lurus/bengkang bengkok/waves/separuh bulatan dengan mengunakan dotted line. minta dia sambungkan dot tadi.pas tu baru suruh dia ulang buat benda yang sama tanpa ada dot pula.senangnya guna buku latihan matematik sebab ia berkotak.lagi satu ajar dia buat objek2 menggunakan plastisin eg buat ular, kek,cawan etc.mak lang dulu student Pembangunan Manusia.ambik banyak kursus elektif berkait dengan perkembangan kanak-kanak.ada satu yg mak lang sangat ingat pesanan lecturer mak lang - Dr.Putri Zabariah.Dia kt nak membantu perkembangan minda kanak-kanak, guna aje apa yg ada di dalam rumah eg bila nak menghidang makanan, minta anak ambil eg 5 sudu.jadi dia blj belajar mengira. begitu juga kalau rumah ada tangga, bila naik dan turun tangga, ajar le anak kira anak tangga tu.setakat itu dulu, nx time blh le mak lang nyebuk lagi....:D

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum akak,
    saya ni cikgu..dan pernah ada anak didik yg autisme satu kelas dgn murid biasa.. tapi tak pernah jd soal pd kami kt sklh tu. kami layan dan didik dia seadanya ikut kemampuan dia.. cikgu yg tak faham anak akak tu mmg tak patut, saya pun sakit hati baca :(
    bersyukur sebab Allah bagi akak pahala extra dgn dugaan dan ujian dariNya...
    wassalam

    ReplyDelete
  14. mak lang : tq. Sedang beruasaha sedikit demi sedikit dgn panduan dan rujukan yg ada dr org lain. Doakan kimi normal seperti kanak2 lain.

    Cikgu Shadiyn.kae : wsalam cikgu. Terima kasih kerana sudi singgah di blog sy. Mmg senang klu kita dah tau masalah sebenar kanak2 tu mcm hyper-active ke, autism ke..tp anak kami tidak di diagnose kan apa2 sindrom. Itu yang menjadi masalah bila perkembangan dia agak lewat berbanding rakan2 seusianya dan 'pakar2' tambahan ni yg membuat kesimpulan berkenaan mereka tanpa melihat laporan MRI, ujian pendengaran, Schedule of Growth Skills Chart dan mcm2 test yg anak kami lalui. Bercakap melalui pengalaman bukan sebab kepakaran kadang-kala boleh menimbulkan kesangsian kita pada profesion org yg meletakkan hukum itu. INsya-Allah, kami akan terus bersabar utk melihat anak kami normal seperti kanak2 lain. Doakan juga anak kami berjaya dunia dan akhirat. TQ.

    ReplyDelete