kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, February 24, 2010

Musim2 panas di Serdang ...

Panasnya la skrg. Semua org x tahan dok umah. Kita nak merayau pun pilih waktu malam je sbb sejuk. Klu keluar siang pun, abah prefere bw gi hypermarket/shopping mall gitu. Pastu mesti beli sebekas aiskrim. Mama yg tgh batuk sesema ni layan jugak aiskrim tu hehehehe..

Sila lihat tgn siapa yg menguasai mangkuk eskrem itu..huh!

Together with abg kimi fav food. tp disbbkan mama masak lg best dr kat food court tu huahuahua, abg x abiskan pun. Semua org rasa x sedap. Last sekali, buang je.

Malam pulak kita merayap ke Dataran Putrajaya..Gambar x berapa cantik...aisey..

Penat suruh abg dok diam jap..

walaupun gambar ni blur, mama tetap suka tgk ami senyum

Abg ajar ami buat 'Peace'...hahahha konon

OK...sekian. Nanti kita cite lain plak.

Monday, February 22, 2010

Progress Hakimi

Lamanya x update dgn sesi terapi abg. Ok. semalam kita dah settle appointment dgn Jab. rehabilitasi. Dah byk kali pun sbnrnya. Lbh kurg selang 2 minggu abg kena gi. Perkembangan yg positif, cikgu Ayu kata (Pelatih tetap abag kat Jab. tu) Hari ni abg gi ngan abah plak jumpa Paed. Summary utk progress abg:
  1. Dah blh kenal alphabet - 20 out of 26 abg blh jwb dgn betul
  2. Dah kenal warna tp masih sebut persamaan warna tu dgn benda.
    Contohnya: mama ajar, kuning mcm lemon. So, abg akan ckp, keta ami mcm kaler lemon. U didnt mention the color but you can give the similar thing to that color. Doktor kat Paed Unit kata, acceptable :D
  3. Susun bongkah masih x leh buat tinggi. Maknanya fine motor dan concentration abg masih lemah. Cikgu Ayu will concentrate more on this.
  4. Masih suka ketuk2 barang. Cikgu Ayu susruh larang selagi boleh sbb takut mencederakan. Tp habit ni dia kata akan hilang bila dia makin membesar.
  5. Kayuh basikal dah makin laju.
  6. Bersosial dgn kawan2/org ramai pun makin bagus. Mmg abg senang berkawan pun. So this reason is far away from autism syndrom. Alhamdulillah. Budak autism diorg suka isolate diri.
  7. Vocab dah makin bertambah. Cuma nak membentuk ayat yg panjang blm blh lagi.
  8. Paed buat ujian fizikal abg. Result semuanya normal.
Mama n Abah sgt2 gembira n bersyukur dgn progress abg. Insya-Allah dgn sokongan semua org, termasuk Cikgu Nira (Cikgu Preskul abg), abg akan improve dan normal seperti kanak2 lain. I know your capability and believe in faith!

Sunday, February 21, 2010

Ami n toilet training

Skrg ami dah 2 thn 4 bln. Mama baru tergerak hati nak buat toilet training kat ami. Itu pun lepas achu bebel tanya apasal x ajar2 lagi. Wiken mama sgt full lately. Byk plak org order mcm2 bulan ni. Penat gak la tp rezekikan, so mama layan gak la. Mama hanya berpeluang ajar ami setiap sabtu n ahad n public holiday je. Weekdays sgt x sempat ok.

Ami x de keje, tampal tag harga kat kepala pastu sengih suruh mama ambik gambar..geram betul:D

First wiken mama ajar ami x yah pakai diapers, buang air kat tandas. Setiap 30 minit mama tanya ami nak buang air kecil x. Setiap kali tu, ami akan angguk. So, mama suruh bukak seluar. Masuk tandas ami cangkung tp x kuar apa2 pun. Ami ckp, x de pun mama! hahahaha kelakar plak. Pastu mama kata ok, x pe. Nnt karang cuba lagi. Sampai la ke waktu tido tghr, ami x kencing2 gak. Pastu mama pakaikan diapers sblm tido. Blm pun mata ami pejam, mama tgk diapers dah penuh ngan air kencing. ekeleh...mamat ni. X reti lagi kot.

