Sebenarnya start dr Jumaat lepas, kita (exclude abah) tido umah mak ngah. Gara2 biz kami mendapat tempahan sulung. So umah makngah la jadi mangsa rumah operasi. Malam tu mama n makngah mengadap coklat sampai kol 4 pg sbb customer nak esoknya kol 4pm. Letihnya. Abang n Adik x leh tido pun. Maybe sbb tempat tido lain n umah makngah agak panas. Ami tido x pakai baju pun. Abg pun kerimasan nak tido. Kesiannya tp mama terpaksa. Sori ye. Sabtu kita balik umah n Ahad abah baru balik umah. Wah lamanya x jumpa.
Petang smlm abang dah start tunjukkan tanda2 akan demam. Kononnya nak bawa gi klinik. Tp klinik yg biasanya dan ubat2nya yg serasi ngan korg, tutup plak hr tu. So mama kata x pe la, mama bawa pg Isnin ke PKU.
Malam tadi demam abg kuat. Abah keje shift mlm. Mama lap badan abg sebelum tido n standby ubat masuk buntut n ubat syrup dlm bilik .In case abg demam kuat tgh2 malam. Bila abg demam camni la biasanya mama x berapa tido lena sbb takut abg demam kuat n mama x perasan. Tgh mlm, kol 12++ abg mengerang. Mama terkejut terus sbb biasanya klu demam abg kuat abg mmg akan mengerang. Mama rasa kepala abg, panasnya! Terus mama bangun, lap2 kepala abg, badan2 sume. Mama kejut abg untuk masukkan ubat ikut buntut, kemudian bg abg minum air kosong byk2. Pastu abg nak tido tp x leh. Menggigil. Abg kata sejuk, suruh mama peluk abg. Sampai kol 5 pg pun abg x lena sgt. Mengerang2 n terus suh mama tepuk sepanjang mlm. Kadang2 mama terlelap jugak sbb x larat nak bersengkang mata. Pg tadi kol 7 mama bg ubat demam yg syrup plak sbb demam abg x kebah2 lg. Mama call makcu mintak tolong temankan mama bw abg n adik ke PKU. Abg demam siap sesema n batuk. Ami batuk sesema aje. Sib baik makcu nak tolong temankan. Klu x, susah jugak mam sorg2 nak bw korg gi PKU.
Lepas dpt ubat sorg sebungkus, kita pun balik n mama hantar korg umah ibu. Siap bekal nasi lemak kosong lg. Mama bgtau ibu hr ni abg x yah gi sekolah sbb demam. Esok klu dah ok, br gi sekolah. Harap2 la abg n ami dah sihat petang karang.
Dan, sekarang ni mama sgt mengantuk di opis....zzzzz
No comments:
Post a Comment