kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Sunday, November 28, 2010

Gurau ke ni?

Gurau ke camni...mama dgn abah x tau cemana korg gurau. Tp kami suspect abg yg on kan suis iron sbb ketinggian abg. Macamana boleh kena tgn ami, kitorg x pasti. Ami dtg kat mama n abah, merengek2 sambil tunjuk tgn dia merah masa mula2 kena. Ami kata, kena api. Pelik pulak cemana leh ada api kat bilik belakang. Kemudian, baru kami teringat iron. Cepat2 abah bangun n off kan suis iron. Abang dah nyorok takut dihukum. Tp abah x bising pun sbb masing2 cari sakit main benda yg dah dilarang bahayanya. Cuma bebel sikit je n tunjuk tgn ami kat abang bila dah start menggelembung esoknya...abang...abang..

ok it is just fair with this..ami gigit abg pulak. Pun gara2 'bergurau'...

gambar x berapa jelas dek kecanggihan enpon mama..tp melekat la jugak bentuk gigi ami kat lengan abg..Tu je 'senjata' ami yg digeruni abg hahaha..jgn gurau sampai cedera parah dah le kome...

Abg and diaper-less at night training

Macam muka makchu Intan lak mama tgk gambar ni hehehe..

Hmmm sapa2 yg baca mesti terkejut. aik xkan dah umur 5 tahun br nak ajar diaper-less at night. X pe..hanya kami sahaja yang faham kenapa kami lewatkan melatih abg tidak berdiapers waktu tido malam. Mama sgt cemburu dgn achu sbb balqis dah x yah pamper langsung seawal 2 1/2 tahun..hehehe tp x boleh la nak bandingkan dgn keadaan abg. Perkembangan kanak2 x semuanya sama. Mama makin memahami keadaan ini. And, I learn more because of you:D

Alhamdulillah umah dah siap renovate. Mmg mama aim nak start train abg bgn mlm n buang air or tidak pakai diapers mlm bila toilet bilik atas siap n cuti sekolah bermula. Alhamdulillah semuanya mengikut perancangan walapun agak lewat sikit mula tp mama gembira dgn resultnya.

Kita start training 27 Nov 2010. malam tu kebetulan abg pun menyuarakan - "x mo pakai pampers. Dah besar!" Wahhh kemain ayat tu..Nampak skrg abg sudah boleh menyuarakan pendapat dan kehendak diri. Walaupun with limited vocab, we can understand what u want n what u need, insya-Allah.

Setakat hari ni dah 2 hari abg berjaya tidak membasahkan tilam...tahniah! Mama kena kunci alarm kol 2.30pg utk bgnkan abg n buang air. Kesian pun ye gak sbb abg ngantuk2. Mmg mama kena pujuk2, peluk2 utk abg sampai ke bilik air. Abg mmg mcm nak nangis pun bgn tgh2 mlm tu tp bila suruh buang air, abg turutkan aja. Makcik jiran kita (abg panggil nenek midah) suruh ajar sebulan, pastu x yah kejut dah..Hopefully, by Jan 2011, u will no more need a diaper at night.

Tuesday, November 2, 2010

Tiba-tiba mama dapat email ni..bermakna sungguh...

For all parents out there......

This is a conversation between pencil and eraser

Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

Do i feel sad until now?...hehehe no more. Will try our best for our beloved sons future. It is just a tough hour for us now and to be test as a parent. Insya-Allah we can manage it.

Sunday, October 24, 2010

Sedihnya mama....T_T

Hari ini br dpt menggagahkan diri menulis entry ini..

Jumaat lepas, 22 Oktober 2010, air mata mama gugur lagi mengenangkan nasib abg. Ini semua gara2 keputusan guru kelas abg yg tidak mahu menerima abg utk sesi hadapan. Betapa jauhnya beza abg di mata cikgu. Mama seakan tidak boleh menerima sorg guru yg berlatar belakang pendidikan perkembangan kanak2, boleh menganggap abg tidak layak meneruskan persekolahan di situ.

Geram pun ada, marah pun ada, sakit hati pun ada. Sebelum tu, mama ada menghubungi cikgu utk maklumkan abg cuti sbb demam. Cikgu sempat komplen mcm2 perangai abg. Sehingga la cikgu menyuarakan yg abg perlu ke sekolah khas. Timbul soalan2 tersebut di kepala mama,

1. Salah doktor pakar ke kerana tidak membuat keputusan pemeriksaan seperti kata cikgu abg? Pakar yg kata abg x perlu ke sekolah khas. Cuma ke sekolah2 biasa yg ada menyediakan integrated program. Kenapa cikgu tetap juga ckp camtu?

2. Knp Abg yg baru berusia 5 thn tidak diberi peluang untuk berada di kalangan mereka yg nomal? Sebab kelemahan pertuturan abg ke, sebab kelemahan motor halus dan kasar ke...

3. Perlu ke mama paksa doktor pakar utk keluarkan surat OKU utk abg sedangkan kesemua result bg ujian yg dibuat adalah negatif utk mengatakan abg tergolong dlm OKU.

4. Cikgu abg lagi pakar dari doktor2 pakar kat luar sana ke?

Mama sedih sbb org x paham perasaan mama sbg ibu yg melahirkan abg kat dunia tu. Mereka mcm memandang mama & abah ambil sambil lewa ttg hal abg. Perlu ke mama ceritakan pada semua org apa yg mama usahakan. Dari blog2 org biasa sampai ke Jab. Pendidikan Selangor mama survey ttg persekolahan/kaedah terapi termasuk hydro therapy/bantuan sampingan utk abg. Semua kaedah pemulihan/parenting mama cuba belajar n praktikkan untuk improve abg. The way she talk to me like am do nothing for you abg! Should i respect her as your teacher? Just because she is not in my shoe, then she can simply say and complain everything about you. Does all ur friends especially boys are good, like an angel in a class? Then who did all the cuts, scratches, bruises and many thing that i found at your body when i bath you after class? Girls?

Now, abah n mama are looking for a new school to enroll you for next year. Maklang is always my supporter. Always advice me in many things & understand what i feel. Yes, she also have a child development knowledge degree from UPM. (Same as your teacher!) She also suggest me to send you to her 3 times/wk to learn with e-xtra program. I refuse to this as i also apply the same method when i teach you. And Maklang last word, there is no school that will refuse to accept you as long as we willing to pay more.

Hari akhir abg bersekolah sepatutnya pada 16 November 2010. Tp mama dah x de hati nak hantar abg ke sekolah lg sbb klu dah begitu pandangan cikgu, lebih baik x yah pegi dah. Mungkin final assessment abg pada 4/11/2010 adalah hari terakhir abg jejak kaki kat situ..sedihnya mama sbb abg selalu sebut2 nama kawan2 abg kat situ tp cikgu dah x nak terima abg lagi utk teruskan persekolahan sesi akan dtg, mama nak buat cemana.