kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Tuesday, June 19, 2012

Abg kimi dan macam2..

Lamanya mama tak update apa2 kat sini..kali ni nak cite pasal abg la pulak.

Start dgn - Hari Guru 2012

Sebenarnya mama x pernah ajar abg how to appreciate teacher. Tp bknlah bermaksud dgn memberi hadiah tu adalah cara kita appreciate dia. Cuma pada mama, abg perlu menghargai guru2 yang telah berusaha untuk mendidik abg dgn kemampuan yang ada. Alhamdulillah walaupun progress fine motor abg agak perlahan, sekurang2nya lbh baik dari dahulu. Entah cemana sehari sblm hari kejadian, mcm2 hal yg buatkan kita x sempat nak cari apa2 untuk cikgu2 abg. So, esoknya mama pun pegi la cari 1 kek besar n 2 kek yg dah dipotong slices. Yg besar utk cikgu2 sekolah kebangsaan, yang slice tu utk cikgu abg kat MPK - Cikgu Nira dan Cikgu Ros. Disebabkan abg x blh menulis dgn betul lg, so mama print kan aja apa2 quote yg menarik dr internet...ceeewahhhh...tp mama rasa kalau abg yg tulis mesti cikgu nira n cikgu Ros lg terharukan...hehehehe

Ok ni kek slice yg mama belikan. Kek besar x sempat nak snap gambar.

Kek ni mama beli dari cafe UPM je..hehehhe sbb confirm sedap n halal kan..

Cerita kedua tentang nametag jawatan pulak. Abg dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas. Sekolah yang sediakan nametag tu. Disebabkan abg akan tukar uniform hari2, so nametag tu akan sentiasa dipasang dan dibuka setiap hari. Akhirnya, hilang! Mama tanya cikgu cemana pasal nametag tu. Cikgu kata utk yg pertama kali, sekolah yg provide..tp kalau hilang cikgu suruh tempah sendiri n wajib pakai sebab dah dilantik. Hhhmmmm mama dah lama x tempah nametag dan mula la blur mana nak cari. So sehingga sekarang masih x tempah lagi hahahha...ni gambar yg mama snap kat sorg kawan abg, cikgu suruh tempah exactly like that..peeeuuuwwww


Behaviour....another matter. Cikgu complain kat mama abg makin agresif. Suka pukul org, ketuk org n tolak org. Cikgu suruh nasihatkan kat rumah n ataupun bawa jumpa ustaz2 suruh mintak air. Tp mama x bawa jumpa ustaz pun sbb mama rasa 2 minggu sebelum tu abg macam 'terabai' sikit hehehhe maybe mama byk kerja, rumah serabut, ngan gme lg n abah yg keje x menentu. So mama buat conclusion yg abg akan jadi mcm tu bila kurang perhatian di rumah ataupun selalu kena marah. Mcm biasa, mama akan gugel sana sini info pasal parenting...ayat akhir yg mama jumpa:

"Anak yang selalu dipuji akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi berbanding anak yang selalu dikritik atau dimarahi. Mereka akan rasa rendah diri dan memberontak dengan tingkalaku yang tidak disenangi"

Sapa cakap ek..Dato Dr. fadzilah Kamsah ke entah...Usaha mama yang terakhir adalah berdoa semoga Allah buangkan sifat2 yang tidak baik dalam diri abg agar disenangi oleh semua orang:D. Ok tu je update pasal abg.

Sunday, May 13, 2012

Mother's Day Treat:D

Ohh hamba sgt gumbira...x tau nak cite apa..Thanks to Allah for give me a chance to be a mum, to feel the hardness to become a mum and to make a trial in many ways to find the best way to nurture my babies .   Forgive me for any weakness which i have no intention to do so. I am still learning to be a good mum to all of you. Thanks to abah for the end day celebration. Mama suke!


