kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, March 15, 2010

Mengisi masa bersama mama:D

Cuti sekolah dah mula...yeayyyyy! Mama la org pertama yg happy sesgt bila skul break..Frankly speaking, i am so tired and need a break. Opppsss jgn la kata x ikhlas plak. Sometimes i need a place to release my tiredness. So, kat sini la mama membebel melepas penat.

Mama x nak cite banyak2 pun. Cuma nak letak gambar korg bersukaria, bergaduh, cedera sana sini n candid camera too.
Ami sesuka hati je post begini...sapa ajar x tau la...

Hadoii kepala abg sakit..mama suruh baring n rehat jap. Aktif sesgt sampai termengah2 nak bernafas.Bersukaria di Tasik Seri Serdang. Lepas main2, pandai plak request 'NAK ROTI CANAI'. Lepas main penat2, kita gi melahap kat kedai mamak hehehe.

Malam pun tiba......zzzzz penat...

Thursday, March 11, 2010

Appointment Abg Kimi Yg Penuh Bln Mac Ini

Letihnya bln ni. Minggu ni ke HUKM, minggu depan ke Serdang, pastu 2 hari berturut2. Ambik antar gi sekolah lagi. Memang letih. Bayangkan klu appointment abg pukul 10.30pg. Pagi cam biasa mama kena hantar korg gi umah Ibu. Pastu masuk office. Pukul 9.30 pg dah kena keluar balik, ambik abg kat umah Ibu bawa gi Hospital. Selesai appointment, hantar balik umah Ibu, mama masuk office balik. 1.30pm mama kena pegi balik ambik abg, hantar gi sekolah n mama masuk office balik...hadui berulang-alik. Sgt penat. Tp demi masa depan dan kecemerlangan abg, mama gagahkan jugak. Dengan cuaca yg panas sekarang ni, ditambah mama yg demam dah dekat 3 hari ni, lagi sesak rasanya.

Ok kita mula cerita dgn appointment di HUKM 4 Mac 2010 -

Unit Opthamologi (Ujian mata)
- Pakar Psikologi Kanak-kanak HUKM rujuk abg bahagian ni sbb suspect abg ada masalah mata. Sbb masa hari appointment awal tahun hari tu abg x leh kenal kaler apa, kosentrasi yg masih kurg dll.
- Result : Doktor bhgn mata kata semua saraf mata abg ok n normal. Alhamdulillah. Abg main2 sementara tunggu dipanggil.

Ujian naik tangga

Klinik Pediatrik (Ujian Schedule of Growth Skills)
- Selesai ujian mata, kita ke klinik ni pula. Antara ujian yang abg kena buat - susun bongkah (sama mcm cikgu ayu@Hosp.Serdang buat), susun pin atas board berlubang2, puzzle berbentuk (bukan bergambar cam biasa tu), pointing (tunjuk guna telunjuk pada anggota badan patung), penulisan (garis lurus dan bulatan), bercerita dari gambar2, melontar bola, turun naik tangga, melompat dll.
- Result : Ujian dibuat ikut usia abg 4 thn 10 bln. Speech dah hampir reach 4 yrs old kids. Lambat la jugak. Fine motor dan kosentrasi spt usia 3 thn. Gross motor spt hampir usia 4 thn juga. Lagi x ingat la. Sbb byk sgt istilah2 medical yg mama x leh nak recall hehehe..Summary yg dia bg, kena tumpu pada fine motor dan gross motor. Speech pun kena teruskan jugak sbb nampak dah makin bertambah n confident.

Hospital Serdang - 10 dan 11 Mac 2010

Speech Unit
- Pakar bising lagi sbb air liur abg masih drooling. So dia stictly x bg abg guna susu botol lagi sbb akan melemahkan lagi otot n saraf dlm mulut abg. Tu sbb x respon bila air liur dah penuh kat bibir depan n melelh keluar. Haduii..balik umah mama tunjuk kat abg yg mama dah buang botl susu. Kena minum guna cawan je. Aktiviti menggosok gusi dgn cotton bud kena diteruskan semula. Pakar bg 2 bln utk tgk result.Kolam bola

Bilik lampu2 - Adik Ami ikut gak untuk memberi sokongan moral kepada abg hehehe poyo. Bilik ni gelap sebenarnya. Cahaya hanya dari lampu2 pada juraian wire berlampu dan lampu bulat pusing2 cam kat pub tu

