kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Wednesday, October 20, 2010

Mama, rumah kita x de baby kan!

Ami ckp ami jadi batman dgn cara menampal sticker kat mata yg dikopek dr motor mainan

Gembira, hati berbunga2, syukur...sume ada...Isnin lepas, 18 /10/2010 mama cek sendiri pregnancy slps beberapa keadaan yg mama suspect seperti 'perut' mama ada yg menghuni. Alhamdulillah, keputusannya positif mama pregnant.


Balik umah ptg tu (atuk x de balik kpg), mama rehat2 ngan korg sambil tgk tv mlm tu dan sambil menyuap nasi ke mulut sorg2. Tetiba ami boleh plak bersuara:

"Mama, umah kita x de baby kan!?"
terkejut mama, eh mcm tau2 je mama cek siang tu. Tp mama tanya balik,

"kenapa, ami nak ada baby ke?" Kemudian ami jawab,

"Umah ibu ada baby batrisya. Ami nak baby batrisya la"

"OK, ami nak boy ke girl?"

"Girl! Eh, boy la boy...."

Mama ckp dlm hati "nak penuhkan team korg je la ye"

Tuesday, October 12, 2010

Selamat Hari Jadi Yg Ke-3 Thn Amiiiii!!!

Budak kecik yang maintain berat 17kilo pada usia 3 tahun...haishhhh

Selamat hari Jadi Ami!!! Hari jadi ami jatuh pada hari ahad, 3 Oktober 2010. Tapi ami sibuk cakap nak potong kek kat umah ibu. So, mama n abah plan untuk celebrate hari Jumaat minggu berikutnya. Kebetulan plak makchu memerlukan khidmat abah untuk menyalurkan bantuan makanan hahahaha. So, kita ajak makchu dtg sekali tp abah la gi ambik.

Bbrp minggu sblm birthday ami, ami dah siap ckp nak kek garfield. Huh maam x pernah lagi melukis gambar2 gitu. Sib baik ada member ajar teknik melukis atas kek. Walaupun x berapa kemas tp mama tgk ami suke je hehehehe...ke mama yg perasan..haippp diam kao!


Mama n abah ambik cuti hari jumaat tu dan kita celebrate sblh pagi dalam pukul 11.30. Menu mama x sempat prepare sbb sibuk buat kek ami pg tu. So, abh kata order je nasi ayam kat RasaMas...fuhhh lega tp mama yg bayar:p cait . Lepas majlis selesai, abah pegi hantar makchu balik n terus gi sembahyang jumaat. Lepas Jumaat, kita balik kampung Pekan..ok meh layan gambar..

Sib baik ada makchu..mama terpaksa layan kanak2 yg lain sbb sume dah laparrrrrr....

Untuk anaknda bongsu kami (setakat ini) hehehhe:

Mama n abah mendoakan yang terbaik untuk ami dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yg soleh dan dapat mendoakan kami di sana nanti. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi oleh-Nya walau di mana ami, khasnya dan anak2 kami yang lain, walau di mana kalian berada. Kasih sayang mama dan abah sentiasa bersama kalian dengan izin-Nya. Amin.

Monday, October 4, 2010

Apa kaitan ayam & abah...

Kadang-kadang mama n abah x boleh jangka imaginasi ami. Kadang tu kagum jugak..ada jugak yg kelakar tp mama x ingat nak post semua kat sini utk kenangan..tp cerita yg 1 ni buat mama x leh lupa n teringin benar nak post kat sini hehehe..

Masa ni abah keje shift malam, kalau x salah mama. Ami n abang dtg golek2 ngan mama n borak2. Tetiba ami tanya mama,

"Mama, abah ada janggut kan?"

"Aah. Janggut abah warna hitam. Kenapa?"

"Ayah Umar ada janggut warna putih!" Abang lak menyampuk

Tetiba ami sambung......
"Abah macam AYAM kan, mama."

"HA?"

Puas mama pikir kenapa ami ckp camtu..Kemudian baru mama teringat cemana mama bezakan ayam jantan dan ayam betina pada korg dalam buku cerita' Pak Ayam Yang Bertanggungjawab'. Lepas tu mama mengilai sorg2 hahahahha...ami amiApa panggil benda yg kat anak panah tu? Mama x sure. Tu yg bantai ckp janggut ayam hehehehe...sudahnya di'ayam-ayam'kan anak sendiri :D

Monday, September 6, 2010

What a relief! Alhamdulillah.........

Itu je yg mama mampu katakan selepas dgr kenyataan Psychologist HUKM utk appointment abg hari ni. Result IQ dah keluar. Summary report tu, abg tiada masalah seperti terencat akal atau slow learner dan sebagainya. Mempunyai sosio-interaction yang melebihi umur 6 thn ++bulan. Tapi tahap IQ masih rendah. Dalam umur 4 thn ++bulan. Fokus yang terhad untuk satu-satu tugas.

Atas sebab fokus abg yang terhad, so pakar rumuskan tahap pemahaman abg rendah yang memberikan result IQ rendah bagi bahagian tersebut. Jadi untuk proses seterusnya, pihak hospital akan fokus untuk improve tumpuan abg dan behaviour as lately cikgu complain perangai abg makin agresif di sekolah sehingga menyakiti rakan-rakan kelas. Hmmm kalau ikut pakar, mama n abah kena trace balik apa aktiviti/situasi yg buatkan abg stress atau marah sehingga bertindak begitu. Mcm kurang kasih sayang plak huahuahua...kalau ikut pakar abg lebih well behave sebelum ni berbanding assessment 3 bulan kemudian. kenapa ek? Fikir, fikir, fikir........

Apa-apa pun mama & abah sgt lega dan bersyukur ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat dan kasih sayangnya, maka doa kami dimakbulkan. Insya-Allah. Mama n abah akan terus berusaha untuk 'menormal'kan abg seperti kanak2 lain. Amin.