kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Showing posts with label Muhd. Adam Hazimi. Show all posts
Showing posts with label Muhd. Adam Hazimi. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Progress Muhd. Adam Hazimi

Oh sekian lama tidak update di blog anak2 adam...ok cerita si kecil pula. Sekarang telah berusia 1thn 8bln 2minggu 5 hari. Sepatutnya last jab masa usia 1thn 6 bln..tp errrr apa alasan yg sesuai ye...Kami x sempat2 nak jgk klinik hehhee...So, smlm memaksa diri memasing (mama & abah) untuk bawa adik inject kali terakhir sblm ambil lg 1 inject bila masuk darjah 1 nnt..huiii lama lg tu..

Bila timbang berat..ye, memang gagah x terkata. Berat kini 16kg. Sama berat dgn abg kimi, lagi 4 kg nak sama dgn abg ami. Hebat sungguh bab makan. Alhamdulillah sihat walafiat. Tiada apa yg perlu dibimbangkan bila doktor kata berat adik akan berubah bila meningkat usia. Cuma kena kawal juga takut menjadi habit- suka makan.
~ bakpo la jadi lagu ni dek oiii..ngeri mama ~

Pada usia sekarang, mama rasa perkataan adik mmg dah byk. Walaupun bunyinye tidaklah sempurna, tp boleh la kami nak paham. Sgt cepat tersentuh bila abah naik suara sikit. Merajuk melampau2..nyampah..

Ok, mama listkan perkataan yg adik dah blh sebut n paham bila nak guna..
1. Individu:
- mama, abah, abam (abg kimi), ami (abg ami), atok, kakak, ibu, micha (batrisya), akhil

2. haiwan:
- fish, cat, bird,

3. Kenderaan:
- bas, motor, car, erbang (kapal terbang),

4. Benda:
- beg, pe (selipar), acut (kasut), air, 

5. Perbuatan dll:
- num (minum), nak, umpah (tumpah), lap, jatuh, ompat (lompat), atash (atas), akit (sakit), ubat, imut (selimut),atai (bantal), awan (cawan), akut (takut), antu (hantu), naik, kot (ikut), ukak (buka), tutup, buang, api, anash (panas), edap (sedap), lai (lari), ball/bola, ipashh (lipas), otan (rotan) hahahha, apu (lampu), alu (malu), edash (pedas), biyakkk (buang air besar)

6. Anggota badan
- kenal kebanyakan anggota badan (rambut, kepala, telinga, mata, hidung, mulut,perut, kaki, tangan, buntut, 'bebird') tp bila suruh sebut ada yg betul n ada yg salah.

Wednesday, October 31, 2012

Kimi's & Gme's Birthday Bash

Sebenarnya majlis ni dah lama. Abah plan untuk combine sbb bday abg 28/5 & adik 10/6. Kebetulan masa tu kita sibuk dgn apatah, kita bawa ke awal bulan 7. Mama pun mcm sibuk dgn keje (bos mama nak present report dgn KPT), so mcm2 plan nak buat itu ini kebyknnya hanya tinggal impian.


Kononnya mama nak buat color theme party. Biru + Hijau. Tp disbbkan terkejar2 itu n ini, impian hanya tinggal impian...wek..x sempat la. Menu yg ada pulut kuning+sambal ikan bilis, ayam +sosej panggang+buah+cupcakes+mcm ada buat noodle/nasi tp x nampak pulak dlm gambar tu..So, x sure. Utk coklat dlm botol tu as a doorgift for the kids, n yg tiramisu wrap kertas hijau tu pulak for the parents. Lupa pulak, majlis ni kita combine dengan anniversary achu n pakchu. So, keliling kek ada nama memasing la hahahha

Ni kek RV. Masa buat ni pun mama mcm x berapa ada mood..maka terhasillah kek yg comot ini. Pakndak pulak sponsor durian. Kemain tebal isinya. So hari tu semua org kenyang sampai telentang. Happy2 n heboh2..:D

Sunday, July 1, 2012

Muhamad Adam Hazimi turns 1!



