kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar? rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..:D

Tuesday, January 26, 2010

Ragam abg kimi semalam

Telur asin ori dr Pekan n dapur Tok Pimah.
Terima kasih tok pimah...abg kimi n ami dua-dua suka..

Petang semalam lepas balik dr sekolah, sampai umah je abg tukar baju, masuk bj dlm mesin basuh,terus sambar basikal. X toleh2 pun kat mama nak mintak izin main kat luar...amboiii..Sib baik atuk terajin plak angin dia ptg tu nak tgkkan abg main kat luar. Klu x, kelam-kabut mama masak kat dapur, pastu terkejar2 jenguk abg main kat mana. Letih. Tgh2 masak, the last menu daging masak kicap, tetiba mama dgr suara abg menangis. Kuat sgt n nyaring sgt. Jantung mama berdebar2 terus. Tutup api, capai tudung, mama terus berlari keluar cr abg kat mana. Sambil waaa waaa nangis abg pegang tangan. Mama tanya kenapa? Pastu mama terpandang brader worksop tersengih2 tgk kat mama..hmm ni mesti cedera kat workshop tu. Mama x salahkan brader tu, tp abg pi kacau org buat keje kenapa. Brader tu ckp tgn abg tersepit pintu keta. Abg masuk umah, mama mandikan, konon letak ubat. Pastu mama ingat dah serik..rupa2nya, abg kuar balik ambik basikal terus gi jumpa brader tu balik. Siap tunjuk tangan abg dah letak ubat hahaha...sabo je la.

Makan mlm tu, mama rebuskan telur asin tuk pimah kirim kat makcu. Lauk sampingan korg. Mama rebus x byk sbb mama ingat telur tu masin. So, x kan abis la nak dimakan 2 biji pun. Setiap sebiji mama belah dua. Bila bg abg n adik makan mlm tu, abg sorg je habis 1 1/2 biji! Ami mkn sebelah je. Telur tu x masin pun rupanya. Mama & Atuk? Langsung x merasa. Abah pun x merasa. Tp utk org2 dewasa dah ada lauk lain - kari ikan, daging masak kicap, ikan goreng. Malam tadi abg makan siap bertambah nasi 3x..amboi berseleranya lauk tok bg ye. X pe ada byk lg, tp x leh la hari2.

Sunday, January 17, 2010

'Cekodok' mama jatuh tangga..

Adik Ami la cekodok..Knp cekodok? Sbb ami bulat cam cekodok.

Tu tragedi pagi ahad. Mama tgh sibuk kemas dapur. Abah tgh sarapan. Ami baru lepas mandi. Macam biasa mama akan suruh ami naik atas, mama akan naik selepas itu. Mama lambat sikit je, ami dah nak turun. Siap baling baju dengan seluar. Siap tanya mama, mama ni ke? Kononnya nak tanya betul ke seluar ngan baju yg ami ambil tu. Pastu nyanyi2 la, panggil2 mama la. Masa tu mama toleh ami dah separuh tangga turun ke bawah. Mama sambung buat keje sikit.

Tetiba mama dgr benda menggolek2. Mama toleh, sekali tgk ami tgh menggolek entah mula dari brp anak tangga x perasan. Mama menjerit terus tgk ami. Sib baik pinggan x jatuh masa susun kat rak. Mama lari terus sambut ami baru nak menggolek ke anak tangga batu yg pertama (dr atas). Ami nangis x hengat. Kesian plak mama tgk. Abg yg tgh main kat depan, terus dtg kat ami. Ingatkan nak pujuk ami. Tp abg gi marah ami plak. "Main tangga lagi! Nakal sangat!" Amboi, ayat x ingat. Mama biar je abg bebel2. Mama tanya sapa buat, ami jawab "Ami". Sib baik mengaku.

Kesian tgk ami menggolek sbb macam anak gajah berguling2. Hahaha....oppppsss sori! Rasanya dlm 5 anak tangga kot. Mama pun x tau cemana ami boleh tergolek. Alhamdulillah, sib baik tangga letak kapet. Kot kayu sume, lagi bahaya berbucu tajam. Ni gambar2 kecederaan ami.

Ni gambar perut ami..merah2...maybe sbb geseran pada kapet

Kat dada pun ada merah2 sikit

Kepala bengkak sikit sebenarnya tp mama dah tuam, surut sikit.