: : MURNI Discovery, Aman Suria, Damansara : :

 : : Spaghetti Bolognese, Special Chicken Chop, French Fries, Fried Maggie, Milo Dinosour, Bright apatah (carrot, pink guava n lg 1 buah x ingat), Manggo Lassi : :

: : Advised to share the plate as it is serve in big quantity - makan sampai telentang : :  

Happy Mother's Day to all mums. Those who still query about the sambutan, do refer here ...
http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%204.htm

Friday, May 4, 2012

Berendam @Tiara Beach Resort

2 minggu lepas (ye cite dah basi...mama br free okey anak2 Adam), Pandak ajak kita gi mandi-manda. Kebetulan abah free Ahad tu n terus confirm utk join sekali. So, hari yg dinanti tiba. Mama x prepare byk pun utk bekal ke sana. Hanya nasi lemak dan inti utk sandwich (tuna n telur) serta sebuku jumbo size Gardenia. Hari sblm tu mama tanya Pandak nak gerak pukul brp. Dgn hensemnya dia jwb, kul 7pg. Orait, fine. Gi awal, so blk awal la kan. Tapi, bila tiba harinya, kita gerak kol 10 okey..SEPULUH!!! Kelewatan tersebut kerana Pandak ziarah jiran kita yang meninggal.

 Tiba di sana dalam pukul 11++. Kaunter untuk walk-in dan bkn overnight di situ buka pukul 12. So, tunggu la jap dlm keta. Untuk rujukan sesapa yg mencari info harga tiket (verangan la kan org cr info kat blog mama ni) - Dewasa : RM28, Kanak2 : RM10.


Mula2 sampai, makan dulu ye untuk ambik tenaga ngeh ngeh ngeh...kolam kosong, x de org. Oh sgt nyaman berendam di saat org x ramai dlm kolam..Panas juga mama rasa time tu tp Pandak ckp, dah duduk dlm air tu x terasa panasnya. Abg n Ami mmg x leh tahan la tgk air kan..mcm melambai2 je suruh terjun cepat2. sampaikan makan sandwich dlm kolam. So, paham2 je la rupa sandwich tu bila dah direndam...hmmm taram je la..roti cicah air kolam uols!







Mama n abah pun x melepaskan peluang hohohoho...dah tukar swimming suit Gme, semua org masuk dlm kolam..yeay...main air sepuas2nya..ok..x mo cite byk..let's those photos tell the story how happy we were.

 




Semua org on off dari kolam utk rehat jap, makan2, pee dll...tapi abg Kimi berendam x renti2 sampai kol 4. Cuma keluar sekejap utk pee. Bagus anak2 Adam x pee dlm kolam. X yah susah2 mama n abah nak ajar.


X semua kolam kita dpt main masa mula2 sampai. ada 2 kawasan lg di tutup airnya..dekat2 kol 3 br la ada..Maka, kita sambung di kolam yg seterusnya....sgt meriah. Dah nak balik tu, tukar2 baju. X keluar pun lagi dari kawasan PD, semua dah 'tumbang', dengan Gme2 sekali...penat tau hehehhe.

Sampai kat Serdang, Pandak ajak dinner dulu sblm semuanya balik ke rumah. Dan, mimpi berenang terbawa2 hingga ke parking di kedai makan yg menyebabkan abg Kimi x sempat kuar dr keta...yeeeaaaaaaaa pee in abah's new car.


Akibat dari keseronokan itu, Gme batuk sesema dekat seminggu. Sian adik tp mama tau adik happy kan kan kan..

Wednesday, May 2, 2012

Bkn masalah makan sebenarnya

Huhuhu ni mama br nak update. dah hampir 2 minggu (dari minggu sblm cuti sekolah hingga minggu ni) kantin sekolah abang disita oleh Jabatan Kesihatan gara2 keadaan dapur yang sgt kotor. Pihak sekolah minta parents bekalkan makanan untuk anak2 memasing sehingga notis peniaga kantin baru dikeluarkan. Patut la!...kesian abg asik telan ubat cirit-birit je dr awal sekolah. Rupa-rupanya kantin kotor. Dulu mama suspect abg x makan mknn yg mama bekalkan. So, mama bg duit belanja sekali n bekal juga. Kot2 abg lbh teringin dgn mknn yg dijual di kantin. Tp keadaan abg tetap camtu. Sehingga la kes ni terbongkar n mama bekalkan terus air n mknn dari rumah/gerai2 kuih yg biasa kita makan. Alhamdulillah, dah x de jadi lagi. Dan mama perasan selera abg pun makin bertambah. Harap2 berat abg terus naik n naik:D Lega hati mama..