With his fav food - Mee goreng basah

2nd week, Ami cuba lagi. Sama gak. 30 minit pertama x de pape keluar sehingga la percubaan kali ke-3 baru la ami kencing. Masa tu mama x masuk bilik air pun. Tunggu kat luar. Malu kot anak bujang ku ini hahaha. Elok plak terkencing bila mma x temankan. Ami siap jerit lagi, Mama ami kencing! Amboi seronok la tu dah tau cemana nak kencing. Petangnya pulak, ami bgtau mama, Mama nak be***. Oppsss kena cepat lari gi tandas..Sampai kat tandas ami cangkung n kuar la 'benda' itu..Wah misi berjaya. Ok kita akan sambung sehingga seterusnya ami x perlu pakai diapers. Gambar nnt mama ada masa mama upload ye.

Thursday, February 18, 2010

Entry mencurah rasa...arghhhh!

Mama dah makin x faham dgn perangai abang. Ada masa abg ok, ada masa abg x ok. Yg mama lagi x paham tu, cikgu Nira kata abg baik kat sekolah. Dengar kata, blh ikut arahan dgn baik. Kat mana silap mama mengasuh abg di rumah. Dr skill yg selembut gile sampai la ke tahap rimau mama terpaksa pakai kat umah. What is still lack in my kids naturing n development knowledge!

Semalam mama x kisah pun abg main kat luar rumah. Dari kita sampai hingga la pukul 7.00 mlm. Tp bila dah kol 7 .10 abg still buat x reti n x de tunjuk tanda2 nak masuk rumah, mama panggil la abg suruh masuk. Tp abg terus jugak main kat luar n buat x reti. Sudahnya mama dah geram, mama tutup pintu n ajak ami masuk mandi. Lepas mandikan adik, mama n adik naik ke bilik. Atuk bukakkan pintu lepas abg terjerit2 suruh bukak.

Atuk suruh abg mandi. Abg dok mengada2 lagi ngan atuk sampai atuk bukakkan baju, suruh ke bilik air. Abg mandi sendiri tp x lama lps tu atuk dtg, sabunkan badan kot. X lama lepas tu abg naik and mama pakaikan baju sume. Lps maghrib, kita makan. I STILL FEED YOU, BABY! Habis makan mcm biasa patutnya sesi pembelajaran dgn mama. Mama ajak naik tp abg buat x reti n buat2 x dgr. Mama dah malas n mengantuk dgn badan yg x sihat, tutup lampu bilik n terus tido dgn ami.

Kol 9.30 abg naik. Suruh mama ajar baca buku. Kepala mama dah berdenyut gile. X larat nak bgn mama biarkan abg main sorg2. Abah balik lepas tu..langsung mama x tau apa jadi. Mama terjaga lagi 5 minit ke pukul 11 mlm. Mama tgk abg x tido lg. Entah apa la aktiviti. Abah plak diam je tgk tv. X de dialog. Mama suruh abg tido sbb dah lewat.

Pg ni dlm kereta abg muntah plak. Mula2 sikit, mama suruh keluar dari kereta sementara mama mengangkut masuk ke kereta, beg2 ke rumah ibu, baju sekolah abg, selipar abg n ami. Mcm biasa gak, abg buat x reti je dgn arahan mama. Sebaik saja mama bawa turun bw baju (sbb mlm tadi abg tido x pakai baju), muntah abg melambak2 dlm kereta...arghhhhh tensen...knp x ikut arahan. Mama terpaksa naik balik utk ambik sepasang baju plak.

Lepas mama tukarkan baju sume, abg masuk keta balik. Bergaduh plak dgn ami. Berebut tempat yg mmg ami duduk. Apasal suka 'tunjuk perasaan' dgn mama. Bukannya mama x bagi perhatian pun pd abg. Sebyk mungkin masa mama akan cuba agih utk abg, dgn kerja2 rumah lagi, ami lagi. I do everything alone, you know!!!! It is not only you i have to take care..Sometime i need 'someone' to understand me. I am tired with all the mess! SUCK..........BLURR...n.....SICK!

Sunday, February 7, 2010

Wiken baru ni...

Sebenarnya start dr Jumaat lepas, kita (exclude abah) tido umah mak ngah. Gara2 biz kami mendapat tempahan sulung. So umah makngah la jadi mangsa rumah operasi. Malam tu mama n makngah mengadap coklat sampai kol 4 pg sbb customer nak esoknya kol 4pm. Letihnya. Abang n Adik x leh tido pun. Maybe sbb tempat tido lain n umah makngah agak panas. Ami tido x pakai baju pun. Abg pun kerimasan nak tido. Kesiannya tp mama terpaksa. Sori ye. Sabtu kita balik umah n Ahad abah baru balik umah. Wah lamanya x jumpa.

