kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Monday, September 6, 2010

What a relief! Alhamdulillah.........

Itu je yg mama mampu katakan selepas dgr kenyataan Psychologist HUKM utk appointment abg hari ni. Result IQ dah keluar. Summary report tu, abg tiada masalah seperti terencat akal atau slow learner dan sebagainya. Mempunyai sosio-interaction yang melebihi umur 6 thn ++bulan. Tapi tahap IQ masih rendah. Dalam umur 4 thn ++bulan. Fokus yang terhad untuk satu-satu tugas.

Atas sebab fokus abg yang terhad, so pakar rumuskan tahap pemahaman abg rendah yang memberikan result IQ rendah bagi bahagian tersebut. Jadi untuk proses seterusnya, pihak hospital akan fokus untuk improve tumpuan abg dan behaviour as lately cikgu complain perangai abg makin agresif di sekolah sehingga menyakiti rakan-rakan kelas. Hmmm kalau ikut pakar, mama n abah kena trace balik apa aktiviti/situasi yg buatkan abg stress atau marah sehingga bertindak begitu. Mcm kurang kasih sayang plak huahuahua...kalau ikut pakar abg lebih well behave sebelum ni berbanding assessment 3 bulan kemudian. kenapa ek? Fikir, fikir, fikir........

Apa-apa pun mama & abah sgt lega dan bersyukur ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat dan kasih sayangnya, maka doa kami dimakbulkan. Insya-Allah. Mama n abah akan terus berusaha untuk 'menormal'kan abg seperti kanak2 lain. Amin.