Ohhhh sgt la lambatnya nak update. Sampai dah terlepas2 dah tarikhnya. Mama malas buat keje hari ni..so rajin la pulak nak hapdate kat sini..byk cite dah tertangguh tp buat yg ni dulu la..

Hazimi genap setahun 10/6/2012. X celebrate lg sbb every wiken abah sibuk. So abah kata kita postpone nx mth. Sehingga hari ini (1 /7/2012) Gme dah boleh:
                                      - Berjalan (Jalan jatuh n tergoyang2 le)
                                      - makan macam2
                                      - pandai tunjuk stress bila abg2 kacau/sakat
                                      - memanjat tangga - naik je lepas, turun blm blh lagi
                                      - kerusi n sofa pun selamat
                                      - makin rajin practice bila dah pakai kasut pre-walk
                                      - letak tgn ke, remote tv ke kat telinga bila kita ckp 'Hello"..konon guna hp la
                                      - minum dalam cawan pun buleh
                                      - goyang2 badan bila dgr lagu2
                                      - babai...tp bila dia kena tinggal, dia x mo babai org.
                                      - naik keta abah, suka main pusing2 knob volume tu...pastu terperanjat bila tetiba jadi kuat.. Saje jeeeee

Ok tu je nak jot perkembangan Gme..

Tuesday, March 20, 2012

Adik Gme and breastfeeding (Part akhir)

Why the title is 'Part akhir'? Sebab mama dah x berani nak bf awak. Gme dah start ada gigi 2 batang (bawah) sejak umur 8 bln. Aktiviti menggigit sgt menyeronokkan time dah ada gigi ni kan..Rasa mcm dah besar ye..Habis sume nak gigit. Disbb byk kali mama kena gigit dan kejadian itu sgt mengerikan, so akhirnya mama decide utk berhentikan..Kejam ke mama? Bkn la berenti terus. Tp berenti dr sungguh2 menyusukan awak mcm awal2 bulan dulu. Since Gme pun dah mkn mcm2 sekarang, insya-Allah nutrisi makanan akan lbh lengkap..but always believe this - Breastmilk is the most nutritious food than all formula milk (even the expensive one!). Alhamdulillah mama already done my part hihihi (at least, fully bf at 1st 6 month)...so let's start join your big bro meal..huhu..Hydro therapy hehehhe..mama terbawa2 sesi paed abg kimi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk improve gross and fine motor..main air...

Wednesday, March 7, 2012

Progress Gme

Mula-mula x de niat nak update apa2 kat mana2 blog hari ni. Tp bila buat housekeeping folder2 mama, terjumpa la gambar berikut:

Masa ni mama tengah sarat 'kelek' Gme dlm perut. Gambar ni mama ambil masa otw balik dr berendam di Ilham Resort, PD. Kebetulan balik tu abah ikut jln kampung, lalu Salak Tinggi sume. Mama nampak la org jual durian tepi2 jalan..Mula la melelah2 airliur terhingin nak makan hahaha. Masa ni abah beli 3 biji je. X tahan bau dia dlm keta, mama minta permission kat abah nak mkn dlm keta masa tu jugak2. So, dpt green light, ambik paper, kopek, terus omomomom...lazatnya....hahaha that was u Gme inside my tummy>.< hehehe..

Sekarang Gme dah nak masuk 9 bln. Lagi 2 hari genap 9 bulan. Adik dah boleh merangkak sekarang n sibuk 'panjat2' org nak berdiri. Makan pun dah berani mama nak introduce mcm2...hehehe suka tgk awak mkn. Arrghhh rindu pulak dgn jemon mama ni. Malam2 Gme akan bgn 3 kali utk menyusu. Klu mama lmbt buat, habis 1 rumah akan bergema suara Gme. haduii...mama nak bukak mata tgh2 mlm nak cr botol susu, scoop susu, air panas lagi..mmg berat woo nak tarik kelopak mata ni bg bukak. Tu yg kekadang susu curah atas lantai hahaha gara2 x larat bukak mata. tp sib baik x pernah kena curah lagi air panas..