Nota : Abaikan sahaja gambar yg bergoyang itu:D

Jab. Rehalibitasi
- Cikgu ayu bw bilik lampu2. Tanya kaler2. Sume abg blh jawab dah:D. pastu susun bongkah atas slot kayu lubang2. Blh buat tp masih lambat. Kemudian abg dibw ke bilik exercise - Mama x masuk so x tau apa yg diajar. Bila tanya abg, abg ckp main buai, main bola..Selesai di bilik tu, masuk pula di bilik 'Kolam Bola'. Mcm biasa disuruh menyebut warna2 bola. Kemudian ada 1 bilik lain - untuk menulis, melakar, membaca ABC dan 123.
Result : Cikgu Ayu kata abg punya progress sgt bagus especially ttg warna dan bentuk. Dah blh cam semua dan jawab. Cikgu komen abg yg byk ckp masa sesi dgn dia. Dia kata nampak abg confident utk menyebut walaupun ada kalanya x betul. ABC dan 123 dan blh cam cuma nombor masih menghafal bkn mengenal. Kena latih lagi.

Fuhhh letih minggu ni. Nx week abg akan ke HUKM pulak utk result dari Pakar Psikologi Kanak-Kanak.

Wednesday, February 24, 2010

Musim2 panas di Serdang ...

Panasnya la skrg. Semua org x tahan dok umah. Kita nak merayau pun pilih waktu malam je sbb sejuk. Klu keluar siang pun, abah prefere bw gi hypermarket/shopping mall gitu. Pastu mesti beli sebekas aiskrim. Mama yg tgh batuk sesema ni layan jugak aiskrim tu hehehehe..

Sila lihat tgn siapa yg menguasai mangkuk eskrem itu..huh!

Together with abg kimi fav food. tp disbbkan mama masak lg best dr kat food court tu huahuahua, abg x abiskan pun. Semua org rasa x sedap. Last sekali, buang je.

Malam pulak kita merayap ke Dataran Putrajaya..Gambar x berapa cantik...aisey..

Penat suruh abg dok diam jap..

walaupun gambar ni blur, mama tetap suka tgk ami senyum

Abg ajar ami buat 'Peace'...hahahha konon

OK...sekian. Nanti kita cite lain plak.

Monday, February 22, 2010

Progress Hakimi

Lamanya x update dgn sesi terapi abg. Ok. semalam kita dah settle appointment dgn Jab. rehabilitasi. Dah byk kali pun sbnrnya. Lbh kurg selang 2 minggu abg kena gi. Perkembangan yg positif, cikgu Ayu kata (Pelatih tetap abag kat Jab. tu) Hari ni abg gi ngan abah plak jumpa Paed. Summary utk progress abg:
  1. Dah blh kenal alphabet - 20 out of 26 abg blh jwb dgn betul
  2. Dah kenal warna tp masih sebut persamaan warna tu dgn benda.
    Contohnya: mama ajar, kuning mcm lemon. So, abg akan ckp, keta ami mcm kaler lemon. U didnt mention the color but you can give the similar thing to that color. Doktor kat Paed Unit kata, acceptable :D
  3. Susun bongkah masih x leh buat tinggi. Maknanya fine motor dan concentration abg masih lemah. Cikgu Ayu will concentrate more on this.
  4. Masih suka ketuk2 barang. Cikgu Ayu susruh larang selagi boleh sbb takut mencederakan. Tp habit ni dia kata akan hilang bila dia makin membesar.
  5. Kayuh basikal dah makin laju.
  6. Bersosial dgn kawan2/org ramai pun makin bagus. Mmg abg senang berkawan pun. So this reason is far away from autism syndrom. Alhamdulillah. Budak autism diorg suka isolate diri.
  7. Vocab dah makin bertambah. Cuma nak membentuk ayat yg panjang blm blh lagi.
  8. Paed buat ujian fizikal abg. Result semuanya normal.
Mama n Abah sgt2 gembira n bersyukur dgn progress abg. Insya-Allah dgn sokongan semua org, termasuk Cikgu Nira (Cikgu Preskul abg), abg akan improve dan normal seperti kanak2 lain. I know your capability and believe in faith!