Ok mama tgh rajin. So update la cerita-cerita lama. Sebenarnya ni bukan percutian sgt. Tapi kebetulan kita balik beraya ke Perak sekali dengan Pakndak n Makngah, bermalam umah Opah Wah kat Sitiawan. Keesokan harinya, selepas sarapan pagi dlm kol 10++ kita dah gerak tinggalkan umah opah terus ke Teluk Batik. Otw ke sana, singgah di bandar berhampiran utk mendobi hihihihi..Baju bawa x byk sbb kita direct dr Pekan, Pahang ke Perak. So, kena recycle bj2 yg di bawa.
Dari Batu 9, Lekir ke Teluk Batik, mengambil masa dalam 30 minit. Banyak hotel/apartment di sepanjang jalan ke Teluk Batik. Tapi kita cari chalet/motel yg paling dekat dgn pantai. Nasib baik ada bilik kosong. Sbb masa tu time cuti raya, risau gak x de bilik. Kita ambil 2 bilik. Sebilik ada 2 ruang. Ruang depan kecil sikit & ada katil double decker, kipas. Ruang kedua ada katil queen, mini fridge, toilet, aircond. Sewaan dalam RM200/nite/room. Contact no. mama lupa plak nak ambik (kot2 la ada yg refer...berangan)
Dapat je kunci, park keta dpn bilik, korang dah terkinja2 nak tukar seluar n terjun laut. Angin pantai masa tu sgt best. Lg la x sabarnya korg kan..So, dah masuk brg sume, tukar2 baju, semua pakat berendam. Mama x turun lg sbb adik nak tido. Dah ptg sikit br la turun bw gme main air.
Malamnya kita x kuar makan sbb hujan. So, abah n pakndak je kuar gi beli makanan. Lps makan2, semua tumbang sbb penat sgt main air hehehe..Esok tu kita sambung lagi main pantai, naik bot n banana boat lg..Nampak mcm bhy klu korg yg kecik2 ni naik banan boat kan..tp mama dah bgtau yg bw bot tu spy x jatuhkan korg dlm air sbb kang lemas pulak. Mama dah la x tau berenang. Korg baru je gi kelas..x abis modul lg hehehehe..ok mama nak cepat la..so bubuh gamabr selonggok gini je la. At least korg blh la tgk gambar korg masa kecik2..