Bila dah boleh mobile, habis sume benda tas lantai nak kutip, benda yg tinggi2 nak ditarik..huh sungguh susah hati mama bila letak Gme sorg2 atau hanya ditemani abang2 yg hebat sume tu. Ye, abg2 Gme leka main berdua n kadang2 x perasan Gme dah merayap entah mana..ok tu je nak update..jumpa in next entry.

Wednesday, February 1, 2012

Mari menconteng

(Adegan ini tidak boleh ditiru. Aksi ini di bawah pengawasan org dewasa berusia 30-an.)


"Sapa punya sepah2 ni..apa rasa benda ni gaknya ye"

"Bentuk panjang ada. Bentuk pendek ada..misterinya..test la kejap"

"Eh!Kenapa mama mengucap?Apa yg berlaku?"

Kemudian saya terdengar suara nyaring mama membebel2...begini bunyinya:

"Abg, lain kali jgn sepah2kan pensil abg sume..adik dah merayap2 semua tempat. bahaya klu masuk mulut ke, terjolok mata ke. Dah pakai, kemas balik....bla..bla...bla"

"Kesian mama saya!"

Tuesday, January 31, 2012

Adik Gme and breastfeeding

Waktu post ni mama tulis, lagi 9 hari Hazimi akan genap 8 bln..waaa cepatnya masa berlalu. Ngeri czer masih terbayang2 lagi.

Ini antara stok dan cara mama meng'stok'kan susu badan. Setiap bekas mama simpan 2 oz. Dilabelkan tarikh bagi memudahkan FIFO. Pada ibu, mama sediakan alat pemanas susu untuk memudahkan tugas ibu dan tidak berlaku penolakan untuk menggunakan susu yang dah dibekukan seperti kes najmi masa bayi dulu. Bagi setiap bekas ni mama guna 2 kali sahaja. Setiap bekas yg akan digunakan kali kedua, mama akan tandakan (*) bermaksud, bekas telah diguna 2 kali dan perlu discard selepas itu.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Mama berusaha untuk menyusukan adik sehingga genap 6 bln. Sehingga 1 kejadian dlm tempoh untuk cukup 6 bln berlaku sesuatu yang menyebabkan mama stress tahap dewa hingga menyebabkan susu yang dihasilkan berkurangan. Hampir seminggu 'kejadian' tu dok berlegar dlm kepala mama. Bila dah jadi mcm tu, stok susu yang mama usahakan makin lama makin kurang. X tau dah nak buat mcmana. Mama dah try mkn ubat doktor, ambik homeopati, kapsul harbatus sauda tp x leh kembali byk seperti hasil perahan waktu mula2 gara2 stress 'itu'.

Apa pun, mama bersyukur kerana adiknya progress nampak cepat n kami perasan byk lompat2 hahaha...contohnya, umur 3 bulan adik belajar mengiring. Tapi x meniarap2 gak. Adik nampak mcm selesa bila ditiarapkan. Jadi, proses meniarap tidak dibuat tp adik terus 'menjalar' kebelakang/reverse. Umur 5 bln, hazimi dah gerak ke hadapan/forward dan dah makin selamba telentang-tiarap dgn sendirinya. Hingga sekarang adik dah angkat2 punggung mcm nak merangkak. Tapi br minggu lepas mama nampak adik angkat lutut 1 step lepas tu jatuh tersebam. Sib baik atas tilam hehehe.