Gambar2 ni mama ambik masa ami tido tghr. Sian adik.

Tuesday, January 12, 2010

Ami request for......

Donutttt!!!!!!!! Tu permintaan ami semlm. Tp disebabkan start minggu ni mama kena ambik-hantar abg ke skul, so mama sgt kepenatan. Kesian adik nak donut ptg smlm tp mama dah x larat nak mengadap dapur. Sejak abg sekolah, abg masuk tido awal. So mama terkejar2 nak make sure semua settle before 8.30pm (basuh baju, ampai baju, masak, bg korg makan, botol susu dah basuh, air dlm termos cukup sampai pg, bersihkan tempat tido). Ya abg tido seawal. 8.30pm. X yah mama nak tepuk berjam2 utk bg abg tido. Bg susu je, abg x sempat ckp 'gud nite mama, gud nite ami', terus abg lena. So, masa selebihnya hingga 9.30pm adalah masa utk ami bermanja ala2 gediks gitu ngan mama hahahaha. Dan mama rasa abg tunjuk perasaan last week sbb dia sgt mengantuk tp x nak tido sbb mama x siap keje umah lg n x masuk bilik lg. So, ami menjadi mangsa pelepas ngantuk abg. Sian ami. Minggu ni br mama dpt tackle the problem:D

Ishh kamera enpon mama tidak dpt mengurangkan kesan gerakan hahahaha...blur sikit muka ami

Malam ni adik nak dgr cd nursery rhyme. Tp x sampai separuh jalan ami dah tertido. Ami pun minggu ni mcm org skolah plak letihnya. Awal plak terlena. Sampai skrg, umur 2 thn 3 bln ami masih terjaga2 n merengek tgh mlm. Kadang tu mmg nak susu tp kadang tu ngigau entah apa. Kuat sgt mengigau ami ni. Abg tido lena sampai pg. Vocab ami dah makin banyak. Kadang tu geram je dgr bila ami ckp. Tambah2 bila part menegaskan benda yg memang terang2 salah. Contohnya : abah pegi kedai. Abg ckp, "dik, abah pegi kedai". Ami akan ckp, "abah pegi keje la abg". selepas itu start la siri jawab-menjawab antara korg dua. "pegi kedai la" "PEGIIIII KEJE LA ABG" Siap jerit2 lg..Mama malas nak layan. Bila dah sampai ada yg nak menangis, biasanya ami la, br mama ckp elok2 ngan adik apa yg betul Pastu ami diam la. X de nak gaduh ngan abg..Grrrr perangai!

Monday, January 11, 2010

Abang Kimi @ School

Baru sempat mama nak update hahaha...

5/1/2010 - Abg mula mendaftar di Makmal Prasekolah UPM. Kelas petang dari kul 2-5 pm. Dlm 5 minit je jln kaki dari office mama. Hari pertama abah n mama dtg sekali. Excited actually sbb rasa abg cam dah besar n ready utk ke sekolah.

Masa mendaftar pukul 2 pm. Semua dokumen dah diserahkan - medical check up, surat pengakuan, borang serah tggjwb sekiranya berlaku kemalangan dll. Barang2 abag dimasukkan dlm locker. No.19. Kena sediakan - pakaian sepersalinan, baju renang, pelampung, towel, bedak, sikat, selipar. Dalam locker tu ada bantal. Mama x sure utk apa. Abg jumpa cikgu kelas -Cikgu Nira. Mula2 masuk tu mcm2 ragam kawan2 abg. Yg melalak ada, menangis x renti2 ada, nyorok blkg parents pun ada..abg cemana? hmmm berkepit je la. Klu x ngan abah, ngan mama. Dekat 40 minit gak kitorg try lari, x lepas2. Abg nangis bila perasan mama ngan abah dah x de dlm kelas abang.

Sorg pembantu tadika cuba pujuk abag tp x jalan gak. Sudahnya terpaksa gak la abah stay. Sib baik abah cuti. Mama terpaksa excuse sbb nak masuk keje dah. Lambat sgt dah masa tu. Sblm mama balik, mama nampak tadika hidangkan air susu. Pastu ptg sikit dlm kol 4, abah kata diorg bg makan.
Abgnye penakut bkn sehari je tp 4 hari! Abah hantar setiap hari, mama jemput balik. Hari kedua abg nangis sampai muntah atas k.Wan (pembantu tadika). Pastu hari ke-3, nangis lagi tp abah blah jugak. Cikgu ckp x lama. Hari ke-4 pun gitu gak. Hari Jumaat abg cuti sbb gi Jabatan Rehalibitasi.

