Ok kita mula cerita dgn appointment di HUKM 4 Mac 2010 -
Unit Opthamologi (Ujian mata)
- Pakar Psikologi Kanak-kanak HUKM rujuk abg bahagian ni sbb suspect abg ada masalah mata. Sbb masa hari appointment awal tahun hari tu abg x leh kenal kaler apa, kosentrasi yg masih kurg dll.
- Result : Doktor bhgn mata kata semua saraf mata abg ok n normal. Alhamdulillah. Abg main2 sementara tunggu dipanggil.
Klinik Pediatrik (Ujian Schedule of Growth Skills)
- Selesai ujian mata, kita ke klinik ni pula. Antara ujian yang abg kena buat - susun bongkah (sama mcm cikgu ayu@Hosp.Serdang buat), susun pin atas board berlubang2, puzzle berbentuk (bukan bergambar cam biasa tu), pointing (tunjuk guna telunjuk pada anggota badan patung), penulisan (garis lurus dan bulatan), bercerita dari gambar2, melontar bola, turun naik tangga, melompat dll.
- Result : Ujian dibuat ikut usia abg 4 thn 10 bln. Speech dah hampir reach 4 yrs old kids. Lambat la jugak. Fine motor dan kosentrasi spt usia 3 thn. Gross motor spt hampir usia 4 thn juga. Lagi x ingat la. Sbb byk sgt istilah2 medical yg mama x leh nak recall hehehe..Summary yg dia bg, kena tumpu pada fine motor dan gross motor. Speech pun kena teruskan jugak sbb nampak dah makin bertambah n confident.
Hospital Serdang - 10 dan 11 Mac 2010
Speech Unit
- Pakar bising lagi sbb air liur abg masih drooling. So dia stictly x bg abg guna susu botol lagi sbb akan melemahkan lagi otot n saraf dlm mulut abg. Tu sbb x respon bila air liur dah penuh kat bibir depan n melelh keluar. Haduii..balik umah mama tunjuk kat abg yg mama dah buang botl susu. Kena minum guna cawan je. Aktiviti menggosok gusi dgn cotton bud kena diteruskan semula. Pakar bg 2 bln utk tgk result.Kolam bola
Bilik lampu2 - Adik Ami ikut gak untuk memberi sokongan moral kepada abg hehehe poyo. Bilik ni gelap sebenarnya. Cahaya hanya dari lampu2 pada juraian wire berlampu dan lampu bulat pusing2 cam kat pub tu
Nota : Abaikan sahaja gambar yg bergoyang itu:D
Jab. Rehalibitasi
- Cikgu ayu bw bilik lampu2. Tanya kaler2. Sume abg blh jawab dah:D. pastu susun bongkah atas slot kayu lubang2. Blh buat tp masih lambat. Kemudian abg dibw ke bilik exercise - Mama x masuk so x tau apa yg diajar. Bila tanya abg, abg ckp main buai, main bola..Selesai di bilik tu, masuk pula di bilik 'Kolam Bola'. Mcm biasa disuruh menyebut warna2 bola. Kemudian ada 1 bilik lain - untuk menulis, melakar, membaca ABC dan 123.
Result : Cikgu Ayu kata abg punya progress sgt bagus especially ttg warna dan bentuk. Dah blh cam semua dan jawab. Cikgu komen abg yg byk ckp masa sesi dgn dia. Dia kata nampak abg confident utk menyebut walaupun ada kalanya x betul. ABC dan 123 dan blh cam cuma nombor masih menghafal bkn mengenal. Kena latih lagi.
Fuhhh letih minggu ni. Nx week abg akan ke HUKM pulak utk result dari Pakar Psikologi Kanak-Kanak.
No comments:
Post a Comment