Menu adik simple je - bubur nasi blend samada dgn carrot, kentang, brokoli, ayam, ikan bilis, tomato, bayam. Tu je yg mama baru berani introduce. So skrg hazimi sudah makin kurang menyusu badan sebaliknya lebih kepada susu formula. Sgt sedih sebab you are our last baby (hopefully hehehe), tp mama masih tidak mampu menyusukan sehingga genap 1 tahun. Mama redha. tapi perangai hazimi, bila nak tido mlm mesti 'mencari' walaupun susu botal dah habis. Dah dapat hisap kosong je, baru la hazimi boleh tido..eiii ngada2.'Penderaan' seperti ini pun adalah sebahagian perkara 'normal' hasil 'kreativiti' abg2 hazimi.."mama, spongebob tgn dia kat tepi" hahahahha

Wednesday, December 28, 2011

Gme dah pandai apa ye?

Sian adik. Dah 6 bln tapi mama x update apa2 cerita pun pasal dia. Nanti x best plak bila awak tanya mama perangai awak kecik2 dulu tp mama dah x ingat..maklumlah, faktor usia kahkahkah..

Ok sekarang gme dah nak masuk 6 bln 3 minggu. Makin manyak songeh. Memang x ble tgk kelibat mama, mesti waaaaaaaaaaaaaa mintak diambil, walapun pun masa tu abah/atuk tgh pegangkan awak. So, bila time abah keja petang, atuk plak dah x ble nak pujuk awak, so mama terpaksa la kendong awak n masak mkn malam guna sblh tangan je. Tu blm lagi abg2 awak menambahkan serabut. Masa tu la nak mintak susu, mintak gorengkan nugget la, nak air oren la, nak duit beli air milo la....haaaaaaaa mmg serabuk wehhh hahahha.

Buat kerja dgn sblh tangan je mmg berat pada mama sekarang ni. Masa balik keje yg singkat lg la rasa mcm nak muntah2 tgk keje umah yg byk. Kang muntah2, sapa plak nak kemas kan..lagi bertambah keje mama..so, diamkan saja n rungut sorg2 tepi peti ais, tepi mesin basuh...jgn kan nak tgk cerita Tentang Dhia yg org heboh2kan skrg ni, Buletin Utama pun lom tentu mama sempat tgk. Semua jadi terkejar2 buat bila gme tido sekejap lepas blk dari rumah ibu. 9.30mlm adalah saat paling mengantuk n letih mama. Biasanya abg2 gme akan tgk tv dan entah bila diorg tido n off tv pun mama x sedar.

Walaupun mama berniat utk tidak menggunakan walker untuk gme, tapi disbbkan mama dah x leh nak tolerate dgn keje yg byk nak buat tp terpkas layan awak, so mama letakkan juga gme dlm walker. 2 hari lepas mama masak dgn gme bergantung kat tepi baju mama dari dlm walker. Waduhhhh kenapa sampai begitu sekali penangan yang bongsu ni. Cepat la besar! Cepat la besar! hahahaha

Sekarang hazimi dah mula pun makan. Mama dah start introduce nestum (beras) on the day u turn 6 mth..punya la x sabar kan..sbb mama ingat awak suka nangis sbb lapar. Tp x jugak. Mlm tadi mama up lagi dgn bagi bubur nasi + carrot, blend halus...perghhh semangkuk kecik abis. Hang lena sampai pkl 3pg!..pastu br la menyusu lg hehehe..Hr ni mama x sure lagi mood awak bagaimana. Setiap hari berlainan n setiap kali nak balik keje ptg, mama dah kena kerah otak nak arrange keje mana dulu, menu apa yg cepat n simple nak disediakan...or BELI:D..

Sekarang ni pun abg kimi terpaksa cuti belajar Iqra n E-xra sbb mama x sempat nak ajar due to time constraint. Abg Ami pun x sempat nak belajar menulis n mewarna dgn mama. Yg paling sedih, no more bed time story. Mama dah buat story dulu hahaha..Insya-Allah Hazimi akan ok dlm usia 7bln kot, x pun 8 bln, x pun 9bln, x pun.....waaaaaaaaaaaaa...n we will back to our routine.. insya-Allah semuanya akan pulih seperti sediakala..Amin

Sunday, July 24, 2011

Selamat Datang Hazimi!!!!!


