kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, February 13, 2012

Dialog ami yg menyeramkan

Dialog ni adalah perbualan di dalam kereta selasa lepas (14 Feb) sewaktu kita dlm perjalanan menghantar abg ke sekolah.

"Mama, asrama makchu x cantik kan?"

"Kenapa pulak?"

"Dinding dia kotor sgt. Ada darah2 byk.."

"Darah siapa?"

"Darah hantu la. Dia nangis2 kat dinding asrama makchu."

"Gulp!"

Kepala mama dah imagine gambar ni...

Oohhhh sgt ngeri...ni la dia bila byk sgt cerita2 hantu kat tv...kat laptop plak abah download lagggiiiiiiiiii byk cerita hantu..haiya...

Wednesday, February 8, 2012

Abg dan masalah makannya:(


Dari awal sekolah dibuka hingga sekarang, mama rasa dah dekat 4 kali abg jumpa doktor dgn masalah cirit-birit n muntah2. Kenapa semua tu jadi? Sbb abg mmg susah sgt nak mkn. Badan pun makin lama makin kurus. Lysine dah berbotol2 habis. Mama dah habis menu nak masak utk abg bagi berselera. Balik2 kentang, roti, cheese, cekodok, nuget n cocoa crunch. Tu je menu yg mama dok pusing2 tiap2 hari utk sarapan abg. Kadang tu abg x nak makan dr rumah lg. Minum susu je. Mama dah blh agak mesti abg akan kelaparan sementara tunggu pukul 10 pg (break). Mama siap bekalkan makanan dan bg duit lg utk abg makan dan beli apa sahaja yg abg nak makan di kantin sekolah. (Nak beli2 ni, cikgu abg yg bantu. So, mama x risau pasal duit2 ni semua). Tp tiap kali hari sekolah, abg mesti akan cirit-birit, perut kembung dan muntah2.. Walaupun itu sahaja jenis2 makanan yg abg makan, mama try gak buat jadi pelbagai cr, rasa n rupa. Tinggal bentuk ultraman je mama x mampu bentuk..kalau x, haiishhhhhh.....

Apa lagi usaha mama? Tadi doktor advise suruh selang-seli - lysine, scotch emullsion. Ok mama akan cuba apa sahaja. Demi anak sulung kami ni :D Insya-Allah abg akan ok x lama lagi. Amin

Thursday, February 2, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM



1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang

'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah

anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.


2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang

lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib

baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia

mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh

dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi

kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali

Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap

mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..


4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh

kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-

dosa suami dia tak tanggung.


5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat

dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan

suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah

terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa

suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk

lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam

kesusahan isteri boleh bantu tambah

lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut

selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra

ini.


6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat

didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri

yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan

dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua

wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka

denganNya. Dan semua lelaki fahami hati

naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


~ Best kan jadi mama hahahha...Anak-anak mama semuanya lelaki. Jadi, bila dah berkeluarga nnt, uols semua perlu main peranan utama dalam keluarga. Sebagai ketua keluarga, bukan sekadar kena bijak mencari wang sahaja tetapi ilmu agama juga kena ada. Setiap ahli keluarga uols perlu dibimbing. Kalau lurus jln yg diajar, luruslah juga penyudahnya..dan sebaliknya. Bukan utk menakutkan korg utk berkeluarga pulak tp peringatan shj. Kenapa mama x nak baby lagi, sedangkan pahala yg menggunung tinggi dah ready. Amalan dunia dah la x byk mana...hmmm pikir..pikir...pikir...nak dptkan yg ke-4 ke x nak~

Wednesday, February 1, 2012

Mari menconteng

(Adegan ini tidak boleh ditiru. Aksi ini di bawah pengawasan org dewasa berusia 30-an.)


"Sapa punya sepah2 ni..apa rasa benda ni gaknya ye"

"Bentuk panjang ada. Bentuk pendek ada..misterinya..test la kejap"

"Eh!Kenapa mama mengucap?Apa yg berlaku?"

Kemudian saya terdengar suara nyaring mama membebel2...begini bunyinya:

"Abg, lain kali jgn sepah2kan pensil abg sume..adik dah merayap2 semua tempat. bahaya klu masuk mulut ke, terjolok mata ke. Dah pakai, kemas balik....bla..bla...bla"

"Kesian mama saya!"