

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Mama berusaha untuk menyusukan adik sehingga genap 6 bln. Sehingga 1 kejadian dlm tempoh untuk cukup 6 bln berlaku sesuatu yang menyebabkan mama stress tahap dewa hingga menyebabkan susu yang dihasilkan berkurangan. Hampir seminggu 'kejadian' tu dok berlegar dlm kepala mama. Bila dah jadi mcm tu, stok susu yang mama usahakan makin lama makin kurang. X tau dah nak buat mcmana. Mama dah try mkn ubat doktor, ambik homeopati, kapsul harbatus sauda tp x leh kembali byk seperti hasil perahan waktu mula2 gara2 stress 'itu'.
Apa pun, mama bersyukur kerana adiknya progress nampak cepat n kami perasan byk lompat2 hahaha...contohnya, umur 3 bulan adik belajar mengiring. Tapi x meniarap2 gak. Adik nampak mcm selesa bila ditiarapkan. Jadi, proses meniarap tidak dibuat tp adik terus 'menjalar' kebelakang/reverse. Umur 5 bln, hazimi dah gerak ke hadapan/forward dan dah makin selamba telentang-tiarap dgn sendirinya. Hingga sekarang adik dah angkat2 punggung mcm nak merangkak. Tapi br minggu lepas mama nampak adik angkat lutut 1 step lepas tu jatuh tersebam. Sib baik atas tilam hehehe.
Menu adik simple je - bubur nasi blend samada dgn carrot, kentang, brokoli, ayam, ikan bilis, tomato, bayam. Tu je yg mama baru berani introduce. So skrg hazimi sudah makin kurang menyusu badan sebaliknya lebih kepada susu formula. Sgt sedih sebab you are our last baby (hopefully hehehe), tp mama masih tidak mampu menyusukan sehingga genap 1 tahun. Mama redha. tapi perangai hazimi, bila nak tido mlm mesti 'mencari' walaupun susu botal dah habis. Dah dapat hisap kosong je, baru la hazimi boleh tido..eiii ngada2.