Lamanya mama x update cerita kita kat sini. Ok Mama cerita pasal yg terkini dulu la..lepas tu baru kita flash back hehehe..banyaknye yang dah tertangguh a.k.a basi:p. Ok mama nak jot kat sini supaya nanti bila korang dah besar, boleh la review cerita2 ini.

Mama mula rasa sakit untuk bersalin (contraction) dalam pukul 2.30 pagi. Abah pulak keje shift malam. Shift yang menakutkan sepanjang mama pregnant korang semua. Sebabnya mama risau i) abah x cukup tido untuk drive ke hospital, ii) mamai nak cari simpang ke hospital, iii) x dapat nak call abah kalau dia bawah train atau gi kawasan yg out of coverage. Ishh macam2 la mama pikir. Malam tu mama call abah dekat 3 kali. Tapi abah x jwb. Memang cemas. Sib baik ada phone no supervisor abah, then mama call la dia mintak bgtau abah, mama dah sakit. X lama lepas tu abah call n mama terus mintak abah balik cepat.

Pukul 4pagi abah n mama terus gerak ke hospital. Abg n Ami tgh tido. Beg baju korg utk stay dgn ibu mmg mama dah ready seminggu sblm tu. Mama sempat sms Pakandak untuk belikan sarapan korg n hantarkan korg kat umah ibu.

Sampai kat hospital, mama masuk inspection room. Doktor periksa dan bgtau hazimi dah terberak dlm rahim mama. Kemudian mama dibawa ke labour room. Dari pukul 5.00 pg - pukul 7.00pg, mama menanggung sakit. Bukaan baru 6 cm. Masa tu doktor suruh jugak mama try push hazimi keluar sbb sakit dah lama n takut lemas. Doktor decide untuk forceps sbb dah nampak sikit rambut tp x leh nak keluar jugak Masa nurse tgh sibuk2 nak bawa alat tu, sorg nurse tepi mama bgtau doktor yg hazimi punya heart beat drop ke 120. So, doktor terus inform utk ceaser sbb hazimi makin lemah kat dlm rahim. Terkejut ada, sedih pun ada sbb x boleh keluarkan hazimi secara normal. Kemudian, terus mama di bawa ke bilik bedah. Selepas dibius, dah x rasa apa2 dah, doktor terus la operate mama. X lama lepas tu dgr suara hazimi nangis... (satu perasaan yg mama x tau nak explain cemana bila dgr suara anak2 mama keluar dari rahim mama- bahagia, sedih, gembira..mcm2 la T_T)

Selepas nurse balutkan hazimi, nurse bg kat abah untuk diazankan.. Yg x bestnya bila dok bilik bedah ni mama x dpt tgk abah azankan hazimi mcm abg n ami. Tu lg la the sweet moment to be called as a mum hehehe. Sbb masa tu abah kena duduk kat waiting room. So, azan kat situ je.

Dekat pukul 9.00 pagi mama dah dibawa ke wad. Kat situ la br mama dpt belek2 n breastfeed hazimi. Senang betul rasa hati sbb segala sakit contraction dah hilang. Hazimi tido je keje sbb abah kata maybe kesan ubat bius tu pun buat hazimi mamai n ngantuk. Tapi mama paksa gak utk hazimi minum susu sbb rugi klu hazimi x dpt minum byk kolestrum.

Ok dekat 4 hr di hospital, barulah mama dibenarkan balik. Gembira sungguh. X la bosan sgt asik baring je atas katil n tunggu sapa la nak dtg tgk mama waktu melawat nnt hehehe.

Ok itu je la rentetan kisah kelahiran hazimi. Semoga Hazimi dan anak2 mama yg lainnya menjadi anak yg soleh, berjaya dunia dan akhirat, dilindungi oleh-Nya di masa saha kamu semua berada, terdiri di kalangan org2 bijak pandai serta berakhlak mulia. Amin..