Setiap hari lepas balik abg akan buat perangai. Xtau la marah ke, ngantuk ke...Najmi teruk kena dgn abg. 1 hari tu abg cucuk belakang ami dgn pen, pastu abg tarik...waaaaa sgt tunjuk perasaan. Maka dpt la balasan setimpal dr mama. Kesian ami, x pasal2 plak abg sakitkan dia. Tu belum lg abg campak buku dia. Pada hal mama bg sorg 1 buku utk conteng. Abg ambik buku n pen dia, pastu abg campak. Lepas mama marah, mengamuk, naik minyak, elok plak abg tido dgn aman. Mcm sunyi je bilik kita. Abg penat ke, stress ke?

Tp 1 yg mama perasan, abg skrg nampak cam kamcing ngan abah. Knp ye? Sbb dah rasa besar dan 'jantan' kot sejak masuk sekolah ni hahahha.. Ok la mama layan ami. Ami kecik lagi tp ngada2 hahahaha..

Sunday, January 3, 2010

Hilang suara di tahun baru 2010

Cuti tahun baru 2010 mama hilang suara.Y? Sbb anak2 yg budiman dan bebudi bahasa sgt mendengar kata. Perkara-perkara yg buat mama hilang suara:

a. Ami bawa air dlm cawan dari dapur ke depan tumpah2. Mama berkali2 larang ami minum air sambil berjalan. Tp buat x reti je. Mama hangin sbb br 10 minit mama mop lantai kali ke 5 hr jumaat lepas. Bkn setakat jumaat, tp sabtu & ahad gak....

b. Ami request air siiiiwappppp (sirap okey) di saat hampir 1.30 tghr dan mama kebulur gile nak mengadap nasi. Tu belum episod 'mama ami yak' di saat nasi pertama nak masuk mulut mama..huh sedih betul

c. Siapa di antara korg berdua yg telah 'mencuci' keta mama dgn air basuhan baju dari mesin basuh. Siap celup kat tanah lagi. Mama baru je cuci keta pagi tu...waaaaaaaa
Bolehkan anda menyentuh hidung dengan menggunakan bibir atas?
Ya, ami blh lakukan dgn hanya menyebut nyu..nyu..nyu..sambil berirama..hahahaha

d. Abg main pasir kat depan rumah. Dibantu oleh adik. Sorg tukang tabur pasir, sorg tukang sapu...Good team work sob..sob..sob...tp sudahnya bersepah kat ruang dpn umah.

e. Abg ajak ami duduk dlm mesin basuh. Mama x tau la korg main apa..tp dah larang pun still buat gak. Abah piat telinga pun x jalan gak. Lepas abah kuar gi kenduri, korg masuk balik dalam mesin basuh..grrrr

f. Pukul 11 tgh panas kat luar, abg main kat luar panas2 tu. Mama larang x mo dgr. Mlm tadi dah start panas badannya. Demam la tu. Abah bw gi klinik. Esok nak sekolah..aduhai knp la x ikut nasihat mama nih.

g. Ami bogel2 pegi main air kat luar. Abg yg dah siap pakai baju n seluar nak tido ptg, terus bukak seluar semua, main air join adik. Geramnya.

h. Mama suruh dua2 naik atas sementara mama mop lantai. Entah apa korg buat tetiba berlari x tentu arah turun bawah. gaduh berebut2. Mama ingatkan korg rebut apa, rupanya gunting bulu idung abah! Tajam tu. Atuk leraikan. Mama pelik cemana korg blh ambik dlm almari tingkat atas sekali. Mama gi cek, tgk2 ada kerusi kat dpn almari...bijak...bijak.

i. Malam tahun baru tgh2 malam, ami mengigau nangis2 bgn kejut mama. Mama tanya kenapa, adik ckp, ultraman cipak (sepak) atuk. Sabo je la..

Ni ami nyanyi berkali2:
Lagu asal : Air Pasang Malam

Naik keta api, mama buat cucu (susu)
Itik bertelur ayam berlari,
Cik baba jatuh dalam pawit, cik aminah ketawa jewit2.
*diulang2 sehingga habis makanan di tangan.