Petang smlm abang dah start tunjukkan tanda2 akan demam. Kononnya nak bawa gi klinik. Tp klinik yg biasanya dan ubat2nya yg serasi ngan korg, tutup plak hr tu. So mama kata x pe la, mama bawa pg Isnin ke PKU.

Malam tadi demam abg kuat. Abah keje shift mlm. Mama lap badan abg sebelum tido n standby ubat masuk buntut n ubat syrup dlm bilik .In case abg demam kuat tgh2 malam. Bila abg demam camni la biasanya mama x berapa tido lena sbb takut abg demam kuat n mama x perasan. Tgh mlm, kol 12++ abg mengerang. Mama terkejut terus sbb biasanya klu demam abg kuat abg mmg akan mengerang. Mama rasa kepala abg, panasnya! Terus mama bangun, lap2 kepala abg, badan2 sume. Mama kejut abg untuk masukkan ubat ikut buntut, kemudian bg abg minum air kosong byk2. Pastu abg nak tido tp x leh. Menggigil. Abg kata sejuk, suruh mama peluk abg. Sampai kol 5 pg pun abg x lena sgt. Mengerang2 n terus suh mama tepuk sepanjang mlm. Kadang2 mama terlelap jugak sbb x larat nak bersengkang mata. Pg tadi kol 7 mama bg ubat demam yg syrup plak sbb demam abg x kebah2 lg. Mama call makcu mintak tolong temankan mama bw abg n adik ke PKU. Abg demam siap sesema n batuk. Ami batuk sesema aje. Sib baik makcu nak tolong temankan. Klu x, susah jugak mam sorg2 nak bw korg gi PKU.

Lepas dpt ubat sorg sebungkus, kita pun balik n mama hantar korg umah ibu. Siap bekal nasi lemak kosong lg. Mama bgtau ibu hr ni abg x yah gi sekolah sbb demam. Esok klu dah ok, br gi sekolah. Harap2 la abg n ami dah sihat petang karang.

Dan, sekarang ni mama sgt mengantuk di opis....zzzzz

Tuesday, February 2, 2010

Adams@ Pusat Ekuin UPM (UPM Equine Centre)

Ahad lepas abah keje pagi. Macam biasa mama akan ligat mencari idea untuk mengisi masa lapang dgn permata hati mama. Dah janji ngan auntie cat utk bw korg gi stable, memanjakan kuda2 di situ. Auntie cat dah jadi member kat situ. Mama cam x berani lagi nak naik kuda. Punya la besar n tinggi makhluk bernama kuda2 itu. Kot pony tu berani la kot mama nak naik hehehhee..larat ke pony tu nak usung mama erk%&#@!

Meh kita layan gambar2..
Auntie cat x larat nak dukung abg kimi..masa ni mula2 nak ajar abg bg kuda makan. Abg takut sgt nak dekat dgn kuda....Abg bagi kuda makan carrot..

Dah mula berani pegang kuda sorg2 :D

Mula2 ami takut sgt nak dekat dgn kuda tu. Pastu lelama br la berani pegang 'pipi' kuda tu. Kecoh tunjuk merata suruh dukung nak pegang kuda.

Bila tgk gambar ni, mama tanya ami...
"Ami cakap apa dgn kuda?"
"Oiii kuda nak apa?"
"hahahahhaha"

Actually i am looking other therapy to help abang improve in vocabulary and speech. Auntie cat suggested me to let you close and play with horses. Abah also agreed with this idea as he found one article about dumb kid having a therapy with a dolphine. At last she was improve, speak and getting better. But, since I cannot find any dolphine nearby hikhikhik, so this is the alternative. Auntie cat also read the same article and she suggest me to bring abang to the stable. However, I cannot register your name there. The trainer told that you should be aged of 7 yo and above. Hhmm we have another 2 yrs to wait. Now they still train a pony. Hopefully, by the time abg reach 7 yo, you will be the 1st student there. Insya-Allah kalau ada rezeki. In the meantime, you only can give a horse eat and bath them but with supervise by auntie cat.