kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, December 28, 2011

Ultraman isi minyak

Lamanya mama x update blog ni. Entah apa yg sibuk mama pun x tau..Maybe penangan FB, so langsung leka kat situ sampai lupa nak update apa2 di sini:p. Anak2 Adam semakin hari semakin menceriakan hidup mama n abah. Rasa mcm x sempat2 nak jot kat sini segala macam ragam kalian. Kadang2 kita ketawa, kadang2 kita menangis, kadang2 kita marah bersama hehehhe..what a beautiful life that we go through together, right?


Kali ni mama nak cerita tentang anak bujang yg kedua ni. Memang makin banyak mulut. Imaginasi yg makin hebat...hahhaha ok just let's it growth. Mama suke!

Kisahnya di hari minggu entah bulan brp. Di kala pagi2 hari mama melipat kain yg bergunung tingginya, ami dtg dok sebelah mama. Biasa la nak menyempit. Ami pun mula la bercerita itu dan ini..segala apa yg dia tgk, dia nampak....dan termasuklah cerita ultraman (ur beloved superhero son!)

Mama x ingat cerita tu mula di mana..sbb biasa la ami cerita mengarut2..sampai la satu 'episod'......
"Ultraman bawa keta...dia bw laju2....vrroooooommmm"

"Laju macam mana?"

"Macam abah bawak tu..."

"OK...lepas tu?"

"Lepas tu, minyak keta dia abis...dia pegi PETRONAS isi minyak. Tiba-tiba
'OO MAK KAU
'"

"Kenapa?"

"Raksasa datang tepi dia..dia terkejut la"

"Hahahhahahahahha"

Masa tu mama mmg x leh nak tahan gelak...ami..ami.

Monday, October 17, 2011

Nilai seposen

Kadang-kadang hendak mengajar or mendisplinkan anak2 mmg perlu beri ganjaran bila apa yg kita harapkan dia berjaya buat. Ganjaran x semestinya wang ringgit..coklat pun boleh, aiskrim pun boleh, buku2, pensil...menurut pakar kanak2 di HUKM. Skrg ni mama tgh mencari2 idea untuk mendisplinkan abg supaya tidak memukul/menendang org tidak semena2. Mama mulakan dgn yg mudah sekali.. Ini dialog mama 1 pagi masa mama & abg berjalan ke sekolah dari office mama..

"Kalau abg buat baik hari ni, x pukul org, x sepak orang, mama bagi seposen. Okey?Boleh ke?"
.
.
.
Abg dgn confidentnya menjawab,
"BOLEH!"
.
.
.
"Ok, jgn pukul2 org, kawan elok2. X mo sepak2 org x tentu pasal...ye?"
.
.
.
"BOLEH"
.
.
.
Mama ulang lagi cakap pasal duit seposen dan minta abg sambung ayat mama,
.
.
.
"Kalau abg baik hari ni, x pukul org, x sepak org, mama bg berapa...."
.
.
.
"DUA INGGIT!"
.
.
.
...dalam hati mama, wah dah pandai up kan harga ye...hahahha

Wednesday, October 5, 2011

Mengapa wanita sering menangis

Disebabkan anak2 mama semuanya lelaki, mama nak share benda ni..supaya anak2 mama lebih menghargai n memahami jiwa wanita...(auuuwww x sesuwai dibaca utk mereka yg di bawah umur hahahha) - copy paste dari FB

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”


Tidak kira la anak mama yg pertama ke, kedua ke, ketiga ke...mama x pernah nak beza-bezakan..Semuanya sama dan semuanya mama sayang. My life is empty without all of you around me T_T. Sayang sangat2 muahhhss

Thursday, September 22, 2011

Peti ais

Susah jugak bila budak kecik dah byk ckp ni..tp x berckp bosan pulak. Ni la kisahnya si Ami. Mama rasa nak post kat sini sbb ami nye 'mulut' mmg mcm2 boleh keluar.

Hari selasa (20/9/11) baru ni, ada org Indon datang rumah untuk ambil peti ais lama kat umah kita. Atuk jualkan sbb dah lama terbiar x guna.
"Mama, kenapa pak cik ambik peti ais kita?"

"Sebab kita dah ada yg baru"

"Peti ais kita rosak ke?"
(dalam hati mama dah cuak dah. Takut Indon tu ingat mama bohong kata peti ais tu elok. Mmg elok pun, x rosak apa2 cuma tukar sbb nak beli yg besar sikit)

"Tak rosak lah. Abah beli besar senang ami nak bubuh macam2"

"Tapi kenapa pakcik ambik peti ais kita?"

"Atuk jual peti ais tu. Pakcik beli la"

"Oooo rumah kita dah jadi KEDAI ye ma?"

"Ha...ahahahhahahaha"

Mama dah x leh nak jawab tp dok tergelak sorg2...mcm2 la ami ni..